🌻 Tarikh: Sabtu, 30 Ogos 2025 🌻
Cerita bulan Ogos belum habis. 😁 Padahal sudah masuk bulan Oktober. Tak peduli. Nak cerita juga.
Saya dan suami pergi jalan pagi.
![]() |
| Jalan pagi di Padang Astaka, Sitiawan. |
Tak sampai 10 ribu langkah pun. Jalan selama 1 jam 4 minit, dengan jarak sejauh 4.65 km. Lepas tu, balik sebab panas. Langit nampak mendung, macam nak hujan. Tapi bahang terasa, walaupun baru pukul 8 pagi.
Kami singgah FamilyMart. Saya beli americano panas. Suami, americano ais.
Cawan kopi Familymart tanpa cup sleeve. Jadi kalau pesan kopi panas, rasa la panas cawan tu, tak boleh pegang lama-lama sambil menghirup sikit-sikit. Mujur dalam handbag saya, ada cup cozy kait yang saya menang dari Coffee Lover Giveaway, anjuran blog Mummy Ayu. Dasar seorang hantu kopi, haruslah standby cup cozy dalam handbag. 😁
![]() |
| Cantik tak, cawan kopi saya hari tu? |
Alhamdulillah. Nikmat sihat dan dapat mengopi.
Sampai di rumah, saya berkebun sekejap dan ambil gambar bunga-bunga yang sedang kembang.
![]() |
| Bunga zinnia oren. |
![]() |
| Bunga ros kuning |
![]() |
| Ros variasi warna jingga dan pink. |
![]() |
| Bunga zinnia oren lagi. |
Rain lily ni, saya baru beli dari Bujang Garden. Saya pindahkan dari polibeg ke pasu kecil.
Update terkini waktu saya taip entri ini, 5 Oktober, dukacita dimaklumkan, pokok bunga rain lily ini sudah mati. Saya tengok di blog Puan Ujie, cantik. Itu yang saya beli. Sayangnya tak lama lepas beli dari nursery pokok, ada macam biji-biji putih tak tahu apa, di pangkal pokok. Macam kena penyakit. Pokok mulai layu dan mati. Daun pokok ni, macam daun bawang. Sayang usia pokok tak lama di rumah saya.
Baiklah. Sekian cerita pada pagi hujung minggu panjang cuti Merdeka tempoh hari.
Jumpa lagi, ye. 💗







Datangnya pokok rain lily tu. Takpe, nanti boleh tanam yg lain pulak. Tengok ros kuning Tot la tuari sy terinspirasi buat jelly ros tu. Yang sy tiru tu, jelly ros merah. Cantiknya la cup cozy kait tu, memang kena standby tu utk peminat kopi.
BalasPadamWah... inspirasi dari blog saya, rupanya. Hehe... tapi memang ada rupa pun, terer SK deko jelly. Kalu saya, takde nya nak mendeko, ngap masuk mulut terus bila siap.
PadamSama la kita cerita dah lepas pun cerita je asalkan blog kita hidup setiap hari.
BalasPadamBetul tu, Cie.
PadamAlahai mesti sedih pokok rain lily merah jambu dah mati.
BalasPadamHarap tidak patah semangat untuk beli yang baru.
Hehe.. takpe. Adat dalam berkebun. Kadang hidup, kadang mati pokok.
Padamcantik bunga rain lily tu. tapi takde rezeki nak hidup lama
BalasPadamItu la. Comel bunganya.
Padamcantik ros jingga pink..jrg tgk
BalasPadamHa ah, itu yang saya terpikat masa tengok kat nursery pokok. Terus beli. Warna rare. 😊
PadamJadi teringin cari juga cup holder begini 😄. Krn kalau beli kopi saya pun lebih suka hot. Dingin sesekali saja.
BalasPadamCantik2 semua bunganya kak. Sayang sekali yg mati kena penyakit itu yaa.
Ada dijual, kalau tak silap akak. Tapi biasanya diberi sekali oleh cafe. Cuma FamilyMart ni saja, kopinya datang tanpa cup sleeve.
PadamSedih sekali bunga rain lily pink sudah mati.
BalasPadamYa, sis. Tak ada rezeki.
PadamComel cup holder kait tu. Semoga ada rezeki tanam pokok Rain Lily yang baru satu hari nanti ye
BalasPadamAminn.. hari ni, pokok tu masih hidup, saya ingat sudah mati. Tapi macam nyawa-nyawa ikan la. Sebab ada ulat bertelur dalam pasu pokok tu.
Padam