🌻 Tarikh: Sabtu, 30 Ogos 2025 🌻
Cerita bulan Ogos belum habis. 😁 Padahal sudah masuk bulan Oktober. Tak peduli. Nak cerita juga.
Saya dan suami pergi jalan pagi.
![]() |
Jalan pagi di Padang Astaka, Sitiawan. |
Tak sampai 10 ribu langkah pun. Jalan selama 1 jam 4 minit, dengan jarak sejauh 4.65 km. Lepas tu, balik sebab panas. Langit nampak mendung, macam nak hujan. Tapi bahang terasa, walaupun baru pukul 8 pagi.
Kami singgah FamilyMart. Saya beli americano panas. Suami, americano ais.
Cawan kopi Familymart tanpa cup sleeve. Jadi kalau pesan kopi panas, rasa la panas cawan tu, tak boleh pegang lama-lama sambil menghirup sikit-sikit. Mujur dalam handbag saya, ada cup cozy kait yang saya menang dari Coffee Lover Giveaway, anjuran blog Mummy Ayu. Dasar seorang hantu kopi, haruslah standby cup cozy dalam handbag. 😁
![]() |
Cantik tak, cawan kopi saya hari tu? |
Alhamdulillah. Nikmat sihat dan dapat mengopi.
Sampai di rumah, saya berkebun sekejap dan ambil gambar bunga-bunga yang sedang kembang.
![]() |
Bunga zinnia oren. |
![]() |
Bunga ros kuning |
![]() |
Ros variasi warna jingga dan pink. |
![]() |
Bunga zinnia oren lagi. |
Rain lily ni, saya baru beli dari Bujang Garden. Saya pindahkan dari polibeg ke pasu kecil.
Update terkini waktu saya taip entri ini, 5 Oktober, dukacita dimaklumkan, pokok bunga rain lily ini sudah mati. Saya tengok di blog Puan Ujie, cantik. Itu yang saya beli. Sayangnya tak lama lepas beli dari nursery pokok, ada macam biji-biji putih tak tahu apa, di pangkal pokok. Macam kena penyakit. Pokok mulai layu dan mati. Daun pokok ni, macam daun bawang. Sayang usia pokok tak lama di rumah saya.
Baiklah. Sekian cerita pada pagi hujung minggu panjang cuti Merdeka tempoh hari.
Jumpa lagi, ye. 💗
Datangnya pokok rain lily tu. Takpe, nanti boleh tanam yg lain pulak. Tengok ros kuning Tot la tuari sy terinspirasi buat jelly ros tu. Yang sy tiru tu, jelly ros merah. Cantiknya la cup cozy kait tu, memang kena standby tu utk peminat kopi.
ReplyDeleteSama la kita cerita dah lepas pun cerita je asalkan blog kita hidup setiap hari.
ReplyDeleteAlahai mesti sedih pokok rain lily merah jambu dah mati.
ReplyDeleteHarap tidak patah semangat untuk beli yang baru.
cantik bunga rain lily tu. tapi takde rezeki nak hidup lama
ReplyDelete