Biskut Chocolate chips dan Resepi
Semalam, 17 Mac 2026, bersamaan 27 Ramadan 1447 H, saya kena sampuk angin rajin. Lagi satu, dalam peti ais saya, ada sebungkus chocolate chips, lama sudah beli. Jenis mahal pula tu. Masa dekat supermarket, ambil, tengok label. Lepas tu letak semula bila tengok harga. Lepas tu, ambil pula, telan air liur sebab fikir, mesti sedap kalau guna buat muffin ke, kek ke. Lepas tu letak balik kat rak. Suami cakap, ambil je la. Tapi buatnya tidak pun. Beli dari tahun lepas, chocolate chips-nya. 🙈
Baru semalam, seru datang. Sebelum benda tu expired, ater... jomlah kita. Walaupun solo je buat kerja. Partner in crime kerja. Takpe, I can do this! I am strong! 💪
![]() |
| Sediakan bahan-bahan dulu. |
Saya guna pure butter, unsalted. Chocolate chips pula, guna Hersheys's Mini Semi-sweet chocolate chips.
Tak susah pun nak buat. Ikut je arahan dalam resepi. Buat sambil tersenyum. Sebab apa, tau, saya di bulan Ramadan ni, mood asyik ke laut, sedih manjang, cinta melankolia gitu. Hari-hari tengok cermin, cakap dengan diri sendiri dalam cermin, I am strong, I can do this. Bangun sediakan juadah sahur untuk anak-anak dan suami dengan hati yang ikhlas bukanlah senang macam makan juadah beli di bazar ramadan tu, bagi saya.
Tapi bukan sekadar cakap. Perbuatan pun harus ada, kena usaha. Bila gerak je, mood happy pun mulai datang. Kena usaha.
Lagi satu, ada beli biskut tunjuk. Sudah test rasa sebiji. Minimum benor rasanya. Ada rasa. Tapi, tidak sampai piawaian saya. Ish.. harga bukan main, kot ye pun. Takpelah, kita nak demand banyak-banyak pun tak boleh, sebab sedia maklum akan harga barang mentah sekarang yang tidak murah.
![]() |
| Adunan sudah siap |
Perlu direhatkan dalam peti ais selama sejam.
Satu kelainan la ya, resepi yang saya ikut ni. Adunan kena sejuk. Biasanya, lepas siap adunan doh, boleh terus canai atau bentuk jadi biskut dah. Jangan derhaka resepi. Pergilah tengok tv sekejap, tunggu sejam, sambil menyimpan barang tidak perlu dalam peti ais semula, dan basuh kelengkapan yang kotor.
![]() |
| Sudukan atas dulang pembakar |
![]() |
| Bakar dalam oven |
![]() |
| Baru keluar oven. |
![]() |
| Lagi baru keluar oven. |
![]() |
| Dapat 3 balang setengah |








SA x pandai buat kek...kuih apatah lagi..tapi kalau suruh masak lauk..SA suka..kuih2 savory macam cucur ke, tauhu bergedil ke..SA ok..hehehehe..cantik kejadian biskut choc chip Nur tu...
BalasPadamSA pandai masak lauk-pauk dan kuih savoury. Selalu telan ailio tengok gambar makanan SA masak. 😋
PadamTerima kasih, SA. Alhamdulillah.
PH pun sama mcm. SA. Bab kuih/kek/biskut ke laut. Prefer masak lauk² sbb sukatab boleh adjust/campak2. Biskut ni bab timbang bahan tu sy fail betul haha
PadamHa ah, betul, PH. Sukatan tu, kena ikut betul kalau nak buat biskut ni. Hehe.. takpe. Makan masakan sedap² pun Alhamdulillah. Biskut raya ni, buat gemuk je. (Cakap sambil suap seketul lagi biskut raya dalam mulut).
Padamlama tak buat biskut choc chip ala famous amos ni.
BalasPadamKalau Cie buat, mesti laju siap, sebab Cie expert buat kuih.
PadamKena sampuk angin rajin takpe... komfom harum bau rumah!
BalasPadamMemang, uncle. Semerbak bau kuih raya satu rumah.
PadamTerlihat gampang kan resepnya, tp butuh niat dan mood yg bagus utk buat, kalau saya 🤣🤣🤣. Ini cookies kesukaan saya juga kak. Tp biasa minta mama utk buatkan 🤭.
BalasPadamIih, saya pun sukaaa lah adonan mentah 😄. Ntah kenapa lebih enak malah hahahaha
Senang buat biskut ni, Fanny. Banding biskut raya lain.
PadamHaha.. Fanny boleh gang dengan Amirul, suka adunan belum masak.
Bertahan lama ke biskut itu? Hehe takut habis makan masa Syawal.
BalasPadamNur kena kerah Amirul tolong lepas ini.
Tahan, NA. Sempat bawa sebalang yang besar, ke KL. Bagi kakak² rasa. Ye la, harus guna tenaga kerja yang ada di rumah ni yek, NA.
Padamsemoga diberi kekuatan untuk buat biskut agar boleh dijual secara online hehehe
BalasPadamHehe.. jual online tak boleh kot, takut sampai ke customer dalam bentuk serbuk, Encik Hanafi. 😁
Padamfav ni...lama tk buat
BalasPadamSama la. Nak beli kat Famous Amos tu, mahal. Baik buat sendiri, dan dapat banyak juga.
PadamBole la buat niaga kecil² Nur hehe ...
BalasPadamNampak sedap tu
Hehe.. buat makan sendiri boleh la PH.
PadamWahhhhhh memang udah boleh berniaga ni Tot sebab biskut ni sepanjang masa orang suka makan macam biskut famous amos tuh kan. Kalau Tot jadi meniaga bagitau ye. Boleh la KSarie order sebalang dua. Betul la kata Tot agak susah hendak cari biskut raya yang kena dengan tekak. Harga mahal sebab barang mentah pun udah mahal tapi bila rasanya ala-ala sahaja agak keciwa di situ kan
BalasPadamHa ah, biskut ni orang makan sepanjang tahun ye, KSarie. Tengok le, kalau saya terbuat, saya roger KSarie ya.
PadamBetul. Harga mahal, tapi rasa tak seberapa, kuih raya jaman sekarang.
waahhhhhhhhh mmg boleh open order dah ni kak tot! jgn tunggu lagi ehehehe
BalasPadamTak larat la, Ana. Bengkuk badan akak. 😅
Padamtahun ni takde buat biskut...takde kelengkapan..
BalasPadamtengok la lepas raya, kalau rajin nak buat cornflakes
Kalau kat rumah sendiri, boleh buat bila free, Linda. Untuk kita makan sendiri je.
PadamSelamat hari raya buat Nur sekeluargaa. Rajin Nur buat kuih, teringin nak ada bakat buat kuih.
BalasPadamSelamat hari raya, Faa.
PadamTak susah pun Faa, ikut je resepi dan ukuran, Insya-Allah, jadi.
Wahh pandainya buat biskut. Saya failed sikit bab2 baking dessert ni. Cantik choc chips tu punya bentuk!
BalasPadamOo rasa macam aiskrim ye doh yg belum dimasak tu. Tak pernah lagi makan gitu haha
Akak pun tak tahu. Anak yang pernah tengok orang makan doh mentah. 😊
PadamRajinnya kak tot buat biskut raya tahun ni. Saya tahun ni takde buat apa-apa 😅 buat simple mana yang ada saja🤲🏻
BalasPadamSebab bahan dah ada dalam fridge, sofie. Alhamdulillah, itu yang sebaiknya, raya sederhana je.
PadamBoleh bayangkan bau harum biskut tengah masak tu macam mana. 👍
BalasPadamHehe.. udah macam kedai bakeri baunya. 😁
Padam