Monday, January 13, 2025

Lauk hari ni

 Hari ini, puasa sunat hari putih. 

Apakah fadhilatnya berpuasa pada hari putih ini?

Tarikh 13-15 Rejab bersamaan 13-15 Januari 2025.

Daripada Qatadah bin Milhan RA, katanya,"Rasulullah SAW menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14 dan 15 haribulan. Baginda SAW juga bersabda: Puasa pada 3 hari tersebut seolah-olah berpuasa sepanjang tahun." - Riwayat Abu Daud.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Baiklah. Saya buat carian balik, sebab saya selalu lupa. 

Dah lama tak kutip sayur. Suami tegur, dah naik kuning dah sayur tu. Ye la. Marilah kita kutip.


Hui, banyak jugak. Nampak je banyak, nanti bila dah masak, kecut juga. 

Oh, Kakmim ada suruh review tentang penghalau serangga homemade yang saya ada kongsikan tak lama dulu, entrinya ada di sini.

Ha, hasil sayur dalam gambar di atas, adalah hasil saya guna penghalau serangga tu la, ok, kan? Daun takde la lubang-lubang kena makan dek serangga perosak. Alhamdulillah. Ada banyak beza juga, banding sayur sebelum disembur. Saya sembur 2 kali dah. 

Namun begitu, ada sesetengah pokok, tak berapa berkesan, seperti pokok kari. Ada kurang sikit, kumbang hitam kecil di bawah daun kari. Tapi, belum cantik lagi la daunnya. Mungkin kena sembur lebih kerap kot. 

Pada pendapat saya, semburan penghalau serangga homemade tu sudah memadai. Sebab saya pun nak sayur yang selamat dimakan, tanpa kegunaan racun perosak.


Dah selamat pun dimasak, sayur kutipan hari ini. Ikut resepi Che Nom, kailan ikan masin. Cuma sayur dalam gambar bukan setakat ada kailan, ada pak choy juga dan sawi. 


Dah siap masak dah, untuk berbuka. Ayam goreng celup tepung bestari sampai 2 pinggan, ok. Saya memang suka masak awal, supaya petang-petang boleh rehat. Ada budak di rumah ni, hantu ayam, suka ambil ayam 2 ketul, setiap kali makan. 

Selamat berpuasa ye, pada pembaca yang berpuasa, dan selamat bekerja pada yang bekerja, dan selamat lah segala-galanya. 💗

0 comments:

Post a Comment