Hari Ahad, pagi, pergi mendobi bersama encik suami. Hari sebelumnya, satu hari cuaca mendung di rumah, matahari malu-malu di belakang awan mendung. Tapi hujan tak turun pun, hujan di tempat lain. Pakaian di jemuran sejuk, tak berapa nak kering. Elok la pergi keringkan guna dryer. Pergi kedai dobi sama, dekat rumah. Pernah pergi dobi ni tak lama dulu, entrinya ada di sini. Kali ni, tuan punya dobi dah upgrade, ada kelainan.
Ada tempat seterika baju, disediakan steam iron dan iron biasa. Wow. Tak pernah lagi masuk dobi layan diri ada disediakan iron.
Nice..! |
Mungkin sebab blok kedai ni, bahagian atas banyak bilik sewa. Orang bujang yang tak ada seterika sendiri, boleh la guna kemudahan ni.
1 token, harga RM1. Boleh gosok selama 7 minit. Harga sama untuk iron biasa dan steam. |
Pandai tuan dobi. Biasa lepas keluar dryer, pakaian selalu kedut seribu.
Lagi satu, ada kerusi urut juga.
Masukkan 1 token bersamaan satu ringgit, boleh urut selama 5 minit. Saya pun cubalah satu kali.
Sedap, wei... dari tapak kaki sampai ke belakang kepala, dia urut. Ada tempat boleh letak tangan, tangan pun dia picit. Ish ish ish... syok!
Ada 2 kerusi urut, suami guna yang sebelah.
Ooo... patutla sedap dia picit kita, Coway punya. Pandai bebenor siapa yang cipta mesin ni. Tak cukup sekali, saya guna lagi. Jadi, 10 minit guna kerusi urut ni. Terus rasa nak tidor, sebab rasa sedap sangat. π Eh eh, apa tu,di kejauhan, ada makhluk atas kereta kami kat depan dobi.
Amboi, syoknya dia beristirehat atas kete kita. |
Ha, kereta ada sticker P lagi, sebab ada 2 anak, yang masih belum habis P. Dia orang bila cuti, kadang bawa kereta ni, pi mana-mana.
Bila kucing tu tengok kita ambil gambar dia, dia pun masuk dalam dobi.
Nak tumpang manja.. |
Amboi, syok benor dia, sampai tidor-tidor. |
Boring duduk dengan kita, dia pi kacau encik suami pulak. |
Baguslah kedai dobi dia, boleh habis masa, wifi pun ada percuma. Harap tuan kedai boleh tambah vending machine minuman atau makanan pula. Hehe.. π
Wah selesa betul kedai dobi ni. Bagus tuannya, sediakan pelbagai kemudahan utk pelanggan.
ReplyDeleteAgaknya yg atas kereta tu tuannya kot ahak π
Itu la, saya pun rasa begitu. :D
DeleteSeronoklah mendobi dengan kemudahan baru seperti seterika. Memang jarang jumpa dobi layan diri ada kemudahan macam ni. Baguslah, lepas ni boleh terus seterika pakaian kat situ. Tak perlu bawa balik baju berkedut.
ReplyDeleteHehe.. kalau tudung boleh la kot, pakai steam iron tu, sebab kat rumah takde iron cenggitu.
Delete