Sarapan di Mee kari Lagenda - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Thursday, October 2, 2025

Sarapan di Mee kari Lagenda

💚 Semoga semua peserta GSF khasnya rakyat Malaysia yang ditahan, dilindungi oleh Allah, dijauhkan dari bahaya dan dilepaskan dengan selamat. Amin... 💚

Entri hari ni, saya nak cerita tentang sarapan di kedai Mee Kari Lagenda, pada hari Rabu, 27 Ogos 2025 yang lepas.

Saya tunggu suami balik kerja shif malam. Pukul 9 pagi, kami pun pergi ke Sitiawan.

Mee Kari Lagenda
Mee Kari Lagenda, nama kedainya.

Pernah datang kedai ni, sekali. Tapi saya tak kongsi di blog, masa tu tempoh bertapa dalam gua. Ini kali, baru nak cerita. 

Bihun kari
Suami pesan bihun kari.

Mi wantan
Saya pesan mi wantan.

Sup wantan dan seketul fucuk
Ada juga sup wantan dan seketul fucuk.

Sup wantan itu biasa diberi, bila pesan mi wantan. Kenapa dia beri fucuk? Rupa-rupanya, adik yang ambil pesanan tu, tersalah dengar. Suami order cucur, dia dengar fucuk. Suami saya cakap slang Kelantan, cucur. Kalau orang Perak, biasa sebut cucor. Orang utara cakap cucoq. 😁

Bila pesanan cucur tak sampai-sampai, tanya adik tu. Barulah dia cakap, salah dengar. Takpe la. Tak lama pun lepas tu, tunggu cucur datang.

Cucur udang dan kuah kacang
Cucur udang dan kuah kacang.

Semua makanan sedap, cukup rasa segala. Alhamdulillah. 

Lokasi kedai ni, dalam kawasan perumahan di Sitiawan. Menu yang ada selain mi kicap, ada nasi goreng ayam, mi kari lagenda signature, capati, nasi lemak, mi kari kerang, nasi goreng sotong, set nasi lauk asam pedas, pau rendang daging, tosei, bihun goreng dan lain-lain lagi.

Mee Kari Lagenda

Alamat: 65, Jalan Terus Maju 1, Taman Terus Maju, 32000 Sitiawan, Perak.

Waktu operasi: Selasa hingga Rabu, 7 pagi hingga 5.30 petang

Hari Ahad, pukul 9 pagi hingga 5 petang

Tutup setiap Isnin.

Sekian perkongsian. 

Jumpa lagi, ye. 💗

P/S: Saya berbelah bahagi. Rasa macam tak syok nak cerita hal kita makan-makan sedap, padahal orang kita ada yang kena tahan. Allahuakbar. Maafkan saya. 

20 comments:

  1. terkejut tiba2 yang sampainya fuchuk. kalau saya sebut cucor jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, akak pun pelik. Ingat ke, extra bahan untuk mi wantan. Salah hantor rupanya. Hehe..

      Delete
  2. Kedai² jual mee kari kari biasa ada mee wantan jugak. Kebetulan pulak bunyi nak dekat sama cor kat belakang, hihi. Okeylah tu, fucuk pun dapat makan, cucur pun dapat makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, kedai pun, agak bising juga, itu yang adik tu kurang dengor kita cakap apa. Hehe.. Alhamdulillah.

      Delete
  3. tk pernh mkn buhun kari...entry kita ptg ni sama tajuk psl mee kari hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. kebetulan sama yek, mama tisya. 😁

      Delete
  4. Nampak pekat kuah mee kari dia. Apa pun semuga semua rakyat malaysia dan misi tersebut berjaya melawan isrell durjana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, orang kita dah selamat sampai ke Turki ye kak. Selamat dia orang.

      Delete
  5. Tak pernah makan bihun kari. Ada yang kata lagi sedap dari mi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pula, Cie, semua belasah je, mi ke, bihun ke.

      Delete
  6. Agaknya pelayan tu pun pelik ye, knp pelanggan ni minta fucuk tapi dia pun segan nak tanya kot 🤭
    Cucoq udang cicah kuah kacang memang sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, tapi dia bagi je, fucuk tu. Mesti tak pernah orang mintak. 😁
      Kann... peberet saya dari kecik, cucoq udang dengan kuah kacang.

      Delete
  7. Ada juga jual fucuk goreng. Haha ganjil. Sini tidak pernah jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa fucuk tu, letak dalam sup. Tapi, dia goreng dulu, bagi kat kami. Hehe.. baik tuan kedai.

      Delete
  8. sedapnya mee kari...sedapnya wantan mee..semua sedap la..cucur tu pun sedap..SA suka cucur macam tu..banyak udang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, banyak udang. Cukup rasa segala makanan yang kami order. Alhamdulillah.

      Delete
  9. In sya Allah kita kongsi perkara yang baik-baik. Untuk mereka kita doakan yang terbaik dan semoga di dalam rahmat Allah selalu. Cucur udang tuh nampak sedap sungguh. Sejak blog Tot KSarie dok berangan bila hendak merayap di Sitiawan sebab banyak kedai makan best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, KSarie. Alhamdulillah, orang-orang kita dah selamat lepas balik.
      Bila free, boleh datang sini. 😁

      Delete
  10. nampak menarik dan sedap semuanya. Banyak sangat loghat daerah kat Malaysia ni, sampai konfius dengar. Tapi takpelah, itulah uniknya Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kak Yan. Salah dengar, lain jadi maksud. Hehe..

      Delete