Friday, January 17, 2025

Ujian amali lesen motor

 Semalam anak bongsu saya, Sulaiman, ada test JPJ, untuk lesen motor. Bapaknya tolong hantarkan ke institut memandu. Hujan pagi semalam. Jadi, ujian tu JPJ buat lambat, nak tunggu hujan reda.

Tengah beratur, tunggu giliran.

Mana satu Sulaiman? Cer teka, cer teka. ๐Ÿ˜

Sulaiman yang kedua la, dalam gambar di atas. Walaupun budak Sulaiman ni anak bongsu, dia la yang paling besar dan tinggi banding dua orang abang-abang dia. Kalau mama peluk Sulaiman, sampai paras dada je, kepala mama ni. 

Kalau kita tak cakap, orang pun tak kan perasan yang budak Sulaiman ni baru 16 tahun. Janggut pun dah ada. ๐Ÿ˜

Berbalik kepada cerita test JPJ tadi, bapaknya tak boleh ikut tengok di bahagian belakang sekolah, semasa ujian sedang berlangsung. Tapi, boleh la dengar orang jpj tu panggil nama, dan arahan yang diberi.

Untuk ujian amali motor, ujian litar adalah

Ujian 1, ujian rutin pemeriksaaan motosikal dan pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan

Ujian seterusnya, naik titi

Ujian berikut, kon.

Ujian seterusnya, brek kecemasan.

Yang lain-lain, lalu jalan tidak rata (berbonggol), pusingan 8 dan selekoh Z.

Betul ke ni? Saya pun google je. Sebab saya tak ambil lesen motor. Anak yang lain pun tak ambil, deme ambil lesen kereta je. Yang ada lesen motor, bapaknya je. Korang ada lesen motor?

Sulaiman 

Masa ujian titi tu, bapaknya cerita kat saya. Berlintas langsung melalui wassap. Ater, saya kat rumah, tak ikut. Orang jpj tu baru panggil nama Sulaiman. Tak sampai 5 saat, dia sebut nama Sulaiman lagi, dan suruh Sulaiman tunggu di tepi. Jadi, bapaknya rasa, Sulaiman gagal la ye, ujian titi tu. Tak tahu la dia jatuh titi ke, atau terlaju atas titi ke, atau berhenti lepas garisan putih ke, tak pasti.

Alahai, cian dia. Udah dapat tarikh baru untuk repeat test JPJ. Sabor je la, ye. Praktis lagi, praktis lagi. You can do it! Jangan gabra, kena tenang-tenang je. ๐Ÿ’ช

Tarikh yang dia kena ulang ujian ni, mama belum balik umrah lagi time tu. Semoga dipermudahkan urusan anakku yang paling kecik tapi paling besor ni. Aminn...

3 comments:

  1. semoga Sulaiman berjaya utk 2nd test...chaiyok!!

    ReplyDelete
  2. All the best Sulaiman!
    First time maybe nervous kot. Takpe, usaha lagi ๐Ÿ’ช๐Ÿป

    ReplyDelete
  3. Dah dapat lesen jangan jadi 'superman' pulak ye....

    ReplyDelete