Tuai kunyit
Assalamualaikum, semua...
Salam Jumaat yang mulia. 😊
Saya tukar template blog. Saya guna yang blogspot punya saja. Saja je gatal, ingin muka baru pada blog. Besar kan, font entri blog. Sesuai untuk orang tua rabun macam saya. Barulah senang nak baca. Tidak perlu zoom-in kalau tulisan halus. Saya baru test view blog ini guna laptop. Belum tengok lagi di handphone macamana. Harap ok. Silakan beri komen maklumbalas tentang rupa baru blog saya ini, supaya saya boleh buat penambahbaikan. Chewah.
Hari ini, saya nak cerita tentang pokok kunyit. Sudah lama saya tanam kunyit dalam pasu. Baru-baru ini, saya korek pokok. Saya terbaca, jika daun sudah layu, kekuningan atau tua, makna, kita boleh tuai kunyit dalam tanah.
Pengenalan
Sedikit pengenalan tentang pokok kunyit, pokok kunyit ialah tumbuhan herba daripada keluarga halia. Bahagian yang digunakan paling utama ialah rizom (isi kunyit di bawah tanah) dan juga daun kunyit untuk masakan.
Pokok kunyit membiak melalui rizom (ubi kunyit).
Saya tuai kunyit
Saya korek-korek sikit jer, di sekeliling pasu, menggunakan sudip tangan atau sekop tanah. Lepas tu, saya cuba angkat sebatang yang paling besar, terus terkeluar dari pasu dengan mudahnya.
![]() |
| Ha, ambik kau, terkeluar terus, dari pasu. |
![]() |
| Jumpa cacing |
![]() |
| Baru keluarkan dari tanah |
![]() |
| Asingkan untuk kegunaan dapur dan tanam semula. |
![]() |
| Tuai pokok kunyit lain |
![]() |
| Gambar ambil hari ini. Saya sekalikan dalam satu bekas. |
- Tanam (bulan 0 hingga 1) : Rizom bercambah
- Tumbuh daun (bulan 2 hingga 4) : Pembentukan daun aktif
- Pembesaran rizom (bulan 5 hingga 8) : Daun banyak, rizom membesar
- Penuaan (bulan 9 hingga 10) : Daun mula kering, sedia dituai.






Kawan saya dari Kedah pernah ajar saya makan nasi ulam kunyit muda. Saya pula suka bunga kunyit buat ulam.
BalasPadamUit, kunyit muda makan dengan nasi ulam? Wow, saya tak pernah try.
PadamBunga kunyit, pernah, beberapa kali. Sedap kan kak, lagi-lagi ada sambal belacan.
wah banyak benihnya. Boleh tanam banyak2 ni dalam pasu.
BalasPadamYa, kak, nak kena beli pasu besar lagi kat kedai Eco nampaknya.
Padambertambah sedap masakan guna kunyit hidup...dah lama x nmpk cacing tanah tu..
BalasPadamBetul, kak. Tak guna pun serbuk kunyit, sebab kunyit hidup banyak.
PadamHehe.. baguslah jarang-jarang muncul cacing. Selalu nampak, geli juga.
Oh, tak boleh ambil selalu la ya daun kunyit. Dulu selalu ambil daun kunyit kat office, skrg beli aje sebab yg kat office dah innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn.
BalasPadamSy rasa cerah biji mata masuk blog Tot ni. Yg dulu pun ok aje, Tot.
Hehehe.. itu la, saya pun baru tahu. Dah amik selalu daun kunyit, camana dia nak hidup. 😁
PadamSaje je, SK, bagi tulisan besor-besor. Senang nak baca.
Kunyit ni banyak khasiatnya....selalu beli je kunyit ni.
BalasPadamKann... saya pun beli juga dulu, sebelum tanam. Sampai kecut-kecut dalam peti ais, sebab pakai sikit, beli banyak.
PadamKebetulan, saya mintak suami bongkar pasu pokok kunyit esok sebab daunnya dah kering. Nak tuai dan tanam baru.
BalasPadamBaru tau kaitan daun kunyit dan isi kunyit tu. Terima kasih kongsi cerita kunyit.
Tulisan template yang ni sesuai dengan mata saya - mudah baca.
Wah, kebetulan sama pula, ye.
PadamSama-sama, Ujie. Untuk info kita bersama.
Alhamdulillah. Saya pun suka, tulisan besor-besor ni.
Yeayyyy...kita nak tuai kunyit PZ la....dia degil x nak tuai...biar je katanya...kita bukan apa nak tgok hasilnya....lepas tu tanam la balik...
BalasPadamSila, sila, SA. Banyak hasil, banyak boleh tanam semula.
Padampatut la pokok kunyit saya susah nak hidup,asal ada selai daun potong ambil buat masak...
BalasPadamHaha... kan... Lain kali nak guna daun kunyit, sila beli. Kesian pokok takde daun.
PadamHai Afzan... lama tak jumpa. 🤗
Kecik je font nya tu. Banyak hasil kunyit. Kalau kakak Cie tu buat serbuk kunyit. Rajin dia proses kunyit.
BalasPadamDekat handphone, kecil. Kalau buka guna laptop, besar font, Cie.
PadamKalau banyak, memang berbaloi proses jadi serbuk. Tahan lama.
template baru nampak kemas dan teratur!
BalasPadamoh pokok kunyit ni tak suka matahari sangat ye. kalau kita terbiarkan dia tanam bawah matahari direct, boleh mati ke?
Terima kasih, Mazni.
PadamAkak pun letak bawah matahari direct. Kalau kita siram dia setiap hari kalau hari tak hujan, hidup je pokok, Insya-Allah.
Oh macam tu cara nya.. kita biasa tanam kunyit bila tgk unyit kat dapur dah tumbuh tunas dan mengecut huhuu
BalasPadamBagus la, biasa tanam kunyit sudah tumbuh tunas. Kalau halia pun tumbuh tunas, tanam je, Encik. Halia lagi senang tumbuh banding kunyit.
PadamMolek template baru blog Tot ni. Meriah betul kunyitnya.Terima kasih kongsikan tips penanaman kunyit. Walaupun pokok kunyit KSarie habis dimakan si Putihah the rabbit semoga ada rezeki KSarie menanam kunyit lagi one fine day yang entah bila tu😅
BalasPadamTerima kasih, KSarie.
PadamHehe.. boleh tanam, tapi kena dalam pasu kot, pastu letak tempat Putihah tak boleh pergi. 😁
Jadi dapat ilmu dr kakak ttg kunyit. Saya sukaaa aroma daun kunyit. Biasa diiris halus, lalu tumis dengan bumbu bumbu. Sedap sangat.
BalasPadamKunyit nya sendiri saya dulu suka jadikan jamu. Jamu kunyit asam. Sebab mama dari muda membiasakan kami minum jamu. Jamu kunyit yg saya paling suka. Segaaar.
Saya seringnya baca blog dr hp. Buat saya dah pas juga tulisan template baru kakak ini. Tak sebesar di laptop, tp msh terlihat.
Wangi kan, Fanny, daun kunyit.
PadamBagusnya Fanny, dari muda sudah diajar minum jamu kunyit. Sangat berkhasiat.
Terima kasih, Fanny.
Terasa ringan bila bukak blog ni.
BalasPadamKunyit tu saya tanam jugak. Tapi sebab nak ambil daun.
Terima kasih, BK.
PadamSama la, daun kunyit letak dalam masak lemak boleh, rendang boleh, wangi jer.
Begitu tuai kunyit, korek sekali ..boleh tanam semula ..kunyit sejenis herba yang banyak kegunaannya..ada serbuk kunyit ..karu kunyit..
BalasPadamYe, cikgu, dan banyak khasiat juga dari kunyit.
Padam