💚 Semoga semua peserta GSF khasnya rakyat Malaysia yang ditahan, dilindungi oleh Allah, dijauhkan dari bahaya dan dilepaskan dengan selamat. Amin... 💚
Entri hari ni, saya nak cerita tentang sarapan di kedai Mee Kari Lagenda, pada hari Rabu, 27 Ogos 2025 yang lepas.
Saya tunggu suami balik kerja shif malam. Pukul 9 pagi, kami pun pergi ke Sitiawan.
![]() |
| Mee Kari Lagenda, nama kedainya. |
Pernah datang kedai ni, sekali. Tapi saya tak kongsi di blog, masa tu tempoh bertapa dalam gua. Ini kali, baru nak cerita.
![]() |
| Suami pesan bihun kari. |
![]() |
| Ada juga sup wantan dan seketul fucuk. |
Sup wantan itu biasa diberi, bila pesan mi wantan. Kenapa dia beri fucuk? Rupa-rupanya, adik yang ambil pesanan tu, tersalah dengar. Suami order cucur, dia dengar fucuk. Suami saya cakap slang Kelantan, cucur. Kalau orang Perak, biasa sebut cucor. Orang utara cakap cucoq. 😁
Bila pesanan cucur tak sampai-sampai, tanya adik tu. Barulah dia cakap, salah dengar. Takpe la. Tak lama pun lepas tu, tunggu cucur datang.
![]() |
| Cucur udang dan kuah kacang. |
Semua makanan sedap, cukup rasa segala. Alhamdulillah.
Lokasi kedai ni, dalam kawasan perumahan di Sitiawan. Menu yang ada selain mi kicap, ada nasi goreng ayam, mi kari lagenda signature, capati, nasi lemak, mi kari kerang, nasi goreng sotong, set nasi lauk asam pedas, pau rendang daging, tosei, bihun goreng dan lain-lain lagi.
Mee Kari Lagenda
Alamat: 65, Jalan Terus Maju 1, Taman Terus Maju, 32000 Sitiawan, Perak.
Waktu operasi: Selasa hingga Rabu, 7 pagi hingga 5.30 petang
Hari Ahad, pukul 9 pagi hingga 5 petang
Tutup setiap Isnin.
Sekian perkongsian.
Jumpa lagi, ye. 💗
P/S: Saya berbelah bahagi. Rasa macam tak syok nak cerita hal kita makan-makan sedap, padahal orang kita ada yang kena tahan. Allahuakbar. Maafkan saya.





terkejut tiba2 yang sampainya fuchuk. kalau saya sebut cucor jugak
BalasPadamItu la, akak pun pelik. Ingat ke, extra bahan untuk mi wantan. Salah hantor rupanya. Hehe..
PadamKedai² jual mee kari kari biasa ada mee wantan jugak. Kebetulan pulak bunyi nak dekat sama cor kat belakang, hihi. Okeylah tu, fucuk pun dapat makan, cucur pun dapat makan.
BalasPadamItu la, kedai pun, agak bising juga, itu yang adik tu kurang dengor kita cakap apa. Hehe.. Alhamdulillah.
Padamtk pernh mkn buhun kari...entry kita ptg ni sama tajuk psl mee kari hehe
BalasPadamHehe.. kebetulan sama yek, mama tisya. 😁
PadamNampak pekat kuah mee kari dia. Apa pun semuga semua rakyat malaysia dan misi tersebut berjaya melawan isrell durjana.
BalasPadamAlhamdulillah, orang kita dah selamat sampai ke Turki ye kak. Selamat dia orang.
PadamTak pernah makan bihun kari. Ada yang kata lagi sedap dari mi.
BalasPadamSaya pula, Cie, semua belasah je, mi ke, bihun ke.
PadamAgaknya pelayan tu pun pelik ye, knp pelanggan ni minta fucuk tapi dia pun segan nak tanya kot 🤭
BalasPadamCucoq udang cicah kuah kacang memang sedap!
Ha ah, tapi dia bagi je, fucuk tu. Mesti tak pernah orang mintak. 😁
PadamKann... peberet saya dari kecik, cucoq udang dengan kuah kacang.
Ada juga jual fucuk goreng. Haha ganjil. Sini tidak pernah jumpa.
BalasPadamBiasa fucuk tu, letak dalam sup. Tapi, dia goreng dulu, bagi kat kami. Hehe.. baik tuan kedai.
Padamsedapnya mee kari...sedapnya wantan mee..semua sedap la..cucur tu pun sedap..SA suka cucur macam tu..banyak udang
BalasPadamBetul, banyak udang. Cukup rasa segala makanan yang kami order. Alhamdulillah.
PadamIn sya Allah kita kongsi perkara yang baik-baik. Untuk mereka kita doakan yang terbaik dan semoga di dalam rahmat Allah selalu. Cucur udang tuh nampak sedap sungguh. Sejak blog Tot KSarie dok berangan bila hendak merayap di Sitiawan sebab banyak kedai makan best
BalasPadamYa, KSarie. Alhamdulillah, orang-orang kita dah selamat lepas balik.
PadamBila free, boleh datang sini. 😁
nampak menarik dan sedap semuanya. Banyak sangat loghat daerah kat Malaysia ni, sampai konfius dengar. Tapi takpelah, itulah uniknya Malaysia
BalasPadamBetul, kak Yan. Salah dengar, lain jadi maksud. Hehe..
PadamUwaaah kalau dekat, dah saya datangi kak 😍😍😍😄. Nampak sedaaaap semuanya. Dan biasanya kalau makan bakwan atau cucur begitu, saya juga suka pakai saus kacang. Yg pedas 😄.
BalasPadamHaha.. sama la, akak pun feveret dari kecil, cucur bersama kuah kacang.
Padamwah...menarik nie, boleh la cuba kalau ke arah sini...
BalasPadamSila, sila, Linda. 😊
PadamCucur udang ini, sepertinya mirip dengan bakwan.
BalasPadamYa, betul. Blogger Fanny dari Indonesia juga pernah berkata begitu. Cucur udang adalah bakwan. Kuih karipap di Malaysia, di Indonesia dipanggil pastel.
Padam