💚 Semoga semua peserta GSF khasnya rakyat Malaysia yang ditahan, dilindungi oleh Allah, dijauhkan dari bahaya dan dilepaskan dengan selamat. Amin... 💚
Entri hari ni, saya nak cerita tentang sarapan di kedai Mee Kari Lagenda, pada hari Rabu, 27 Ogos 2025 yang lepas.
Saya tunggu suami balik kerja shif malam. Pukul 9 pagi, kami pun pergi ke Sitiawan.
![]() |
Mee Kari Lagenda, nama kedainya. |
Pernah datang kedai ni, sekali. Tapi saya tak kongsi di blog, masa tu tempoh bertapa dalam gua. Ini kali, baru nak cerita.
![]() |
Suami pesan bihun kari. |
![]() |
Ada juga sup wantan dan seketul fucuk. |
Sup wantan itu biasa diberi, bila pesan mi wantan. Kenapa dia beri fucuk? Rupa-rupanya, adik yang ambil pesanan tu, tersalah dengar. Suami order cucur, dia dengar fucuk. Suami saya cakap slang Kelantan, cucur. Kalau orang Perak, biasa sebut cucor. Orang utara cakap cucoq. 😁
Bila pesanan cucur tak sampai-sampai, tanya adik tu. Barulah dia cakap, salah dengar. Takpe la. Tak lama pun lepas tu, tunggu cucur datang.
![]() |
Cucur udang dan kuah kacang. |
Semua makanan sedap, cukup rasa segala. Alhamdulillah.
Lokasi kedai ni, dalam kawasan perumahan di Sitiawan. Menu yang ada selain mi kicap, ada nasi goreng ayam, mi kari lagenda signature, capati, nasi lemak, mi kari kerang, nasi goreng sotong, set nasi lauk asam pedas, pau rendang daging, tosei, bihun goreng dan lain-lain lagi.
Mee Kari Lagenda
Alamat: 65, Jalan Terus Maju 1, Taman Terus Maju, 32000 Sitiawan, Perak.
Waktu operasi: Selasa hingga Rabu, 7 pagi hingga 5.30 petang
Hari Ahad, pukul 9 pagi hingga 5 petang
Tutup setiap Isnin.
Sekian perkongsian.
Jumpa lagi, ye. 💗
P/S: Saya berbelah bahagi. Rasa macam tak syok nak cerita hal kita makan-makan sedap, padahal orang kita ada yang kena tahan. Allahuakbar. Maafkan saya.
terkejut tiba2 yang sampainya fuchuk. kalau saya sebut cucor jugak
ReplyDeleteKedai² jual mee kari kari biasa ada mee wantan jugak. Kebetulan pulak bunyi nak dekat sama cor kat belakang, hihi. Okeylah tu, fucuk pun dapat makan, cucur pun dapat makan.
ReplyDeletetk pernh mkn buhun kari...entry kita ptg ni sama tajuk psl mee kari hehe
ReplyDeleteNampak pekat kuah mee kari dia. Apa pun semuga semua rakyat malaysia dan misi tersebut berjaya melawan isrell durjana.
ReplyDelete