Skip to main content

Love and hate relationship

 Balik dari pekena roti canai, saya dan encik suami meronda naik kereta. Makan angin. 😁 Dari Sitiawan, pergi Lekir, masuk WCE, keluar ikut tol Changkat Chermin, masuk Ayer Tawar, balik semula ke Manjung. 

Saya ada love and hate relationship terhadap beberapa benda. Antaranya, adalah...

On the way nak balik, dalam kereta, saya install semula aplikasi Zus. Sebab rasa nak minum kopi, tapi kedai kopi di Lumut tutup hari ni hari Selasa, nak beli richiamo pula, belum buka, baru pukul 9 pagi. Macam ni la, sekejap install, sekejap uninstall. Install sebab senang nak beli, tak buang masa, boleh terus pick-up kopi bila siap.

Sama macam app Shopee, sekejap ada, sekejap buang balik. Rasa nak beli barang, saya install. Bila dah dapat barang dan bagi review, uninstall semula. Bahaya duduk dalam handphone lama-lama. 

❤ Monologue ❤

"Dear aku yang bernama Tot, I am sorry, sebab mungkir janji tak mahu minum kopi. Tapi kita perlu minum juga hari ni, sebab nak kerja berat sikit. Please forgive me, hari ni kita ambil gula sikit. Esok kita mula balik."

🙈

Dapat sampul raya cina kaler kuning.

Cafe latte ice untuk encik suami. Hazelnut latte panas, less sweet untuk saya.

Tak adalah kerja berat sangat macam kerja buruh tu. Tapi alasan nak beli kopi. 😅

Encik suami memotong rumput.

Perut pun dah kenyang. Kopi pun dah beli, sebagai booster. Apa lagi, marilah kita potong rumput. Suami guna mesin potong rumput. Saya pula guna sabit, potong di bahagian yang tidak boleh dilalui oleh mesin, contohnya, di tepi-tepi tembok, celah-celah kerusi batu, dan lain-lain. 

Rumput yang dipotong harus dikumpul dan dimuatkan dalam plastik hitam heavy duty, letak di luar rumah. Nanti ada lori datang ambil. Tak boleh bakar rumput, elakkan pembakaran terbuka yang mencemar udara sekitar. Tapi kalau nak bakar pun tak boleh, sebab rumput tak sempat nak kering pun, hujan setiap hari.

Fuh... letih, wei....

Hampir pukul 12 tengahari barulah siap kerja. Puas hati tengok halaman yang bersih dan rumput panjang tiada lagi. 😍 

Kalau kita tak jaga rumah sendiri, siapa lagi. Nak bayar orang potong rumput boleh juga, tapi upah dia RM60, halaman tak adalah besar mana. RM60 boleh beli makan sedap, ok. Jimat sikit. Kita buat sendiri di samping dapat keluarkan peluh.

Selesai kerja di luar rumah, encik suami masuk dapur, dia nak masak telor kicap. Katanya, dia nak cuba resepi yang lalu di newsfeed fb dia. Peh, pucuk dicita ulam mendatang. Orang nak masak, sungguh gembira rasa di hati.

Telor kicap, siap!

Mmmmm... sedapnya. Betul ni. Tak tipu. Alhamdulillah. 😋💗

Comments

  1. Lepas tambah kalori, pastu bakar kalori…oklah awak 😀
    Saya kalau Zus, suka minum spanish latte. Tapi dah lama jugak tak membeli sebab duduk jauh dari bandar, takde Zus bagai ni.

    Rajinnya suami Tot. Memang nampak sedap pun 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tetap rasa bersalah lepas minum kopi. Huhu.. sejenis tak kuat.
      Spanish Latte ye? Lain kali saya try. Oppsss..
      Laa... ye ke.. kena pergi pekan ye. Kat Kangar, ada Zus?
      Alhamdulillah. :)

      Delete
  2. Memang mahal kos potong rumput sekarang. Dulu, rumah sy sekangkang cicit kera pun dorang nak cas smpi RM15.

    ReplyDelete
  3. Rajin betul potong sendiri rumput.
    Bagus juga suami tolong masak. Rehat diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa merajinkan diri, Na. Kena jaga rumah peninggalan arwah mama baik-baik.
      Alhamdulillah.

      Delete
  4. Benda boleh buat sendiri, buat apa nak upah org kan 😁
    Seronok dah penat², en suaminya tlg masak pulak 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... betul, betul.
      Alhamdulillah... hehe..

      Delete
  5. Lepas musim hujan, terus lebat rumput naik. Sekarang ni tiap-tiap petang ada orang mesin rumput.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul! Ha ah, sama la, macam kat sini.

      Delete
  6. Kopi dah umpama wajib 2 kali sehari tapi di rumah. Once in bulan biru, beli yang di luar kalau kena masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya, buat kopi di rumah lebih jimat.

      Delete
  7. mmg mahal upah org potong rumput..dpt buat sdiri jimat tp penat skit la kan...xpe bole pekena kopi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul. Hihi... rindu lama tak mengopi, mama tisya.

      Delete
  8. Betuuul kak. Anggab aja olahraga sikit kak. Cardio plus workout beban utk massa otot juga.

    Tak apa install uninstall. Sayapun sama. Kalo memang tak butuh, saya uninstall. Lagi butuh pasang balik.

    Tp untuk kopi saya dah bisa menikmati Americano tanpa gula 😄😄. Tak lah bersalah sangat jika tiap hari ngopi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Fanny. Berkebun itu lebih kurang seperti buat whole body workout. Sakit-sakit badan keesokannya. :D
      Akak pun sama. Cuma americano tanpa gula itu kurang sedap, Fanny. Kikiki....

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ikan bakar daun kunyit

💙 Tarikh: Ahad, 24 Ogos 2025 💙 Saya berkebun sampai pukul 10 pagi. Berkebun ni pun satu kerja yang tak habis-habis juga. Hari ni, merumput area sini. Esok lusa tengok area sana pula rumput mulai panjang. 😁 Tapi tetap buat juga, sebab suka jaga tanaman dan ia satu aktiviti yang sihat. Berpeluh dan kadang, macam latihan angkat beban juga. Angkat pasu dan tanah ke sana sini. Alhamdulillah. Biasanya, saya gantung kuali hari Ahad. Aktiviti hari Ahad, terbongkang depan TV sambil baca suratkhabar Ahad. Kena beli Mingguan  Malaysia, yang ada sisipan Pancaindera. Baru tahu gosip artis. 🙈 Kalau masak pun hari Ahad, masak maggi. Tapi sebab nak kurangkan makanan proses, paksa diri masak juga la pada hari itu. Masak apa tu? Saya balut ikan dengan daun kunyit. Bakar dalam kuali non-stick. Tak guna minyak. Masa ni la saya terfikir, apasal la aku tak tanam pokok pisang kat rumah. Boleh juga guna daun pisang buat bakar ikan. Tapi bila mengenangkan rumah ini laluan beruks, tak jadilah nak tanam ...

Suatu Jumaat di bulan Ogos

💚 Tarikh: Jumaat, 22 Ogos 2025 💚 Masak siap-siap sebab plan nak ke Ipoh, ambil budak Hafizan (anak kedua).  Saya masak bihun goreng. Budak Sulaiman (anak bongsu) tak ikut. Sulaiman hari Jumaat, petang-petang dia selalu pergi main badminton dengan cikgu dan kawan-kawan dia. Itu yang saya sudah siap masak untuk Sulaiman. Saya, Amirul (anak pertama) p ergi Ipoh lepas suami balik kerja waktu petang.  Selepas ambil Hafizan di Poli , kami pergi Aeon Station 18 .  Tingkat atas, sudah ada Hot&Roll. Yang ini, feveret anak-anak. Kalau pergi Mydin Ipoh , selalu bungkus bawa balik. Bila sudah ada cawangan di sini, ok la. Lebih dekat.  Hot&Roll di Aeon Mall Station 18. Bungkus pizza beef prata untuk anak-anak. Jalan-jalan, singgah surau settlekan yang wajib, kemudian kami makan malam di food court.  Masa nak balik, jumpa kedai baru buka. Aeon Mall Station 18, Ipoh ni, banyak juga kedai menarik, berbanding Aeon Mall dekat rumah kami. Chloe.Co Cafe Dari luar, sa...

Salad, Kari dan Sambal

💛 Tarikh: Selasa, 23 September 2025 💛 Blog saya ni, kalau tak cerita pokok, cerita pasal masak-masak. Itu je kerja saya. 😊 Kadang-kadang sudah tak tahu nak masak apa. Bila tengok apa yang ada dalam peti ais, barulah mentol idea itu timbul di atas kepala. Aha...  Jadi pada hari tersebut, berikut adalah juadah yang saya sediakan, untuk makan tengahari juga malam. Jom tengok! Salad telur rebus . Senang saja nak sediakan salad ni. Lagi-lagi kalau ada telur rebus. Cuci bersih-bersih dan potong sayuran. Letak sos cili, sebab Amirul pun makan juga. Kalau saya makan seorang, saya tak letak sos atau apa-apa salad dressing seperti kewpie, sebab ada gula. Kari ayam. Masak separuh ekor saja. Saya masak tanpa santan. Ala-ala kari mamak. Letak juga daun kari banyak-banyak. Sekali pandang, nampak macam asam pedas ayam pun ada, dalam gambar. Sambal lada Kelantan. Sambal guna cuka, dan tiada belacan. Macam terlalu lumat pula saya kisar. Tapi ok la rasa dia, tidak terlalu pedas. Cili padi merah l...