Tanggal 30 Ramadan lepas, lepas maghrib, Atam (kakak kedua) ajak cari kopi. Yang lain semua malas keluar, nak berehat. Yang keluar cuma kami tiga beradik dan anak sulung saya, Amirul.
Kami jalan kaki saja. Bangunan apartment Somerset ini dikelilingi bangunan pejabat, banyak blok. Keliling, ada kedai-kedai, restoran, kedai runcit, Zus ada, CU Mart ada, 7-Eleven, macam-macam kedai lagi la.
Kawasan uptown ini dulu adalah antara laluan saya jalan kaki pergi dan balik sekolah. Sejak saya tingkatan satu, sekolah sesi petang, saya sudah jalan kaki ke sekolah. Pergi sekolah, 3.5 km. Jadi, pergi balik sekolah sehari, saya jalan 7 km. Masa tu, saya selalu rasa rendah diri, sebab orang lain sampai sekolah wangi je. Saya sampai sekolah, berpeluh lenjun belakang badan, basah sebab jalan kaki. Selalu bila tidur malam, airmata meleleh je, kenapa susah sangat hidup aku ni, hari-hari kena jalan kaki pergi sekolah.
Lama-lama, sudah biasa. Ada hari, bapa ambil dari sekolah. Bila dia tak dapat hantar atau ambil, barulah berjalan kaki. Namun, tidaklah berterusan. Ada tahun, saya mula naik bas sekolah. Itu yang saya tahu, lubang-lubang lorong perumahan mana nak ikut, yang ada playground dan tempat duduk. Tempat saya buat homework sementara ada gap antara kelas tuition. Nak balik rumah dan pergi semula tuition, tak la. Dari sekolah, singgah tuition, dan balik rumah, pakai baju sekolah je.
Masa tingkatan empat, arwah mak saya daftar saya kelas tuition, sebab tengok report card banyak merah je. Mak saya jual emas sebab nak masukkan saya kelas tuition. Tak tahu kenapa arwah mak tak gadai. Mungkin dia tahu yang dia takkan boleh dapat semula kot emas. Sebab arwah emak saya pun surirumah. Bapa saya kerja kerajaan.
![]() |
| Amirul, kok dan atam. |
Itulah bila kembali semula ke Uptown Damansara ni, mengimbau semula kenangan saya jalan kaki pergi sekolah. Kedai runcit yang saya selalu singgah beli air, dah tak ada. Depan kedai runcit, ada telefon awam. Saya selalu bergayut situ, telefon pen pal. Dulu tak ada internet. Tapi kita berkenalan melalui majalah Galaxy dan Dewan Pelajar ke, suratkhabar ke, ruangan sahabat komputer, macam tu la lebih kurang.
Saya tak makan dan minum di sekolah, untuk bergayut telefon dengan kawan la. Kalau nak beli kaset (CD belum ada masa tu), sepuluh hari la saya tak makan. Sehari, dapat duit sekolah seringgit. Bila tak makan 10 hari, dapatlah beli kaset kat kedai muzik.
Pusat tuition saya pun sudah tak ada. Pusat Tuition Piramid. Apa khabar Cikgu Ridzuan. Ada lagi ke tak. Garang bukan main, dia ajar Add Maths. Sekali dia jegil biji mata, tunduk terus kita mengadap buku, tak berani tengok muka dia. Entah kenapa cikgu Add Maths atau Maths selalu garang-garang ya. Cikgu Maths di sekolah nama Mrs. Khoo, pun sama. Bawa rotan!
![]() |
| Jumpa replika basikal tua |
Zaman saya dulu, tak ada bangunan pejabat di tengah-tengah. Yang ada cuma bangunan kedai yang membentuk empat segi. Lepas tu, tengahari dan malam ada tempat makan. Tengahari, ada warung nasi campur, bersusun. Orang panggil tempat tu maple'. Maksudnya, makan dan lepak. Sekarang sudah ada kedai makan macam food court di Uptown ni.
![]() |
| Basikal agak tinggi, tapi boleh dipanjat, untuk ambil gambar. |
Belakang tu, Starling Mall. Macam-macam ada.
Bila fikir balik, patutlah saya boleh lari marathon. Endurance tu sudah ada sejak kecil. Lepas tu dah tua macam sekarang, lutut pun dah terpeleot.
![]() |
| Atam pun sibuk juga nak bergambar. |
Bila nampak Zus, kami masuk dalam, beli kopi. Bungkus juga untuk suami di apartment, yang tak ikut sebab nak gosok baju melayu anak-beranak. Kami pusing satu pusingan saja. Kereta agak banyak di situ, sebab ada restoran viral situ yang nasi lemak dikatakan sedap. Kakak sulung kata, biasa jer, rasa nasi lemaknya.
![]() |
| Jalan malam keliling Uptown |
Dapat berjalan santai selama 54 minit, sambil singgah beli kopi dan lihat mercun di langit. Esoknya dah nak raya. Alhamdulillah, jalan-jalan tengok tempat lama dan mengimbau sejarah lama.
Okay. Jumpa lagi, ye. 💗





uish pergi balik sekolah 7km berjalan kaki ye. no wonder la tabiat tu terbawa-bawa sampailah dah besar ni.
ReplyDeleteralit pulak saya baca kisah akak menggamit memori zaman sekolah ni. tinggal kenangan semuanya kan
Itulah pasal. Memang suka menapak je pergi mana-mana, sampai ke tua.
DeleteYa, Mazni, kenangan tak dapat lupa, gitew.
Wahhhh....patut la Tot pernah masuk marathon dan masih mantap briskwalking sebab training bertahun jalan kaki ke sekolah. Memang walking down the memory lane betul post ini. Pengorbanan arwah mak Tot untuk masukkan Tot ke pusat tuisyen buat KSarie rasa sebak sebab bukan kaleng-kaleng pengorbanan ibu bapa untuk tengok anak-anak berjaya. Betul la kata Tot tentang cikgu Math dan Add Math yang garang dan tegas😅Teringat Cikgu Ramlan yang ajar KSarie Add Math. Katanya 'saya dah tak tau nak buat apa dengan kamu ni Bidasari' bila result ujian bulanan KSarie 17/100😅KSarie dulu ikat perut juga nak beli kaset penyanyi Hong Kong macam Emil Chau semua tuh. Those were good old days
ReplyDeleteHa ah, KSarie. Hehe.. bila pergi tempat lama banyak kenangan, terusik di hati, gitew.
DeleteBetul, tak terbalas jasa orang tua kita, banyak pengorbanan untuk bagi kita membesar hingga berjaya.
Hahaha... masih ingat juga nama cikgu Add Maths ye, KSarie. Standard tu, markah lebih kurang jer kita. 😁
Bapakk... kaset penyanyi Hong Kong. Saya pun ada beli juga, kumpulan Grasshoppers tak silap. Hehe... yang lain banyak group rock kapak jer. Kenangan betul, kan... 🥰
wah mengimbau kenangan ye Nur...susah senang masa remaja kan...dulu pun SA macam tu jugak..kadang memberontak..kawan2 ada semua benda..SA xde..terpaksa menumpang tgok atau main ngan kawan2..dengan kena perlinya...tapi semua pengalaman tu mendewasakan..baru tau kenapa Mak Abah susah cari duit...memang bukan senang kan...
ReplyDeleteBetul, SA. Pengalaman mendewasakan. Pengorbanan orang tua kita, memang tak terbalas kan, SA.
DeleteMengimbau kenangan sangat ni. Cie pernah jugak balik sekolah kelas fardu ain petang jalan kaki. Jalan ramai2 dengan kawan takdela rasa penat. Taktau berapa km tapi memang jauh jugak.
ReplyDeleteHaa.. lebih kurang la kita, Cie. Selalu jalan kaki zaman sekolah.
Deletezaman dulu, kita relaks aje jalan kaki pergi sekolah, anak zaman sekarang macam tak sesuai. lebih lebih lagi anak perempuan.
ReplyDeleteBetul, sekarang bahaya, tak macam zaman kita dulu.
DeleteWah mengamit memori gitu. Akak dulu menumpang duduk dgn kakak Dan abg ipar. Pergi sekolah pagi naik bas tapi belah petang pi sek agama. Balik jalan kaki ramai2. Adik2 pun sama. Apa pun ianya pengalaman hidup yg mendewasakan kita.
ReplyDeleteBetul, betul, Kak Notie.
DeleteBetul-betul merata tempat Nur pernah menetap. Banyak sungguh kenangan.
ReplyDeleteEh..saya dulu pun ada pen pal kenal dari Majalah Dewan Pelajar, tapi tak pernah call, setakat berutus surat dan tukar gambar 😀
Ha ah, Ujie. Camtu ler...
DeleteBila dah lama kenal dan berutus surat, itu yang start bagi nombor telefon tu, Ujie, yang rapat-rapat jer. 😊
Saya pernah juga jalan kaki ke sekolah. Ya Allah jauh dan balik jalan bawah terik matahari, ada hari kena demam.
ReplyDeleteApapun pengalaman mengajar ketahanan diri.
Haa... ujian kan, NA, bila berjalan ni. Dengan faktor cuaca panas lagi.
DeleteBetul, pengalaman mengajar kita jadi kuat. 💪
ammi tinggal di DU masa dah mula kerja. pastu dah kerja gatal pulak nak sambung degree sebelah malam. Malam turun bus lebih kurang jam 10.30 - 11 malam kenalah jalan kaki sambil takut2 dengan anjing yang bersepah kat situ. Lebih takut anjing dari takut kat orang jahat ahahha
ReplyDeleteHaha.. oh, kat DU juga Ammi, ya. Lewat malam tu, turun bas. Masa zaman saya jalan kaki, takde pula anjing kat situ.
DeleteDulu² pun Linda jalan kaki je pergi sekolah..tapi, duduk estate tak terasa sangat..sebab ramai juga yang jalan kaki.. Linda pun jual emas kak, tak gadai..sebab takde lebihan untuk bayar semula..hihihi
ReplyDeleteMesti tenang je rasa jalan kaki kawasan estate, banyak pokok-pokok besar. 😊
DeleteOh.. gitu. Sebab ada tempoh, kan. Akak pula gadai, simpan sikit-sikit, boleh la ambil semula. Sayang emas dulu, Linda, design tak sama macam sekarang.
Eh saya dulu juga jarak segitu pergi sekolah. Tp ramai2 dengan teman kak jadi tak terasa letihnya 😄. Malah sukaaa.
ReplyDeleteSebenarnya itulah yg buat kita lebih kuat dr stamina, Krn dari kecil anak2 milenial terbiasa banyak gerak 😄
Wah... sama kita ya Fanny. Sudah biasa jalan kaki sejak kecil.
Delete