Mengopi di X Siap Kape, Kampung Gajah
Assalamualaikum, semua...
Saya tukar template blog lagi. Alkisah template sebelum ni, saya biasa buka blog guna laptop. Si Adsense ni, iklan dia keluar sesuka hati. Sekali hari tu, saya boleh view bahagian komen tu, cinonet je. Me don't like it, macam susah kita nak balas komen kawan-kawan. Jadi, itu pasal saya tukar template lagi. Kali ini, ambil yang simple sahaja. Orait, harap lepas ni, tiada masalah kemudian hari.
Entri hari ini, saya nak cerita tentang aktiviti saya dan suami pergi jalan-jalan cari kopi pada 18 Oktober 2025 yang lepas. Kami mengopi di Kampung Gajah. Nama cafe ini agak lain dari yang lain. Kalau ikut tafsiran saya sebagai orang Perak, X tu, kita sebut sebagai Tak. Kape tu pula, Cafe la. Jadi, maksud nama dia, Cafe tak siap, gitu. Hahaha... eh, itu tafsiran saya sendiri, tau. Saya tak sempat nak tanya tuan kedai, tentang nama cafe dia. Sebab saya pergi hari tu, yang ambil order dia, yang bancuh kopi dia, tukang masak pun dia. Orang sibuk, kita jadi malas nak mengganggu. Lepas tu, bila rasa nak tanya, ada pelanggan lain pula masuk cafe-nya. Jadi, takdelah saya bertanya, ya, sampai ke sudah.
![]() |
| Banner X Siap Kape |
![]() |
| Kecik je kedai dia. Dalam Arked Mara. |
![]() |
| Dalam kedai |
![]() |
| Roti dia walaupun lama sampai, masih lembut. |
![]() |
| Mi kari |
![]() |
| Haa... baru nampak. Kuah dia pekat |
![]() |
| Kopi kami |
![]() |
| Oyen kat meja luar |
![]() |
| XSiap Kape, di Arked MARA, Kg Gajah, sebelah pasaraya Borong Sakan. |









Saya suka mushroom soup dengan garlic bread. Rasa kenyang dapat makan gitu.
BalasPadamSedap kan, kak. 😋
Padamnampak sedap mee kari dia
BalasPadamAlhamdulillah, sedap. 😋
PadamBoleh cuba nie, kdg² lalu juga pekan kg gajah nie
BalasPadamSila², Linda.
PadamRoti garlic tu lain mcm warnanyer.. hehe, yg penting kene tekak 😁
BalasPadamRasa roti sihat, Wak. Ok je.
PadamGarlic bread dan mushroom soup mmg sedap layan... Light menu
BalasPadamHa ah, kan PH.
Padamcafe tak siap ke apa maksudnya tu kak..nama cafe budak2 muda sekarang semua aesthetic
BalasPadamKafenya siap, cuma macam dia merendah diri la, staff pun dia seorang, semua kerja dia buat.
PadamSedap tu garlic bread ngan mushroom soup, kegemaran.
BalasPadamOoo ye ke...
PadamSy pun baca Tak Siap Cafe. Sy suka kalau kopi dihidang dalam cawan dan ada art macam tu tapi tu la, kena habiskan terus kat situ. Tapi tak apapun, kita kan suka minum kopi panas² cuma nanti rasa kembung perut sebab kopinya banyak sangat dan minum sekali duduk, hahaha.
BalasPadamHahaha.. laju tu, SK minum. Sekarang saya minum hirup sikit² je, nak menikmati lama sikit.
PadamSejenis Cie la suka betul kedai2 kopi vibes macam ni. Best je melepak sambil makan2 dan mengopi.
BalasPadamKan... Nikmat sungguh mengopi.
PadamSaya paling tak suka ayam seketul macam ni dalam mi. Nak makan pun payah. 😌
BalasPadamItu la. Akak pun pass ayam kat suami jer, suruh dia ratah. 😁
Padammi kari tu nampak sedap :D
BalasPadamMemang sedap, Mazni, Alhamdulillah.
PadamSemalam SA dh makan garlic bread dengan mushroom soup..nanti SA share entry ye ..SA pronounce pun Tak Siap Cafe ..x tau la betul ke salah...
BalasPadamBaik. Itu la, tak pe la camana sebut pun, asalkan mengopinya sedap gitu.
PadamMee karinya nampak meriah bahan-bahannya. Sup cendawan pun nampak 😋 Suka masuk blog Tot selalu dapat tengok tempat mengopi yang KSarie tak pernah sampai. Masuk dalam bucketlist kopi☕
BalasPadamAlhamdulillah, KSarie, bolehla singgah kalau lalu Kg. Gajah. 😊
PadamAgaknya dah tak banyak toko yg menerima cash ya kak? Saya nih saat nanti ke sana, nak habiskan uang Ringgit saya yg masih bersisa banyak dari tahun lalu 🤣🤣. Susah juga kalau banyak tak terima, atau terima tp tak ada kembalian 😄😄.
BalasPadamUnik nama kafenya 😄. Tak apalah tak siap, tp jangan sampai customer dtang tak siap2 🤭
Kafenya terima cash, cuma tak cukup baki wang saja, Fanny. Tiada masalah rasanya, kalau guna cash, ada tempat masih terima. Hehe.. mudah-mudahan tidaklah begitu, kan.
PadamYeay templat baru ni warna hijau kegemaran saya. Warnapun ala-ala hijau zaitun.
BalasPadamAlhamdulillah dapat makan tempat sedap dan jalan-jalan cuba kafe baru.
Hehe.. suka hijau ye.
PadamAlhamdulillah. Rejeki dapat mengopi.
Roti bakar dgn mushroom tu nampak sedap sbb nampak kuah dia pekat.. 🤤
BalasPadamCafe yg tenang mcm dia sorang jer lat situ..
Ha ah, memang sedap. Alhamdulillah.
PadamMi Kari sedapnya
BalasPadamSedap, Mulan. Alhamdulillah.
Padam