Balik dari pekena roti canai, saya dan encik suami meronda naik kereta. Makan angin. π Dari Sitiawan, pergi Lekir, masuk WCE, keluar ikut tol Changkat Chermin, masuk Ayer Tawar, balik semula ke Manjung.
Saya ada love and hate relationship terhadap beberapa benda. Antaranya, adalah...
On the way nak balik, dalam kereta, saya install semula aplikasi Zus. Sebab rasa nak minum kopi, tapi kedai kopi di Lumut tutup hari ni hari Selasa, nak beli richiamo pula, belum buka, baru pukul 9 pagi. Macam ni la, sekejap install, sekejap uninstall. Install sebab senang nak beli, tak buang masa, boleh terus pick-up kopi bila siap.
Sama macam app Shopee, sekejap ada, sekejap buang balik. Rasa nak beli barang, saya install. Bila dah dapat barang dan bagi review, uninstall semula. Bahaya duduk dalam handphone lama-lama.
❤ Monologue ❤
"Dear aku yang bernama Tot, I am sorry, sebab mungkir janji tak mahu minum kopi. Tapi kita perlu minum juga hari ni, sebab nak kerja berat sikit. Please forgive me, hari ni kita ambil gula sikit. Esok kita mula balik."
π
![]() |
Dapat sampul raya cina kaler kuning. |
Cafe latte ice untuk encik suami. Hazelnut latte panas, less sweet untuk saya.
Tak adalah kerja berat sangat macam kerja buruh tu. Tapi alasan nak beli kopi. π
![]() |
Encik suami memotong rumput. |
Perut pun dah kenyang. Kopi pun dah beli, sebagai booster. Apa lagi, marilah kita potong rumput. Suami guna mesin potong rumput. Saya pula guna sabit, potong di bahagian yang tidak boleh dilalui oleh mesin, contohnya, di tepi-tepi tembok, celah-celah kerusi batu, dan lain-lain.
Rumput yang dipotong harus dikumpul dan dimuatkan dalam plastik hitam heavy duty, letak di luar rumah. Nanti ada lori datang ambil. Tak boleh bakar rumput, elakkan pembakaran terbuka yang mencemar udara sekitar. Tapi kalau nak bakar pun tak boleh, sebab rumput tak sempat nak kering pun, hujan setiap hari.
Fuh... letih, wei....
Hampir pukul 12 tengahari barulah siap kerja. Puas hati tengok halaman yang bersih dan rumput panjang tiada lagi. π
Kalau kita tak jaga rumah sendiri, siapa lagi. Nak bayar orang potong rumput boleh juga, tapi upah dia RM60, halaman tak adalah besar mana. RM60 boleh beli makan sedap, ok. Jimat sikit. Kita buat sendiri di samping dapat keluarkan peluh.
Selesai kerja di luar rumah, encik suami masuk dapur, dia nak masak telor kicap. Katanya, dia nak cuba resepi yang lalu di newsfeed fb dia. Peh, pucuk dicita ulam mendatang. Orang nak masak, sungguh gembira rasa di hati.
![]() |
Telor kicap, siap! |
Mmmmm... sedapnya. Betul ni. Tak tipu. Alhamdulillah. ππ
Lepas tambah kalori, pastu bakar kalori…oklah awak π
ReplyDeleteSaya kalau Zus, suka minum spanish latte. Tapi dah lama jugak tak membeli sebab duduk jauh dari bandar, takde Zus bagai ni.
Rajinnya suami Tot. Memang nampak sedap pun π
Tapi tetap rasa bersalah lepas minum kopi. Huhu.. sejenis tak kuat.
DeleteSpanish Latte ye? Lain kali saya try. Oppsss..
Laa... ye ke.. kena pergi pekan ye. Kat Kangar, ada Zus?
Alhamdulillah. :)
Memang mahal kos potong rumput sekarang. Dulu, rumah sy sekangkang cicit kera pun dorang nak cas smpi RM15.
ReplyDeleteCicit kera ye, SK? Hihi...
DeleteRajin betul potong sendiri rumput.
ReplyDeleteBagus juga suami tolong masak. Rehat diri.
Terpaksa merajinkan diri, Na. Kena jaga rumah peninggalan arwah mama baik-baik.
DeleteAlhamdulillah.
Benda boleh buat sendiri, buat apa nak upah org kan π
ReplyDeleteSeronok dah penat², en suaminya tlg masak pulak ππ»
Hihi... betul, betul.
DeleteAlhamdulillah... hehe..
Lepas musim hujan, terus lebat rumput naik. Sekarang ni tiap-tiap petang ada orang mesin rumput.
ReplyDeleteBetul, betul! Ha ah, sama la, macam kat sini.
DeleteOh? Penagih kopi juga?
ReplyDeleteGimifai!
Yeh! :D
DeleteKopi dah umpama wajib 2 kali sehari tapi di rumah. Once in bulan biru, beli yang di luar kalau kena masa.
ReplyDeleteBagusnya, buat kopi di rumah lebih jimat.
Deletemmg mahal upah org potong rumput..dpt buat sdiri jimat tp penat skit la kan...xpe bole pekena kopi tu
ReplyDeleteBetul, betul. Hihi... rindu lama tak mengopi, mama tisya.
DeleteBetuuul kak. Anggab aja olahraga sikit kak. Cardio plus workout beban utk massa otot juga.
ReplyDeleteTak apa install uninstall. Sayapun sama. Kalo memang tak butuh, saya uninstall. Lagi butuh pasang balik.
Tp untuk kopi saya dah bisa menikmati Americano tanpa gula ππ. Tak lah bersalah sangat jika tiap hari ngopi
Iya, Fanny. Berkebun itu lebih kurang seperti buat whole body workout. Sakit-sakit badan keesokannya. :D
DeleteAkak pun sama. Cuma americano tanpa gula itu kurang sedap, Fanny. Kikiki....