Ada separuh ekor ayam sudah bawa keluar dari freezer dan sedia untuk dimasak.
Saya ada terbaca orang bakar ayam guna perencah nasi goreng Adabi. Nampak macam sedap, oleh itu hari tu pi kedai, saya pun beli la perencah nasi goreng tu.
![]() |
Saya guna 2 paket, untuk separuh ayam. |
![]() |
Lumurkan perencah nasi goreng Adabi pada ayam. |
Perap lebih kurang 1 jam.
![]() |
Saya bakar dalam oven. |
Bakar guna air fryer pun boleh, terpulang.
![]() |
Sudah siap! Ayam bakar perencah nasi goreng Adabi. |
Selain tu, saya masak sambal. Inspirasi dari sambal Cuya.
Cili hijau takde, saya guna cili merah.
Jadilah, lauk buka puasa hari ni, ayam bakar dan sambal ikan bilis.
Baik, kerja semua dah siap, barulah boleh terbongkang depan tv. 💗
Hi Tot, hihi.. rindunya kat coretan awk. Sedap tak ayam bakar perencah nasi goreng adabi tu?
ReplyDeleteYe ke? Patut bulu mata saya selalu jatuh.
DeleteBoleh la, SK, rasa dia. Kalau tambah madu, lagi sedap kot. Atau saya yang tak reti bakor ayam.
Ngam sangat ni…ayam bakar dan sambal tumis.
ReplyDeleteBanyak ayam bakarnya tu, memang tak muat kalau nak guna AF.
Kena banyak trip la, bakor, kalau takde oven, kan.
DeleteFuh! Ada kredit untuk Cuya tu!
ReplyDeleteHaruslah, uncle. Hihihi...
DeleteApa rasanya? Nak juga try kalau sedap :)
ReplyDeleteOk rasanya, PH. Waktu bakor, wangi satu rumah macam bau nasi goreng. Hihi..
DeleteSedap ke letak perapan perencah nadi goreng Adabi?
ReplyDeleteSayapun suka ayam dibakar. Lama tidak buat.
Boleh tahan la, Na, rasanya. Sebab senang nak masak, kan, ayam bakor. Masuk oven, boleh tinggal.
Deleteada pernh tgk gk org share perap ayam guna perencah nasi goreng tu tp tk pernh cuba
ReplyDeleteSila la cuba, mama tisya. :)
DeleteSi mcm mna rasa ayam bakar dgn perencah tu... Nk cuba juga lah :D
ReplyDeleteBoleh tahan sedap, encik Pengembara Masa. :D
DeleteSila, sila.
Oh ada 2 pek lagi perencah nasi goreng ni kat rumah tp ntahlah masih elok atau tak. Cuba buat nasi goreng guna perencah tp hmmm mcm tak kene jendgn tekak
ReplyDeleteSama la, baik potong bawang buat perencah sendiri, lagi sedap nasi goreng, kan? Hehe..
DeleteHarusmya memang sedaap 😍😍😍. Terbayang pula wanginya sampai sini kak 😄
ReplyDeleteWah... hi Fanny! Long time no see. ^_^
Delete