Sekembalinya saya dari jalan-jalan pagi, saya nampak ada sekumpulan kera dalam kawasan rumah. Saya ada ambil video.
Maaf la, kualiti video kurang jelas, handphone lama. Dalam video atas, kera tu bertentang mata dengan kucing rumah, oyen. Oyen marah bapak kera tu, sebab apa? Anak Oyen ada kat atas bumbung, sekor. Lepas tu, Oyen blah masuk bawah bumbung, nak protect anak dia, besar kemungkinan.
Tapi bapak kera tu, tak amik port pun pasal Oyen. Dia jalan terus. Lagi satu video...
Saya tak masuk rumah lagi. Duduk dekat kereta. Bila kera sudah hilang dari pandangan, baru saya masuk rumah. Itu pun bunyi gedegung gedegang kera-kera ni, atas bumbung rumah.
Habis jatuh pasu pokok kacang dan timun |
Senget-benget buluh penyokong pokok sayur. |
Tapi syukurlah, tak ada pokok yang dicabut. Cuma terbalik, jadi saya sudah betulkan. Oh, ada kacang panjang baru keluar, belum cukup besar untuk dituai, kera dah makan separuh.
Udah kontot kena gigit kera. |
Jagung sudah dicuri oleh kera dan pokok jagung patah. |
Habissshhh.... tak de rezeki saya nak merasa tuaian buah pertama jagung. Gone! Sama nasib macam tembikai saya dulu. Pun tak sempat merasa.
Baiklah. Sekarang, saya tahu, sudah tak boleh tanam pokok buah dan sayur. Mungkin lepas ni, saya boleh tanam pokok bunga je kot, barulah tak kena serang dek kera.
Dua bawang sudah hilang. Satu bawang, dah keluar akar pun, dicabut dari tanah. Satu bawang selamat. Bawang pun dia boleh makan. Sebab saya nampak ada bawang tu, dia kopek, dan dia campak tempat lain di kawasan rumah. Mmmm... alahai...
Cuba try letak belacan dekat mana2 tanaman tu...beruk x suka bau belacan...
ReplyDeleteBaik. Cadangan yang bernas. Terima kasih, ye, Sueann.
DeleteKesiannya habis tanamana dicabutnye.
ReplyDeleteItu la. Memang susah nak bercucuk-tanam, ada gangguan kera liar.
DeleteMacam samseng pulak dia lepak atas pagar tu
ReplyDeleteGaya gangster, kan, uncle.
DeleteTidak rasa aman ada kera ini. Sinipun ada makan pisang kitorang.
ReplyDeleteKena tanam pokok kaktus keliling pokok buah agaknya.
Oh, rumah Na pun ada gangguan kera, ye.
DeleteHehe.. nanti susah pula nak ambil buah.
Aduh.. Payah bercucuk tanam kalau ada kera..
ReplyDelete