Mendung tak bererti hujan - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Thursday, October 16, 2025

Mendung tak bererti hujan

💜 Tarikh: Khamis, 25 September 2025 💜

Minta maaf ye, saya tak sempat nak balas komen dan blogwalking ke blog kawan-kawan lagi. Asyik keluar je semenjak dua menjak ni. Nanti bila free, saya akan buat slow-slow.

Pada tarikh di atas, pagi-pagi saya tak siram pokok, sebab saya ingat, nak hujan. Betul-betul macam nak hujan. Udara pun sejuk. Awan hitam tebal menyelubungi langit. Tengok-tengok, hujan tak turun pun, sampai ke sudah. Huuu... bila dah masuk rumah, salin pakaian tukang masak, sudah malas la nak keluar, pakai pakaian lengkap semula nak menyiram. Selamat. Tapi, sebab masuk rumah, saya masak sesuatu la, untuk anak-anak.

Masak nasi goreng

Jarang-jarang sekali saya goreng ikan bilis dan tabur atas nasi goreng. Hari tu, saja jer. Sebab suami ada beli nasi goreng kat kedai tomyam. Saya rasa sikit. Sedapnya, nasi goreng kampung ada ikan bilis rangup. 

Sayur hari ni tomato, timun dan salad.

Butterhead lettuce tu, ada rasa pahit sikit. Tak sedap. Tapi sumbat juga. Lawa muka waktu makan salad ada rasa pahit. Ya... pengorbanan itu perlu untuk sihat. 

Suami ada buat telur separuh masak.

Dia buat pagi-pagi, sebelum dia pergi kerja. Telur separuh masak 6 biji. Dia bawa ofis 2 biji. Tinggal 4 biji.

Makan 2 biji sebelum workout, letak kicap dan pepper.

Biasanya saya workout perut kosong je. Tapi hari itu, saya sarapan awal, dengan telor separuh masak. IF 16 jam. Alhamdulillah.

Sebab makan dulu sebelum buat senaman angkat beban, dia jadi lagi kuat, tambah masa bersenam. Kalau tak sarapan, terketor-ketor nak habiskan 20 minit bersenam. 

Sekian laporan benda berlaku pada tarikh tersebut.

Jumpa lagi, ye. 💗

5 comments:

  1. wak pun suka mkn nasi lemak ikan bilis goreng rangup gitu., hehe

    ReplyDelete
  2. Tak suka ikan bilis kedai mereka selalu guna yang keras tu. Kalau buat sendiri kat rumah baru sedap.

    ReplyDelete
  3. kalau nasi goreng kampung tu pedas2..lagi sedap

    ReplyDelete
  4. Sy pula setiap kali masak nasi, kukus sekali telur. En suami suka makan telur rebus pepagi. Sy pula prefer telur separuh masak. Makan macam Nur juga letak kicap & pepper

    ReplyDelete