Semalam, hari Rabu, makan malam di Sri Bangtawa Seafood. Dah jadi feveret spot. Lebih suka macam ni. Sebab orang kurang waktu petang. Lagi satu, dia masak cepat. Sedap pun, sedap.
Suami tak jemu-jemu pesan nasi goreng kampung. Telur dadar mesti ada. Lagi satu, dia tambah lauk ayam goreng kunyit. Sambal belacan dia bagi.
![]() |
Gambar dekat nasi goreng kampung. |
Saya tak rasa macam nak makan nasi semalam, jadi saya pesan chicken chop.
Sedap, chicken chop dia. 😋
![]() |
Kedai tomyam feveret |
Sri Bangtawa Seafood ni, lokasinya senang je nak jumpa, jika nak pergi Pangkor ikut jeti Lumut. Mesti lalu punya, di jalan utama, belah kanan arah ke jeti.
Di Lumut ni, ada je beberapa kedai tomyam dan makanan laut sedap. Cuma nak cari harga berpatutan tu, susah juga bagi yang tak familiar di kawasan sini. Ada satu kedai seafood ni, tak jauh dari sini, sekali makan je, mesti cecah RM100, selalu ramai orang.
Tapi kat sini, harga dia berpatutan. Itu sebab kami lebih prefer makan sini. 💗
bila tmpt sedap & cpt servisnya pasti repeat mkn kn
ReplyDeleteBetul, betul.
Deletesaya pun suka keluar makan waktu petang,kalau keluar lepas maghrib jenuh la nak menunggu order sampai
ReplyDeleteBetoi tu, Afzan. Akak pun memang selalu dinner awal, sebelum 7 malam.
DeleteSy pun suka nasi goreng kampung skrg. Nt masa dalam perjalanan pun dah kecur2 terbayang kepedasan dan masin2 ikan bilis dia, hahaha. Bangtawa tu, abang ketawa ke maksudnya? hehehe.
ReplyDeleteHehe.. peberet ye, SK.
DeleteHa ah, saya pun ada andaian macam tu, abang sedang ketawa. Tapi tak pernah pulak saya bertanya dengan tokei kedai.
Kedai tomyam ni kalau sedap mesti kita ulang kunjung kan?
ReplyDeleteYe, uncle.
DeleteBetul. Kalau saya pun akan pilih kedai yang harga makanannya berpatutan. Kalau saya rasa mahal sangat, alamat masak kat rumah lah.
ReplyDeleteKan... sekali-sekala makan mahal, boleh la.
DeletePH pun suka nasi goreng kampung. Itu je lah yg selalu order pun :)
ReplyDeleteMurah, sedap dan service cepat mmg akan repeat la kan ...
Hehe.. sama ye, PH.
DeleteWah kalau ke sana boleh la try. Lama tak pi rumah kakak kat manjung point.
ReplyDeleteMeh datang meh. :)
DeleteSeronok dia bagi sambal belacan dan timun percuma ya pada suami Nur. Kitorang kena minta.
ReplyDeleteSaya pula makan chicken chop semalam (Khamis)di kedai tomyam juga.
Kitorangpun ada tempat tomyam yang selalu pergi sebab percuma.
Oh, gitu pulak. Sini, biasanya dia bagi.
DeleteWah, lebih kurang selera kita, chicken chop.
Kalau service laju mmg best la naknmakan situ.. dan makanan sedap tu mmg lagi best.. :D
ReplyDeleteKan... :D
DeleteSemoga nanti saya bisa coba makan di sana juga kak. Sebenarnya kalo sedap tapi mahal, saya masih bisa terima. Kalo mahal tapi tak sedap ini yg kesal 🤣.
ReplyDeleteTp kalo bisa dapat 2-2, sedap, murah, dah laah jadi favorit 😄
Betul tu, Fanny. :)
DeleteSemoga nanti saya bisa makan disana juga. Belum pernah singgah lumut.
ReplyDeleteSebenernya kalo makanan mahal tp sedap, saya masih bisa terima. Tp kalo mahal tak sedap, ini yg buat kesal.
Kalo bisa ketemu 2-2 nya, sedap dan murah, dah laaah baru jadi favorit 😄👍
Nampak menarik set chicken chop nya.
ReplyDeleteDan sedap juga, kak.
Delete