Sarapan Khamis

 Lepas subuh dan mengaji, turun bawah dan masuk dapur. Rebus air dalam periuk, nak buat telur tiga suku masak. 

Tengok ada secoet nasi dalam rice cooker. Cukup untuk seorang makan. Suami simpan dalam peti ais. Keluarkan, dan buat nasi goreng bebola ikan.


Nampak banyak la pulak bila dah goreng. Tutup api kuali, dan masukkan kacang botol yang ambil semalam, dipotong kecil. Tuaian pertama. 😍

Semalam petik.

Takde la besar mana. Memang saya suka makan kacang botol yang kecil. Kalau dah tua, dia keras.

Tunggu suami balik kerja pukul 8 pagi, barulah pecah telur yang telah diletak dalam alat rebusan telur tu.


Tambah kicap manis jalen dan lada sulah dalam telur.


Makan bersila depan tv, bersama suami. Alhamdulillah. 

Kome sarapan apa, pagi tadi? 💗

13 comments:

  1. elok kejadian telur separuh masak akak...hari ni puasa kak,macam-macam menu dah teringin ni nak buka puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab guna alat rebus telur macam kat mamak tu, Afzan. Kalau guna periuk, kadang tak jadi juga telurnya.
      Hehe... sila, Afzan. Masa puasa lah, rasa nak makan macam-macam yek.

      Delete
  2. Menarik. Lama tak makan nasi goreng ada kacang botor.

    ReplyDelete
  3. Khamis, sarapan telur separuh masak 2 biji juga dengan roti sapu mentega baelwang putih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, sama kita ye. Sedapnya, roti garlic. Saya pun suka!

      Delete
  4. Saya pun suka simpan nasinwalau secoet.. kalau kumpul dua tiga hari mmg dah cukup buat nasi goreng hihii

    ReplyDelete
  5. Oh iyaa namanya kacang botol yaa. Saya lupa, pdhl sukaaa makan sayur itu. Pakai sambal belacan lagi sedap 😄👍

    ReplyDelete
  6. Oh iyaa namanya kacang botol yaa. Saya sering makan sayur itu tp lupa nama. Sedaap, apalagi makan dengan sambal belacan 👍

    ReplyDelete

Powered by Blogger.