Tuesday, January 7, 2025

Briskwalk Selasa

 Hujan lebat ye, malam semalam. Sepanjang malam pula tu, on and off, sat gerimis, sat lebat. Sampai pukul 7 pagi lebih kurang, barulah hujan berhenti.

Semalam, Isnin, Alhamdulillah, dapat juga puasa sunat sehari, walaupun selsema dan badan rasa nak demam. Sebaik saja lepas berbuka, terus telan panadol dan ubat selsema. Lega. Pengsan jap, lepas maghrib. Sembahyang Isyak pukul 12 tengah malam, kau. Tertidor depan tv.

Pagi ni, pergi jalan-jalan jap di taman rekreasi. Masa sampai di taman, hujan rintik. Tapi kat rumah saya, dah berhenti hujan. Takde hal. Kita pakai payung la, sambil jalan-jalan. Hehe.

Briskwalk Selasa

Jarak: 4.07 kilometer

Masa: 1 jam 6 minit

Kalori burn: 222

Lega sikit lepas berjalan-jalan tu. Dapat hirup udara segar dan sejuk, baru lepas hujan, kan.

Suka hujan, sebab tak perlu siram pokok. Saya belanja satu gambar bunga ros yang sedang mekar di depan rumah. 

Ros merah, disirami hujan

Alhamdulillah. 💗

2 comments:

  1. Walaupun tidak lari buat juga jalan laju.
    Sini hujan pagi tadi, tidak lebat. Hujan sudah berhenti tapi cuaca rasa nyaman, sejuk sampai saya tulis komen ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err.. tak laju pun, NA. Pace lenggang kangkung pasar malam. :D
      Best kan, cuaca lepas hujan. Nyaman je.

      Delete