Pagiku

 Tak tau apa nak cerita hari ni. Kadang rasa macam nak mengarang panjang-panjang, bila idea tu datang. Tapi macam malu pulak nak cerita kat blog. Nantilah tunggu masa sesuai.

Oleh kerana hari ini hari Khamis, puasa sunat rejab lagi, oleh itu, saya tak keluar pergi berjalan-jalan di taman. Kalau pergi jalan-jalan, besar kemungkinan tekak kering, cenderung untuk minum air. Hehe. Tengok tanaman di rumah saja. Tapi, walaupun saya tak pergi jalan-jalan, langkah saya mencecah 6 ribu juga, buat kerja dalam rumah, luar rumah. 

Cabut rumput keliling pokok kemboja cina. Pelik juga la kenapa pokok ni, daun dia makin kurang. Bila dah cabut rumput, barulah nampak yang pangkal batang dan akar dia, ada sarang semut. Semut kecik ke, anai-anai ke, tak pasti pulak saya. Hmmm... macam-macam serangga perosak kat rumah ni.

Lepas cabut rumput di pasu-pasu tanaman dan pokok-pokok, saya masuk rumah, sidai kain. Tak siram pokok guna hose hari ni, tapi siram ala kadar, guna air basuhan beras. Lagi pun awal pagi, ada hujan sekejap.

Bagi Oyen makan. Pastu, kera datang menyinggah la pulak. Dia nampak ada cat food dalam bekas. Hmm.. tak boleh tengok orang senang. Seperti biasa, saya halau ke, pegang cangkul ke, bapak kera tak berganjak pun. Saya ketuk tingkap, panggil Hafizan suruh bawak keluar pistol.

Sempat la Hafizan bagi sedas. Bunyi "Tak". Takde bunyi letupan pun. Tak tau la kena ke tak. Sekelip mata, satu family kera hilang. Pandai deme ni yek. Tengok pistol, sepantas kilat cabut lari. 

Lakonan semula gaya Hafizan tembak ke arah sekumpulan kera.

Pistol guna peluru manik. Beli kat kedai apek. Rasanya, pistol orang guna untuk tembak cicak. 

Haaa... baru takut. Rasakan... harap deme tak balas dendam esok. 

Lepas sidai kain, masak jap. Goreng ikan keli sampai garing. Ingat, sampai situ saja. Tapi tengok ada cili hijau dalam peti ais. Jadi, kisar, buat sambal hijo. 

Ikan keli goreng sambal hijo

Ok la. Selamat berpuasa kepada yang berpuasa hari ini. 💗

10 comments:

  1. saya pun ada pistol peluru manik tu untuk takutkan kera depan rumah. Kalau yang besar-besar tu memang tak takut kat orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... kita pula yang seram. Lagi-lagi kalau kera tunjuk gigi.

      Delete
  2. ammi tak dapat puasa harini..awal seminggu pulak munculnya "anakbulan"... tugasan mengaji kumpulan pun masih berbaki 8 mukasurat. macam kena mintak ahli kumpulan lain tolong sambungkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, fitrah kejadian perempuan. Nanti bila dah habis, boleh puasa sunat semula. Bagusnya, ada mengaji berjemaah, ye.

      Delete
  3. Hafizan itu siapa pula?
    Saya tidak suka sangat ikan yang digoreng terlalu garing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hafizan anak nombor 2.
      Sulaiman anak nombor 3.
      Amirul anak pertama. :)
      Gitu. Masing-masing punya citarasa. Saya suka sebab krup krap krup krap makan, lagi-lagi ikan keli.

      Delete
  4. Rasanya kamu dah boleh buat sub topic special dah pasal kena ni... mesti tak kering idea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. itu la pasal. Asyik kena dengan kera je.

      Delete
  5. Rimas ye dgn gangguan kera ni...
    Dulu dekat perumahan Kami ada juga, now lama dah tak nampak lepas buat aduan ke majlis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya, majlis di tempat PH. Sini, sebab tindakan majlis la, kera masuk perumahan. Huhu..

      Delete

Powered by Blogger.