Brisk walk Jumaat

 Setelah sekian lama tak keluar rumah berjalan-jalan, pagi tadi saya keluar, lepas Sulaiman pergi sekolah dan saya selesai sidai kain jemuran.

Sudah 2 hari puasa sunat Rejab, 2 hari juga saya berjalan guna treadmill saja. Jalan dalam rumah tak letih sangat, dan takde la kering tekak. 

Pagi tadi, brisk walk sambil dengar lagu dan tengok pokok-pokok. 

Oh, terserempak dengan Kak Siti. Dia minta tolong bagi kucing jalanan di taman makan, dari 3-7 Februari nanti, sebab dia nak pergi holiday. Awal betul Kak Siti bagitahu. Hehe... 

Cuaca baik di pagi Jumaat

Brisk walk Jumaat

Jarak: 5.09 kilometer

Masa: 1 jam 22 minit

Kalori burn: 287

Alhamdulillah. 💗

2 comments:

  1. Aduh, lama juga tak briswalk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak mulakan tu memang susah, encik. Saya pun tak konsisten hari-hari. Masih melawan rasa malas lagi.

      Delete

Powered by Blogger.