Semalam, 11 Ramadan 1447 Hijrah, saya masak ayam goreng berlengas.
Biasanya kalau hari Ahad, dapur cuti. Tapi mengenangkan sudah tiada lauk dalam peti ais, semua makanan licin, jadi saya masaklah satu lauk. Suami saya ada beli sebungkus dada ayam mentah dari kedai Ayam Ori beberapa hari lepas. Saya guna itu, potong bahagian dada ayam jadi ketulan sederhana besar.
Orang yang jaga badan selalunya suka makan ayam bahagian dada saja. Sebab tidak berlemak. Cuma isi. Protein. Tapi saya rasa kurang suka pula. Macam rasa tak ada selera nak makan. Penat nak mengunyah. 🙈
Lebih suka bahagian ayam yang ada tulang-tulang sikit.
Ini adalah juadah berbuka saya. Salad timun jepun, baby tomato dan daun salad. Saya campur kacang kuda, yang dibeli di bazar ramadan semalam. Pergi bazar ramadan MPM. Letak sikit ceasar salad dressing. Alhamdulillah. Saya boleh hidup tanpa nasi. Sudah banyak hari saya tak makan nasi. Tapi berat saya tak turun banyak pun. Last sekali check, 1 kg je turun. Sebab saya masih minum air kopi 3in1 (air manis). Hehe.. tapi, tak adalah hari-hari. Bila teringin saja dan rasa bila perlukan booster untuk buat sesuatu yang saya kurang suka buat, contohnya lipat kain. Ada masa sebelum masuk Subuh, waktu itulah saya akan lipat kain bersama secawan kopi depan TV.
Ini kerabu yang suami saya beli. Dulu masa pertama kali beli di bazar ramadan ini, tak ada orang pun. Cuma kami yang beli. Masa itu, beli kerabu perut. Semalam, suami beli somtam. Ramai betul orang beratur beli kerabu di kedai kerabu ni. Ada beberapa jenis. Dan dia punya kerabu, tahan sampai berbuka. Dalam somtam ada betik muda yang belum masak, pedas juga sebab termakan cili api, dan boleh rasa serai, ketulan kacang goreng dan kacang panjang.
Ini pula adalah kulit ayam. Suami suka beli makanan gorengan macam ni. Cepat je habis time berbuka. Sulaiman, Amirul dan suami makan. Saya tak merasa seketul pun. Memang tak elok pun saya makan. Nanti kena marah dengan doktor lagi baru adan uke..
Ini cendawan goreng. Deme buat lauk makan dengan nasi. Pun saya tak ambil juga.
Saya makan vadei. 😋 Harga RM2 untuk 4 ketul vadei, saiz comel je. Tak macam vadei mamak buat tu. Tapi boleh la, buat hilang teringin.
Alhamdulillah, atas rezeki dariNya. Anak-anak dan suami cadangkan hari ini untuk berbuka, cari benda yang ringkas, tak mahu nasi. Tengoklah camana. Saya pun macam penat mengunyah makan salad. Mungkin nak buat wrap kot. Tak tahu lagi.
Jumpa lagi, ye.






kulit ayam ramai yg suka tp tk pernh beli...ayam bahagian dada mmg paling tk suka tp tula yg nk jaga mkn utk menu sihat disarankan guna bahagian dada
ReplyDeleteSama kita ya, mamaTisya. Kurang suka bahagian dada ayam.
DeleteSelalu dengar ayam goreng berempah ni pulak ayam goreng belengas. Apa tu. Resepi baru ye
ReplyDeleteNak kata baru, tak juga, kak. Pernah viral, resepi ni dulu, kak.
DeleteCie pun sama tak suka ayam bahagian isi. Paling suka kepak tapi sebab anak2 pun suka kepak mengalah la kitanya bagi anak je.
ReplyDeletePengorbanan seorang ibu. 😊
DeleteKulit ayam garing2 tu sedap, tapi SA x bernai makan selalu dah..dulu selalu beli sebab kat food court bawah opis ni ada jual...terus naik kolesterol SA..since that la kena makan ubat kolesterol...SA pun sama x suka makan dada ayam...penat nak kunyah..suka bahagian drumstik, kepak, thigh dan leher je...eh..montot pun..semua yang berlemak...hahahaha....
ReplyDeleteBetul, sedap kulit ayam goreng tapi boleh naikkan kolesterol. Sama kita, SA. Saya pun makan ubat kolesterol. Hahaha.. yang bahagian ada lemak memang sedap, lagi² dibakar, macam sate, so juicy. Peh..
DeleteUit sampai licin peti sejuk. Bagus habiskan makanan.
ReplyDeleteKitorang pula banyak lebihan makanan. Jenuh hendak habiskan.
Ha ah. Mesti habiskan lauk tak habis dulu, barulah saya akan masak lauk yang baru, NA. Alhamdulillah, rezeki NA sekeluarga, banyak makanan di rumah.
DeleteOrang diet suka makan ayam dada, especially laki2 gym. Sekali makan je entah berapa kilo dia kena telan. Kita org biasa ni tk suka ayam isi, muak kan hehe
ReplyDeleteBetul sangat, Mazni. Akak pernah tengok laki kaki gym makan ayam roasted seekor, okay. Dasyat! 😅
DeleteAlhamdulillah untuk rezeki berbuka puasanya. Istiqamah betul Tot makan salad. Tahniah. Cendawan goreng dan kulit ayam garing-garing tuh memang favourite KSarie walaupun tahap kolestrol memang terpleot😅Boleh ke nak guna konsep belasah aje makan menyesal kemudian ke acaner😅
ReplyDeleteHehe.. terima kasih. Yang pelik tu, saya lebih selera makan salad dari makan nasi, KSarie. Kena sampuk hantu salad kot. Eh, lupa bulan puasa semua hantu setan dah kena rantai.
DeleteAlamak.. tak mau la camtu, KSarie. Kita kena kuat! 💪 Serik la saya, tak mahu kena marah dengan doktor lagi. Huhu..
Ayam goreng berlengas tu menambat mata dan rasa walaupun puasa, sedapnya
ReplyDeleteBetul, Mulan, dah tak susah sangat untuk dimasak. Hehe..
DeleteSaya jadi rindu nak buat salad lagi. Nanti kalau belanja ke pasar, nak beli bahannya lah. Sukaaa sangat kalau dah salad begini. Memang tak payah nasi kak. Makan itu saja dah kenyang apalagi pakai ayam.
ReplyDeleteTp kita sama, sayapun tak suka bagian dada. Selalu beli paha fillet.
Betul, letak sayur secukupnya bersama protein, kenyang lama, banding makan nasi. Ramai rupanya tak suka makan dada ayam. 😊
DeleteTeringat pulak kejadian kat pasar raya. Hari tu pergi pasar raya. Semua ayam yang dijual sekor-sekor tak fresh. Ada dijual isi bahagian dada. Nampak fresh. Berkira-kira nak beli sebab risau mahal. 😂
ReplyDeleteHa ah, mahal juga. Setakat ambil seketul dua isi ayam dada, okay je BK. Boleh la buat lauk satu keluarga.
DeleteSelalu beli cendawan ..balik salut dengan tepung bestari pastu goreng ..
ReplyDelete