💚 Khamis, 4 September 2025 💚
Perkembangan pokok kaktus yang bercerai dengan kepalanya. Ceritanya ada di entri ini 👉 Bercerai Badan.
![]()  | 
| Gambar diambil 31 Ogos 2025 | 
Batang baru bercambah itu membesar, hari demi hari.
![]()  | 
| Gambar 4 September | 
Saya musykil, sama ada perlukah saya patahkan dari batang pokok induk dan tanam baru atas tanah?
Berikut jawapan dari Gemini:
Tidak perlu. Batang baru yang bercambah itu boleh dibiarkan tumbuh pada induknya.
Propagasi kaktus (menatang apa pulak, propagasi ni?) boleh dilakukan dengan cara mengambil keratan batang, tetapi ia tidak semestinya dilakukan jika batang baru itu tumbuh dengan sihat.
Propagasi ialah proses menghasilkan tanaman baru. Ooo.. Cara membiak pokok la. Ok.
Pilihan 1
Biarkan batang baru tumbuh. Jika batang baru tumbuh dengan sihat, ia boleh dibiarkan pada induk. Ini akan menghasilkan tumbuhan yang lebih besar dan lebat.
Pilihan 2: Tanam semula batang baru.
Jika anda ingin menghasilkan tumbuhan kaktus yang baharu, batang yang baru tumbuh itu boleh dipotong dan ditanam semula. Proses ini dikenali sebagai propagasi keratan batang.
Langkah-langkah
Potong batang baru dengan pisau yang bersih. Biarkan keratan tersebut kering selama beberapa hari sehingga bahagian yang dipotong membentuk kalus (lapisan keras). Kemudian, tanamkan keratan tersebut di dalam medium penanaman yang sesuai untuk kaktus. 
Baiklah. Tengok lah macamana. Buat masa sekarang, saya tunggu dan lihat dulu. Rasanya, blogger Mulan pun ada share tentang tanam kaktus ni. Bezanya, kaktus beliau, cabut dari akar. Yang kes saya ini, batang baru cambah.😊
Mungkin nak kena tanya dengan kedai nursery pokok, baja untuk kaktus. 
Kalau ada antara pembaca yang ada idea tentang kaktus saya ini, bolehlah tinggalkan di komen. Sebab saya tiada pengalaman tanaman kaktus ini. 
Orait. Jumpa lagi, ye. 💗


Kaktus nie, guna keratan btg je kak..nanti lama² dia membiak..mcm tanam ubi
ReplyDeleteGitu, rupanya. Baiklah. Mekasih atas info, Linda.
DeleteKaktus ni tumbuhan lasak, In Sha Allah survive.
ReplyDeleteInsya-Allah ye, PH.
DeleteTerima kasih pakcik Gemini... .hehehehe
ReplyDeleteHehehe... nasib baik dia ada.
DeleteJangan binatang liar tu datang rosakkan lagi sudah lah. 😭
ReplyDeleteTak kot, sebab dah tak menarik rupa dia. Dulu, kepala kaktus tu merah, menarik perhatian.
DeleteCactus senang jaga tak perlu baja kan.
ReplyDeleteTengok di blog Mulan, kaktus dia gemuk-gemuk, sebab guna baja, Cie.
DeleteSaya baca updatenya saja dari blog kakak. Sebab knowledge saya ttg tanaman pun kurang sangat 😅. Lebih suka melihat tanaman yg dipelihara teman2, drpd ikut memelihara
ReplyDeleteTakpe, Fanny. 😊
DeleteAda beberapa kaktus kecik kat opis SA..hidup segan mati x mau sudahnya..tahan lasak walau lama x siram...
ReplyDeleteItu yang bagus kaktus ni, tak perlu siram hari-hari.
DeleteSemoga kaktusnya terus tumbuh dengan molek. KSarie nantikan sambungan post tentang kaktus ni nanti
ReplyDeleteAminn... terima kasih, KSarie. Baik.. ada apa-apa update, saya akan cerita di blog.
Delete