Tuesday, October 14, 2025

Salad, Kari dan Sambal

💛 Tarikh: Selasa, 23 September 2025 💛

Blog saya ni, kalau tak cerita pokok, cerita pasal masak-masak. Itu je kerja saya. 😊

Kadang-kadang sudah tak tahu nak masak apa. Bila tengok apa yang ada dalam peti ais, barulah mentol idea itu timbul di atas kepala. Aha... 

Jadi pada hari tersebut, berikut adalah juadah yang saya sediakan, untuk makan tengahari juga malam. Jom tengok!

Salad telur rebus.
Salad telur rebus.

Senang saja nak sediakan salad ni. Lagi-lagi kalau ada telur rebus. Cuci bersih-bersih dan potong sayuran. Letak sos cili, sebab Amirul pun makan juga. Kalau saya makan seorang, saya tak letak sos atau apa-apa salad dressing seperti kewpie, sebab ada gula.

Gulai ayam.
Kari ayam.

Masak separuh ekor saja. Saya masak tanpa santan. Ala-ala kari mamak. Letak juga daun kari banyak-banyak. Sekali pandang, nampak macam asam pedas ayam pun ada, dalam gambar.

Sambal lada kelantan
Sambal lada Kelantan.

Sambal guna cuka, dan tiada belacan. Macam terlalu lumat pula saya kisar. Tapi ok la rasa dia, tidak terlalu pedas. Cili padi merah letak sebiji saja. 

Saya makan lauk saja. Tak makan nasi. Suami tengok saya, geleng-geleng kepala. 🙈 Sudah tinggal tulang, dia kata. Niat saya, mahu makan sihat. Supaya ujian darah akan datang, keputusan baik-baik saja. Bukan harus dibuat sehari dua. Harus jadi amalan sehari-hari. Bila kita stop sugar, dan stop tepung (ok, tepung saya masih struggle nak buat, sebab saya suka kuih dan roti) automatik berat turun. Berat semasa 55 kg. Banyak pakaian dah rasa longgar.

Semoga segala urusan anda pada hari ini dipermudahkan.

Ceria-ceria selalu.

Jumpa lagi, ye. 💗

38 comments:

  1. Hari2 masak takde idea kan. Masak jela apa yang terlintas di fikiran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Cie. Kita masak yang simple je, asal anak-anak tak lapar, ok dah.

      Delete
  2. mcm lama plak x masak kari ayam..sedapnya makan dgn roti jala..emmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. MA dah cakap, terbayang-bayang saya, roti jala cicah kari ayam. Peh!

      Delete
  3. Akak lagi ringan drpd Cuya 😂
    Cuya patut jaga makan lebih strict, sebab muda2 dah berisi. Moga dapat kurus aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Cuya dapat berat idaman Cuya. Aminn.... 🤗🤲

      Delete
  4. 55kg? Kalau sy berat macam tu, silap² ada kulit aje, Tot. Tulang hilang, hahaha.

    ReplyDelete
  5. Dah kurus sangat tu...saya kalo berat turun jadi 60++ pun dah boleh hep2 hooray...saya kadang2 tengah kupas bawang baru ada idea nak masak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. semoga Sueann dapat berat yang diidamkan. Aminn...
      Gitu... macam-macam gaya, kita. Saya kena buka peti ais juga, baru boleh nampak.

      Delete
  6. Replies
    1. Tak, Eyma. Kat rumah, boleh la. Kalau keluar, susah sikit. Hehe...

      Delete
  7. Berat zaman muda belia Sy dulu ni Nur. Skrg mimpi je la 🤭
    Sy suka sambal lada tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. PH pun bole juga. Kan selalu briskwalk dan naik bukit. 😊💪

      Delete
  8. Kita geng, cili padi letak sebiji je hehe.

    ReplyDelete
  9. semua sedap, makan salad pun kenyang pada kakmieja 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, saya setuju. Dan lebih sihat juga kan kak.

      Delete
  10. Setakat ni dah berapa lama kak nur stop gula n tepung tu? Seiring dgn senaman tak?

    Saya pun mcm nk start diet la sebab berat dah naik :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama, Mazni. Cuma tak konsisten setiap hari. Dalam seminggu, mesti ada cheat day juga. Sebelum ni ada buat strength training. Sekarang brisk walk je. Mazni kecik je, akak tengok. Juat nice. Tak perlu la diet. Akak jaga makan sebab result blood test yang sekali tu je, tak elok.

      Delete
  11. Ye la kari ayam tu nampak macam asam pedas...SA nak start semula makan salad ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... Semoga berjaya turun berat semula, SA. 💪

      Delete
  12. pernah juga 55kg masa anak 3...tapi, sekarang jauh tersasar.. hahaha..tu yang kena pelan2 cut sugar

    ReplyDelete
  13. Wah Nur dah dapat bawah 60 kg.
    Susah sedikit potong gula tapi cuba kurang makan.

    ReplyDelete
  14. Menu sihat takpe makan macam tu je. Salad kan.

    ReplyDelete
  15. Fuh menu salad telur tu.. best kalau dpt amalkan... kari ayam pun sedapp.. the kids suka :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tukar-tukar sayur, Encik. Kalau hari-hari salad, bosan juga.
      Kari ayam semua orang suka, kan. Makan dengan nasi boleh, cicah roti pun boleh.

      Delete
  16. Oh kari mamak itu tak pakai santan ya kak? Saya pikir pakai. Tapi sedaap ya walau tanpa santan 👍👍👍. Tapi saya pun dah menghindari santan juga. Kalopun masak kari yg pakai santan, saya tukar ke Fibre creme. Atau susu. Sama sedapnya.

    Tapi kalo bisa memang menu2 yg lebih sehat dan tinggi protein lah 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Fanny. Kari mamak biasanya tanpa santan.
      Akak setuju dengan Fanny. Bagus kan, lebihkan protein dan fiber dalam diet harian.

      Delete
  17. Ada telur, mesti saya tambah nasi sekali..suka makan telur...hehehe sedap

    ReplyDelete