Persiapan

 Menghitung hari, lagi 14 hari nak terbang.

Lagi 12 hari, nak turun Kolumpo.

Excited, berdebar-debar, mix feelings, dan paling banyak, bersyukur, dan berharap semoga Allah panjangkan usia sehingga tarikh itu. 

Baca: Kursus Umrah

Pergi klinik pagi tadi, nak minta nasihat doktor sebab semput yang akhir-akhir ni, macam senang je terjadi. Kalau tidur dalam aircond pun sudah trigger, macamana nanti di Madinah, sebab suhu sana, baca dalam group umrah, sudah 9 darjah celcius. 

Doktor bagi senarai makanan tambahan sebagai persiapan.


Baru beli di farmasi, yang dalam kotak tu, multivitamin, inhaler kaler coklat sebagai tambahan untuk inhaler ventolin, dan ubat tu, klinik bagi. Yang lain-lain iaitu fish oil, vitamin C, evening primrose oil, saya sudah amalkan sebelum ni. 

Banyaknya, bagi saya. Saya bukan suka sangat makan makanan tambahan ni, tapi nak sihat, kena lah ikhtiar. 


Aplikasi Nusuk pun sudah daftar semalam, setelah wakil agensi pelancongan hantar visa yang sudah siap. Alhamdulillah, boleh daftar dengan lancar. Ramai yang cuba daftar semalam hadapi banyak masalah waktu malam, dan kongsi di group wasap umrah. Saya daftar waktu petang.

Boleh la kot, nak simpan baju sikit-sikit. Yang kedut-kedut boleh la gosok dulu. Buat slow-slow. 💗

16 comments:

  1. Alhamdulillah syukur dan tahniah Nur bakal bertandang ke tanah suci. Tlg doakan PH dapat jemputan ke sana lagi ☺️
    Semoga Nur sihat² selalu dan dapat beribadah dgn sempurna 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, PH. Wah, Insya-Allah. :)
      Aminn, yarabbalalamin. Itulah yang doakan.

      Delete
  2. Alhamdulillah...semoga dipermudahkan urusan umrah...selamat pergi & kembali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... terima kasih, kak nohas. Huggsss..

      Delete
  3. Wah seronoknya menjadi tetamu Allah. Moga Cuya dan keluarga pon dapat berkesempatan ke sana satu hari nanti.. Aamin :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... Insya-Allah, Cuya. Rezeki ni, tiada siapa tahu. Akak pun mulanya tak sangka akan dijemput.

      Delete
  4. Jangan lupa kongsi foto di sana ye....

    ReplyDelete
  5. smoga dipermudahkan segala urusan..tklama dh tu utk terbang ke tanah suci

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn... terima kasih, mama tisya.
      Ye la, pejam celik, pejam celik.

      Delete
  6. Tahniah Nur.
    Jangan lupa doakan untuk saya ya.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dijemput jadi tetamuNya. Ammi masa gi umrah kat Madinah 15deg. Pun terasa sejuk nak2 bila ada angin yg bertiup.

    Semoga sentiasa sihat ye disana nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Kan.. ramai yang cerita camtu. Haruslah bawa baju sejuk.
      Amin, yarabbal Alamin. Mekacih.

      Delete
  8. Saya doakan kakak sehat sebelum, saat disana dan sepulangnya nanti dari tanah suci. 🤗🤗.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, yarabbal Alamin... terima kasih, Fanny. Hugggsss...

      Delete

Powered by Blogger.