Ayam padprik
Saya sudah siap membalas semua komen dan kunjung balas ke blog kawan-kawan. Fuh.. banyaknya! Naik juling biji mata. 😅
Banyak juga benda yang saya dapat tahu bila baca blog kawan-kawan ni. Contohnya, macam kena submit e-filing. Terlepas pandang pula. Selalu suami saya yang suka submit awal ni. Suami saya lupa agaknya.
Semalam saya masak lauk ayam padprik.
Jadi, macam kedai tomyam punya. 😋Chewah. Banyak saya masak, guna bahagian dada ayam. Habiskan stok ayam dalam peti ais. Ada lagi lauk ni lepas sahur pagi tadi. Boleh la panaskan untuk berbuka nanti.
Saya tak ada idea nak tulis apa lagi. Nak chill chill je. Sebenarnya, hidup kita ni senang saja, kan. Tak tahulah kenapa manusia ni suka buat benda jadi complicated. Saya nak slow down sikit, la. Mungkin nak cuti blog kot, nak fokus bulan puasa ni. Boleh tak? Entri pendek sajalah hari ni.
Apapun yang anda sedang buat, saya doakan agar semuanya dipermudahkan.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗


Bestnya ayam paprik...alaaaa...kalau rehat kejap ok la Nur...jangan la lama- lama...x best la xde upate hari2 dari Nur....hehehee
BalasPadamHehe.. entahlah SA, kurang rajin pula nak update blog bulan puasa ni. Baca komen kawan² dulu la. 😊
PadamAmbil masa nur. Akak pun kadang ada rasa nak update buat. Kadang byk dlm draf tapi kadang mood ke laut kadang kerja banyak tak Dan. Tapi kita buat santai ja jgn rasa terpaksa. Yg penting hepey.
BalasPadamTerima kasih, kak Notie. 🤗
PadamWahhh..fevret che mek ni sis =)
BalasPadamBoleh gang ngan Acik la, suka masak padprik juga. 😋
PadamSedapnya ayam paprik, ada masa tulislah blog yer :)
BalasPadamBaik. Insya-Allah. 😊
PadamMasak paprik la paling senang.. sbb dh ada protein dan sayur sekali... tgl goreng telor je lg.. br feel kedai siam.. hehe
BalasPadamBetul, kakmim. Telur dadar haruslah ada.
Padame-filing tutup 15/5/2026 jgn risau..menu ayam paprik jrg sgt masak
BalasPadamTerima kasih atas info, mama tisya. 🤗 Saya pun masak sebab ada beli ayam bahagian dada. Itu yang buat masak padprik.
Padamwaahhh sedapnyaaaa menu ayam paprik! ade masa lagi utk isi e-filing.. ehh akak jgn cuti blog lama sgt nti rinduuu ehehe
BalasPadamHehe.. akak ada ni ha. Belum update blog. Balas komen kawan² dulu. 😊
PadamSedap ni ...
BalasPadamBuat apa yg kita happy Nur. Mental health kena jaga, bak kata orang sekarang :D
Take care 😘
Terima kasih, PH. 🤗
Padamblog boleh rehat-rehat sempena Ramadan ini....tiada sesiapa yang push kita
BalasPadamBetul, Encik Hanafi.
PadamMenu berbuka Cie hari ji ayam goreng paprik. Cie kena buat bahagian tulang. Anak2 tak makan sangat isi.
BalasPadamOh, hampir sama menu kita. Cuma yang beza, ayam Cie digoreng dulu.
PadamTengok ni terliur pulak nak makan tomyam. 😱
BalasPadamApa lagi, BK. Sila, sila, masak tomyam. 😁
PadamSedapnya..alhamdulillah sajian istemewa saya kira..
BalasPadamLebih kurang, cikgu. Saya pun jarang² masak lauk padprik ni.
PadamKalau nak cuti blog kena submit cuti tu kat Kementerian Blog Malaysia dulu. Lulus baru boleh cuti... hehehe
BalasPadamHahaha... 😁
PadamTake all the time you need to rest, recharge and recover. Walaupun akan rindu baca coretan Tot tapi yang penting Tot buat apa yang perlu ye. Take your time k. Jaga diri tau.
BalasPadamTerima kasih, KSarie. 🤗
PadamKSarie pun take care, ye.
kalau bagi resepi buleh la abe kie masak ayam paprik utk iftar ptg ni. hehehe...
BalasPadamHehe.. saya google je, Abe Kie. Saya guna resepi Cik Sayang, yang 2 minit tu, ringkas je.
PadamAhahaha, saya pun kadang rasa penat dan letih juga bila menulis di blog. Malah sekarang saya turut serta dalam cabaran menulis 30 hari di platform Kompasiana, itu lagi melelahkan.
BalasPadamTapi yaa… jalan saja lah, hahaha. Kalau memang penat, paling baik rehat dulu. Nanti bila sudah bersedia, sambung semula.
Semoga Mas Fajar terus bersemangat ya, update blog sempena cabaran 30 hari menulis. 💪
PadamMakasih, Mas.
Ok Nur. Pelan- pelan berblogging.
BalasPadamTerima kasih, kak Amie. 🤗
PadamNampak pekat molek!
BalasPadamHehe.. mekasih, uncle.
PadamDah macam nyambut raya pulak, kunjung mengunjung
BalasPadamHehe..
PadamSaya suka lauk paprik. Hehe semua sayur boleh letak dengan protein. Kira lengkap 1 lauk.
BalasPadamBagus juga tumpu pada bulan Ramadhan.
Kannn... saya pun suka juga.
PadamItu la. Nak rileks² je. Take it slow.
lately ni saya tak sempat bukak blog jugak.. mood kelaut dalam. rasa serbasalah tak blogwalking seminggu huhu
BalasPadamTakpe Mazni, boleh sambung blogwalking bila free. 🤗
PadamSedapnya... terliur pula :)
BalasPadamAlhamdulillah, sedap. 😋
PadamSedapnya ayam paprika, lama pulak tak makan
BalasPadamBoleh la masak, Mulan. 😋
PadamIni lah makanan yg saya seriiiiing belah masa study kat Penang kak. Krn dah lengkap, ada sayur, ada ayam 😄. Jadi praktis nak makan. Balik jakarta, saya tak pernah ketemu menu padprik. Jadi memang selalu makan ini saat saya lagi di Malaysia. Nanti nak cari lagi pas June esok ke KL 😄
BalasPadamWah, nak datang sini bulan Jun ya, nanti beritahu mahu pos hadiah Fanny ke alamat mana ya, kalau sudah tiba Malaysia nanti. Boleh masak sendiri saja Fanny, mudah saja masak padprik ayam ni. 😊
PadamKalau kat rumah tak teringat langsung nak masak menu ayam padprik .. tapi kalau duduk di kedai makan ..mula la teringin nak makan ayam padprik
BalasPadamHaha.. akak pun kebetulan ada stok ayam bahagian dada je, itu yang terfikir buat lauk padprik.
Padam