Monday, March 2, 2026

Bersenam Februari

 Saya rasa bila habis sesuatu bulan, saya akan update di blog aktiviti bersenam untuk bulan itu, sebagai rekod saya. Juga, saya boleh buat perbandingan antara bulan sebelumnya.

Aktiviti berlari termasuk yang atas walking pad (jenis aktiviti: Treadmill di jam) dan slowjogging di padang, sebelum masuk bulan puasa (jenis aktiviti: Running di jam).

Jumlah jarak di bulan Februari: 67.5 kilometer

Purata sehari: 2.4 kilometer

Purata mingguan: 16.9 kilometer

Dari gambar rumusan di atas, boleh nampak yang saya tak lari pun hari-hari. 

Aktiviti berjalan tak banyak pun. Cuma 0.4 kilometer dalam bulan Februari 2026.

Aktiviti cardio, strength training (angkat beban atau bodyweight) dan yoga pula adalah selama 3 jam 25 minit di bulan Februari. 

Purata masa sehari: 7 minit 21 saat

Purata masa mingguan: 51 minit 29 saat

Aktiviti ini, saya selalu buat sekurang-kurangnya, 20 minit setiap sesi. Tapi bukan setiap hari pun saya buat.

Senaman cardio yang saya suka buat adalah jenis dynamic cardio bodyweight exercise (senaman cardio dinamik tanpa alat).

Dynamic: Pergerakan berulang dan aktif (jingkit, angkat kaki, clap, turun naik posisi)

Cardio: Heart rate naik dengan cepat sebab melibatkan banyak otot serentak.

Bodyweight: Guna berat badan sendiri, tak guna beban.

Saya buat low impact cardio (tak lompat, jaga lutut). Ada aerobic interval (kerana dibuat berulang dalam set, contohnya 50 kali). Melibatkan functional movement (pergerakan natural seperti angkat kaki, koordinasi tangan dan kaki).

Senaman yang saya buat adalah 

  • Jingkit kaki dan tangan ke atas sebanyak 50 kali.


  • Berdiri dan bawa lutut bertemu siku bertentangan atau standing knee to elbow crunches, 50 kali. 


  • Berdiri dan tepuk bawah lutut, selang seli kiri dan kanan, atau high knee clap, 50 kali.

  • Mountain climbers menggunakan kerusi, 50 kali. 
Tangan pegang kerusi, bawa lutut ke kerusi, silih berganti, kiri dan kanan.

Ulang empat senaman ini sampai cukup 20 minit. 

Okay. Sekian laporan aktiviti bersenam di bulan Februari 2026. 
Jumpa lagi, ye. 💗

33 comments:

  1. Rajinnya Nur bersenam..SA ni harap briskwalk aje la hari2 pi kerja dan balik kerja...ada masa nanti nak buat senaman macam ni jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila, sila, SA. Badan akan rasa beza, bila kita bersenam ni, SA.

      Delete
  2. Huish lamanya tak bersenam macam ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. nanti free² boleh buat ya, Noorbaizura. 😊

      Delete
  3. Nak konsisten senaman ni la yang susah. Cie nak kena mula semula ni. Dulu gigih buat setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, saya pun masih cuba untuk konsisten, Cie.

      Delete
  4. Waahhh... Rajinnya bersenam... Sy guna apps strava ja kalau nak record... Itupun suka briskwalk kat luar ja... Dlm rumah tak rajin lgi nak bersenam... Tp sejak puasa nie kurang sedikitlah berat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Briskwalk kat luar lebih best, tak bosan macam atas treadmill. Alhamdulillah, berat makin kurang. Semoga Nurul sihat² selalu.

      Delete
  5. Bagi saya buat aktiviti low impact cardio ini yang susah lebih-lebih lagi bawa lutut ke siku. Rasa badan macam tidak seimbang hendak jatuh sahaja.
    Bahus Nur boleh buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula² memang macam tu, NA. Takpe, boleh cuba buat perlahan-lahan saja, ikut kemampuan diri sendiri.

      Delete
  6. lama la tk bersenam..dlu2 kala ada juga briskwalk kt treadmill ..bila ntah nk start balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila² free boleh mula semula, mamatisya, kalau seru datang. 😊

      Delete
  7. Thanks share rutin cardio. Rasanya saya mcm kurang buat tu je. Patutla otot terasa lemah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama², Mazni. Bila lepas buat, rasa badan ringan sikit, sendi² semua bergerak.

      Delete
  8. Siap gambar, senang nak bayangkan buat macam mana. Yang pertama tu paling simple, insyaAllah saya akan buat. Terima kasih cikgu PJ 😀

    ReplyDelete
  9. Bagusnya Tot consistent bersenam. 4 jenis senaman yang Tot kongsikan ini kalau hendak diikutkan tidak susah agaknya ye. Hampir semuanya boleh dibuat semasa tengok Neflix ye. Tetapi itu la ye hendak mengatasi penyakit malas itu yang terpelotnya tuh untuk KSarie ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, KSarie. Saya pun buat depan TV. 😊 Hehe.. biasa tu, saya pun malas juga. Tapi bak kata kasut Nike,"Just Do It!". 💪

      Delete
  10. Wah mantap kak Tot. Memang kagum dengan konsistensi bersenam. Saya pun pernah teringin nak ikut macam-macam jenis sukan, tapi selalunya terbatas masa, akhirnya tak jadi ke mana-mana, hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. betul, Mas Fajar. Ikut priority masing² la, Mas. Kalau sihat itu tangga teratas, nak tak nak, perlu ambil masa sikit, untuk buat juga. 😊

      Delete
  11. Rajin sungguh! Kalau uncle.... 3 langkah dah give up....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak sihat, uncle. Kenalah merajinkan diri juga. Huhu..

      Delete
  12. Wah boleh tiru pergerakan senaman tu Nur. Thanks 👍🏻

    ReplyDelete
  13. Thanks for sharing Nur. Selalu berkobar tengok kawan2 share, tapi nak mula asyik tangguh2. Moga dapat mula walaupun slow2, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama², Mulan. Betul tu. Kita buat perlahan-lahan saja, ikut kemampuan masing².

      Delete
  14. Tenguk Nur kosisten. Akak pun cuba juga lah. Brisk walk dari parking ke tempat kerja. Brisk walk juga kan hari2. Pagi petang. hehehehe Cuma tak catat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orait sangat tu, kak. Tak perlu rekod. Badan kita tahu bila kita exercise. 👍

      Delete
  15. Gerakan2 yg kakak lakukan itu bagus sangat utk melatih stamina dan kalau dilakukan saat perut kosong, maka tubuh akan memakai lemak sebagai sumber tenaga 👍. Jadi akan mempercepat hilangkan lemak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul! Itu yang jadi semangat membuatnya! 😊

      Delete
  16. ammi sejenis yang takde disiplin untuk buat cardio exercise. buat 5-6 kali (tak sempat habis satu set pun) pastu ko malas. hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammi dah banyak jalan, naik public transport. Kira okay la tu. 👍

      Delete
  17. Habis puasa nanti CCL nak sambung briskwalk

    ReplyDelete