Raya Puasa
Tanggal 21 Mac 2026, umat Islam seluruh Malaysia merayakan Hari Raya Aidilfitri. Hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Syukur Alhamdulillah, dapat jumpa keluarga yang selama ini jauh.
Pagi raya itu, kami berjalan beramai-ramai satu keluarga, dari homestay ke masjid.
![]() |
| Dalam pukul 7.15 pagi kami keluar. |
Awal, sebab kakak sulung yang pernah beraya di kawasan ini, cakap, nanti nak kena berebut tempat dengan pekerja asing yang tidak pulang beraya.
![]() |
| Jalan kaki lebih senang, tak perlu risau parking. |
Lagi satu keluar awal, sebab kami jalan santai-santai saja. Ambil masa lah nak sampai, walaupun masjid tak berapa jauh pun dari lokasi homestay.
![]() |
| Sudah sampai. |
![]() |
| Lebih kurang setengah kilometer jarak dari homestay ke masjid. |
Pergi, ikut jalan lain. Balik, ikut jalan lain. Alhamdulillah, pagi raya itu, cuaca tidak panas sangat.
Lepas solat, kami singgah sarapan dulu di cafe hotel yang letaknya dalam mall. Sudah termasuk dalam penginapan, haruslah sarapan. Sempat minum kopi dan sarapan ala western saya di hari pertama.
Selepas bersarapan, kami naik atas, yang perempuan salin pakaian raya, yang lelaki baru nak pakai sampin dan sebagainya, dan berayalah kami, bermaaf-maafan sesama kita.
Ada banyak gambar raya ni. Saya letak sebahagian sajalah.
![]() |
| Anak kedua, Hafizan, sedang beraya dengan bapaknya. |
![]() |
| Anak sulung, Amirul, dengan saya. |
![]() |
| Anak mama paling bongsu.. |
![]() |
| Free style satu. |
![]() |
| Kami tiga beradik, dari kiri Atam, Kok dan saya. |
![]() |
| Ini dalam residents Lounge. |
![]() |
| Tepi swimming pool. |
Cuaca mulai terik. Nak buka mata pun payah. Tapi demi gambar raya, kita gagahi jua...
![]() |
| Gambar kami lima beranak. |
Cantik lokasi luar yang di tingkat enam Somerset ini. Ada kolam renang, taman dan pokok-pokok besar di luar. Kemudahan gym pun ada.
![]() |
| Ya Allah, budak-budak ni kan... |
Walaupun atas bangunan, elok taman dan landskap yang ada. Ada sudut taman herba macam pokok kari, pokok kunyit, pandan, dan banyak lagi, tapi lupa pula nak ambil gambar.
![]() |
| Samalah, mak bapak pun kepala ting tong juga. |
![]() |
| Sori, terpaksa tutup gambar makcik, sebab aurat. |
Makcik pun tak berapa sihat tapi hari raya dan anak-anaknya ada, nampak dia gagahi juga, pakaian raya pun tak disarung. Tapi tak penting pun, asal dapat jumpa dan sembang, dan beraya sesama kita. Menu rumah papa adalah laksa johor, nasi himpit dan kuah kacang. Syukur Alhamdulillah, dapat jumpa orang tua. Lama juga lepak rumah papa.
Sekian cerita aktiviti kami pada pagi hingga tengahari raya pertama. Nanti sambung lain entri pula.
Jumpa lagi, ye. 💗




















banyak lokasi boleh ootd tu. menarik juga stay kat situ.
BalasPadamBetul, Cie. Memang bagus, tempatnya, Somerset Damansara Uptown PJ ni.
PadamCantik theme warna Nur satu family...mulanya SA nak pilih theme red chilli tapi dapat tentangan Dania..bila Dania x setuju...uncle pun x setuju...ada je dua org tu...geram SA...
BalasPadamTerima kasih, SA. Anak-anak yang pilih warna merah.
PadamHehe... kena ikut pendapat majoriti la kot ya, SA. Tahun depan ada lagi, Insya-Allah.
Buat kenangan. Banyak gambar cantik-cantik.
BalasPadamNur jarang jumpa papa memang kena guna masa sebaik-baiknya.
Alhamdulillah. Guna handphone kakak, elok gambar, handphone canggih. 🤭
PadamYe, NA, itu yang duduk lepak lama rumah papa.
org dah berusia ni jarang nak berbaju raya dah...makcik2 ammi smua pun dia sarung je jubah lama..."sejuk sikit pakai baju lama" katanya
BalasPadamBetul, Ammi. Orang tua, kan. Lebih suka pakai pakaian yang dia orang selesa.
Padamgambar outdoor mmg cun sbb lg cuaca panas terik lg cun gmbr ...nk plak ada view pool tu
BalasPadamItu la kan, mama tisya, natural lighting gitew.
PadamSelamat hari raya maaf zahir dan batin.
BalasPadamSelamat hari raya, Mrs. A. Maaf zahir batin juga. 🤗
PadamWah! Ada kelainan tu bila beraya di hotel. nak gak sy cuba mcm ni. Selamat hari raya aidil fitri..
BalasPadamSelamat hari raya, Abe Kie. Sambil beraya, sambil bercuti, Abe Kie. Hehe..
PadamMasjid Mujahideen DU..kenangan lama masa belajar dulu...seronok OOTD time raya..
BalasPadamRupanya kak Nohas pun pernah tinggal di DU dulu. 😊
PadamAlhamdulillah... bila berkumpul masa rayalah peluang bergambar sekeluarga.
Seronok juga beraya di hotel. Selamat hari raya Aidilfitri :)
BalasPadamSelamat hari raya, Eyma. Sekali-sekala je... 😊
Padamseronok juga dapat OOTD semasa raya
BalasPadamSeronok, Encik Hanafi, Alhamdulillah. Gambar kenangan satu keluarga.
PadamWarna tema kita sama la Nur 😍
BalasPadamMeriah & happening betul depa berposing hehe
Hehe... high five sikit! 🖐
PadamHaha... sekali-sekala, tempat elok dan dah pakai lawa, kita posing je la, PH. 😁
Salam aidilfitri sis and famly
BalasPadamSalam Aidilfitri juga. 😊
Padamselamat hari raya aidilfitri sis =D
BalasPadamSelamat hari raya, Nieza. Maaf zahir batin ya. 🤗
Padamselamat hari raya kak maaf zahir batin..meriahnya happening semuanya
BalasPadamseronok juga sesekali beraya di bandar kan kak
Selamat hari raya, Afzan. Maaf zahir batin juga. 🤗
PadamSeronok, Alhamdulillah. Mana-mana pun sama, asal dapat jumpa keluarga dan orang tua, okay dah.
waahh cantiknyaaaa view dia! puashati juga tu OOTD cantik! salam aidilfitri kak tot sekeluarga. maaf segala salah silap :)
BalasPadamSalam Aidilfitri, Ana. Samalah kita. 0-0 ya, Ana. 🤗
PadamWah, merah satu family Nur. Cantik!
BalasPadamTerima kasih, kak Amie. Anak punya idea, tema merah. 😊
PadamMemang elok kalau ambil gambar waktu terang, tapi paneh la.. hahaha..
BalasPadamKan.. jenuh berpaneh demi gambor lawa. 😅
PadamGambar raya kenangan tahun 2026. Askar ramai tu jaga nur. Selamat hari raya maaf zahir batin nur
BalasPadamSelamat hari raya, kak Notie. Samalah kita, 0-0 ye kak. 🤗
PadamCantiknya gambar raya sedondon merah hati berlima tu. Selamat Hari Raya Tot sekeluarga. Maaf zahir batin
BalasPadamSelamat hari raya, KSarie. Maaf zahir batin juga. 🤗
PadamMeriiaaaah. Saya dulu merasakan raya yg seperti itu, saat masih tinggal dengan orangtua. Salam2an, tp sekarang ini, jujurnya dah tak. Ntahlaah, sejak menikah, idul Fitri macam hari biasa saja . Kalaupun maaf2an dengan suami, tak ada pakai duduk, lalu bersimpuh di depan. Kami cuma bilang, 'paps, selamat lebaran, maafin yaa'
BalasPadamUdah gitu aja 😅😅. Ntahlaah, makin kesini, saya tak merasa lagi sakralnya idul Fitri. Beda saat merayakan dengan papA mama
Simple gaya Fanny sekeluarga. Tak apa, asal dapat bermaafan sesama keluarga, sudah bagus.
PadamDengan orang tua kita memang lain. Tapi, akak cuba kekalkan cara yang sama dengan anak-anak.