Semalam, tak masak. Tak dapat nak pi pasar malam, sebab awan gelap tebal, macam nak hujan sangat. Tukar rancangan, makan malam di kedai tomyam Bangtawa Seafood.
Berdua je. Sulaiman tak nak ikut.
Saya pesan nasi goreng daging merah.
Encik suami pesan nasi goreng kampung, peberet dia.
Ada sup untuk setiap hidangan nasi goreng. Telur dadar, pesan juga, bersama sambal belacan. Saya suka sup dia. Walaupun kosong, ada rasa masam, macam tomyam.
Tak de orang pun, selain kami, ada lagi satu meja ada pelanggan. Makan malam awal, pukul 6 petang. Bungkuskan nasi pad kra pao untuk Sulaiman di rumah. Alhamdulillah. ๐
Senang dah siap makan kat kedai, utk anak tapaukan aje. Balik rumah dah boleh terlentang, hahaha.
ReplyDeleteBetul sesangat! Kikiki...
DeleteBerdua je? Alang2 pasang la lilin....
ReplyDeleteHihihi... malu aaa, uncle. :D
DeleteAwal makan tu. Nampak sedap jugak nasi goreng tu.
ReplyDeleteHa ah, biasa dinner sebelum 7 malam.
Deletesedap nmpk menu nasi goreng tu
ReplyDeleteSedap, Alhamdulillah. Daging merah tu pun lembut dagingnya.
DeleteSedapnya. Suka sup yang ada rasa masam juga.
ReplyDeleteKan, selera hirup sup panas-panas.
DeleteSeronok kalau masuk kedai tak ramai org, cepat dapat pesanan :)
ReplyDeleteBetul, betul! :)
DeleteSaya dulu sempat heran pas tinggal di Malaysia, Krn tiap pesan nasi goreng pasti diksh kuah sup ๐. Sesuatu yg beda dengan di sini. Tp ternyata memang enak. Apalagi bagi yg suka menu harus berkuah ๐๐
ReplyDeleteHihi.. kalau makan nasi gorengnya laju, boleh jadi tercekik kot, Fanny. Itu pasal dia bagi sup, supaya senang nak telan. :D Lagi-lagi kalau warga tua, nasi yang dimakan bersama sup, senang sikit mahu dikunyah. Ini teori kakak saja tau, Fanny. :D
Delete