Buka puasa 30 Ramadan dan Resepi Paru Masak Hitam
Hari Jumaat, 20 Mac 2026, bersamaan 30 Ramadan, saya dan keluarga checked-in rumah sementara di Uptown, Petaling Jaya.
Tidak lama kemudian, kedua kakak-kakak saya pun tiba. Rumah dia orang sebelah rumah kami je. Ada kala, ke hulu ke hilir kami keluar masuk rumah ambil barang, pakai kain batik je, sebab tak ada orang pun kat laluan hall tengah antara rumah tu.
Kakak kedua sudah sampai dari Kuching, hari sebelumnya. Dia duduk hotel dekat rumah kakak sulung. Bila kami sampai dari Perak, pindah ke Somerset pula.
Satu troli kakak sulung saya bawa barang. Itu pun, ada yang tak cukup. Tapi tak apa, sebab supermarket (Jaya Grocer) kat bawah apartment je.
Saya ditugaskan buat jelatah. Nasi tomato, kakak sulung masak lepas Asar. Rendang ayam dan kari telur, kakak sulung sudah masak dari rumah dia. Kakak sulung saya tinggal di Subang.
![]() |
| Pinggan saya. |
![]() |
| Tangan kakak sulung sedang menceduk lauk paru hitam. |



Terbayang seronoknya masak dan makan ramai2
BalasPadamEhh lupa.
PadamSelamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin ya Nur
Alhamdulillah. Memang seronok dan kecoh juga, sebab suara masing² high pitch. 😅
PadamSelamat hari raya, Mulan. Maaf zahir batin. 🤗
Alaaa... takkan gambar tangan je kakak tu.... kesian dia posing lama2
BalasPadamNanti gambar raya, ada tunjuk muka. Ni, fokus lauk berbuka je, uncle. Hehe..
PadamNak try la buat nanti.
BalasPadamSila, sila, Cie. 😊
PadamSedapnyerparu masak kicap
BalasPadamSedap, Wak! 😋
PadamBoleh try resepi ni nanti. Tq Nur 👍🏻
BalasPadamSekali sekala bertemu seronoklah pakat masak² makan² sama gini kan
Sama², PH.
PadamBetul, PH. Kecoh satu rumah.
Terima kasih Nur resepinya...nanti SA nak cuba buat la...kedai kat food court bawah ni ada jual tapi x kan nak tanya resepi plak kan...nanti bila SA dah buat, SA update ye
BalasPadamSama-sama, SA. 😊 Sila, sila.
Padamsedap tu ..husband pernah masak paru masak hitam
BalasPadamHaaa.. sedap kan, mama tisya.
Padamsedapnya nasi tomato dgn paru masak hitam. bestla enu potluck camni!
BalasPadamAlhamdulillah, sedap². Selera makan ramai². 😋
PadamKSarie suka baca cerita adik beradik berkumpul, masak dan makan sama-sama. Terasa muhibahnya. First time KSarie tau tentang menu paru masak hitam ni. Terima kasih perkongsian resepinya. Nanti boleh KSarie bagi resepi ni pada jiran yang rajin memasak tu dengan harapan bila dia masak KSarie bisa dapat semangkuk begitu😅
BalasPadamSama², KSarie. Haha.. good idea. 👍😁
PadamBila ada jintan manis tu dah rasa berempah masakannya. Tu yg buat sedap
BalasPadamBetul, kak Notie. 😋
PadamAlhamdulillah berjumpa dengan kakak-kakak tersayang sambil masak dan makan bersama.
BalasPadamAlhamdulillah, NA, rejeki dapat cuti raya ke KL.
PadamKak nur, maaf lahir bathin yaaaaa. Baru sempat saya BW ke blog teman2 🤗.
BalasPadamSedapnyaaaa 😍😍. Kalau paru ini dimasak apa saja saya suka lah. Apalagi dimasak pedas. Masak bumbu hitam terbayang nikmatnya
Salam Aidilfitri. Maaf zahir batin juga, Fanny. 🤗
PadamAlhamdulillah. Memang sedap lauk ni.