Monday, March 23, 2026

Tiffin baru

Sudah 3 Syawal hari ni. Ada yang sudah mula puasa enam ke? Saya belum lagi. Makannnn je kerjanya. 😂 

Banyak benda nak cerita, tapi tak tahu mana satu nak keluarkan dulu. Saya keluarkan yang paling bawah dalam draft je la. Walaupun ceritanya sudah agak basi. Tapi saya sejenis yang suka mengikut tertib kronologi, gitu. Hehe.. 

Ini kejadian semasa 23 Ramadan yang lalu, bersamaan 13 Mac 2026. Haha... sabor je la. Nak cerita juga. Dapat tiffin atau mangkuk tingkat baru. Cenderahati raya oleh pejabat suami. Pernah dapat tiffin juga dulu, beberapa tahun lepas. Kali ni, saiznya lebih besar, dan bunganya cantik.

Design munge-munge.. 😍

Bolehlah guna buat bekal suami nanti.

Serunding ayam dan kuih raya

Selain itu, dapat juga sebungkus serunding ayam dan kuih raya yang dibungkus dalam paket sebiji-sebiji. Suami hairan la. Sebab tahun sudah-sudah, dapat kuih raya dalam balang atau kotak. Kali ini, dapat macam dia bungkus nak bagi orang test kuih raya, macam tu la, kan, sebab sebiji-sebiji. 

Hihi.. komplen pula kita. Orang dah bagi pun dah cukup baik. Ye la, Alhamdulillah. Biskut raya jenis premium yang bila makan, kita tahu dia buat guna butter, bukan marjerin. Agaknya itu pasal bajet tak cukup kot, dia bagi beberapa biji je seorang, tak bagi dalam balang.

Alhamdulillah. Sebenarnya, rezeki suami saya dapat mohon cuti raya tahun ni. Sebab apa? Sebab tahun lepas dia sudah dapat cuti, kami balik Kelantan. 

Klik sini 👉 Cerita Syawal 1446H

Suami saya biasanya dapat cuti raya bergilir-gilir. Dia boleh dikatakan bekerja di lokasi baru pejabatnya, jadi kira budak baru. Bila budak baru, tak boleh mohon cuti raya, kena kerja. Tengok-tengok, ada juga tambahan staf baru di lokasi suami kerja. Jadi, walaupun baru kerja situ, dia jadi agak lama lah, banding orang yang baru masuk. Itu lah yang rezeki dapat beraya tu. 

Alhamdulillah. Serunding dalam gambar di atas, saya belum sempat cuba lagi. Dulu-dulu, masa arwah mak saya masih ada, selalu buat serunding daging. Sebab tiap-tiap tahun kerja saya la, kena carik daging untuk dibuat serunding. Serunding ayam jarang makan. Tapi sebab ia kering, tahan lama makanan macam ni. 

Orait. Jumpa lagi, ye. Nanti saya cuba blogwalking rumah kawan-kawan slow-slow. 💗

16 comments:

  1. Cantik tiffin tu Nur.
    Saya pun berangan nak bawa bekal ke ladang guna tiffin pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang guna tiffin, kak Amie. Harapnya angin rajin datanglah. Hehe..

      Delete
  2. Selamat Hari Raya kak!
    Jadilah kuih buat raso raso.
    Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Cuya.
      Ha ah.. jadi ler.. hik hik.

      Delete
  3. Lawa tiffin nya. Makin semangat Tot memasak nanti untuk suaminya ye. Alhamdulillah ada rezeki suaminya mendapat cuti raya tahun ini. Semoga kekal terus semangat untuk update blog ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap² begitulah KSarie. Hehe.. Insya-Allah.. saya cuba. 🤗

      Delete
  4. Cantik tiffin tu..SA ada sarunkalau x salah cumanya x ingat letak kat mana...syukur suami Nur dpt cuti raya...suami SA eaok dh start kerja dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe SA. Cari rezeki. Banyak² hari raya, kerja makan je kat rumah. (Saya ler tu)

      Delete
  5. Nasib baik dapat cuti raya. Ini kira raya belah Nur pula tahun ini.
    Ok itu dapat biskut mahal walaupun seketul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA, Alhamdulillah.
      Huhu... ha ah, betul, betul. Jadilah, buat rasa-rasa.

      Delete
  6. Replies
    1. Ye, Linda, Alhamdulillah. Tahun depan kita duduk rumah diam-diam. 😁

      Delete
  7. cantik tiffin tu! corak macam motif bunga batik sikit.
    ooo biskut premium buat guna butter!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, kan, macam corak pada kain batik.
      Alhamdulillah. 😋

      Delete
  8. Cantik tiffinnya. munge-munge mata yang memandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, kak, macam batik coraknya. Sayang pula nak guna. 🤭

      Delete