Tanggal 24 Mac 2026, bersamaan 4 Syawal 1447H.
Suami masih cuti, jadi kami pergi jalan pagi di Esplanade Lumut. Sudah lama sangat kami tak berjalan pagi di sini. Selalu pergi padang Sitiawan saja. Atas padang, lebih soft landing dan lembut untuk lutut kami yang sudah tua ini. Tapi sekali-sekala tukar angin, tengok laut, okay juga.
![]() |
| Comot corak kucing ni. Hidungnya hitam. 😁 |
Si Comot tu cakap, "Sibuk je tau, ambil gambar orang. Orang nak rileks pun tak senang."
Ramai juga orang beriadah di Esplanade ini. Tak padan dengan hari raya. Mungkin orang lain juga macam kami. Apa-apa hal, kita bakar kalori dulu, supaya hati senang untuk makan rendang dan lemang lagi. 🙈
![]() |
| Oyen nak tumpang manja |
Kami jalan dari hujung Esplanade Wing sampai la depan Hotel Orient Star, dan lepas situ, boleh nampak ada je orang pergi kerja melalui jalan masuk ke navy base. Cuma trafik tidak sesak seperti hari biasa.
Parking nak ke Pangkor juga penuh. Ramai orang mengambil kesempatan bercuti di musim perayaan ini.
![]() |
| View menghala balik semula ke tempat mula jalan |
Bahang pagi sudah mula terasa. Dekat Lumut, sudah lama tak hujan. Hari tu pun masa mula sampai dari beraya di PJ, kering-kontang semua pokok-pokok di rumah. Kegersangan tanah dalam pasu.
![]() |
| Selfie berdua mengadap vitamin pagi |
Alhamdulillah. Dapat berjalan pagi selama 1 jam 20 minit, dengan jarak 5.46 kilometer. Lepas berjalan tu, kami pergi di tempat alat-alat riadah yang disediakan. Baru siap tempatnya. Cuba guna kemudahan yang ada. Lenguh juga naik basikal yang kena ayun tangan tu, yang macam mesin elliptical tu, lebih kurang.
![]() |
| Balik rumah, makan nasi lemak telur rebus separuh. 😋 |
Ilham datang tanpa mengira masa. Kadang waktu siram pokok. Kadang waktu kita memerhatikan kekurangan yang ada. Saya dapati bila musim perayaan, tak ramai yang niaga nasi lemak. Padahal bila masuk syawal, ramai orang nak sarapan nasi lemak. Sebab takkan nak sarapan juadah raya.
Tahun 2027, jika panjang umur, giliran suami bekerja pula. Jadi, kami akan beraya di rumah Perak. Saya rancang, nak niaga nasi lemak la. Tak perlu lama, 4-5 hari niaga, sudah cukup. Hehe.. mesti laku. Sebab masa awal raya, orang masih ramai di kampung. Bila beli nasi lemak, mesti tapau untuk anak beranak, menantu cucu di rumah. Hasil pemerhatian saya la.
Tengoklah camana tahun depan. Idea sudah ada. Cuma saya tak pernah buat nasi lemak daun pisang. Jual nasi lemak yang sudah siap dibungkus senang. Orang sekarang nak cepat. Grab and pay, tak mahu tunggu lama-lama, kan.
Saya tulis di sini. Sebenarnya ini bukan pertama kali saya terfikir macam ni. Setiap kali beraya sini la, saya perhati benda yang sama. Orang bandar banyak kampung orang tuanya di sini. Sebab kalau biasa, tak ramai pun orang pergi McD, Subway tu. Bila musim perayaan je saya dapati ada orang.
Sebab pilihan tak ada. Kecuali mamak, pagi-pagi. Selain mamak, fastfood sajalah. Orang jual nasi lemak pun tak banyak. Yang biasa niaga nasi lemak akan cuti beraya.
Orait. Saya tulis idea niaga di sini. Selain jual nasi lemak, kalau rajin, boleh letak sekali biskut chocolate chips ala famous amos tu sekali. Okay tak? 😁
Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗 Selamat kembali ke sekolah untuk anak-anak. Esok keputusan SPM keluar. Sulaiman tengah bertapa dalam bilik. Keluar bilik bila nak makan je. Anak bertuah.





best luang masa spend time beriadah ngan suami..suami SA? xdenya la dia nak pi jogging ke Brisk Walk ke...
ReplyDeleteAlaa.. pujuk aaa, SA. Lepas jalan pagi, boleh pi dating mengopi. Hehe..
DeleteGood luck Sulaiman untuk esok..moga yang baik² je..
ReplyDeleteBaguslah kak Nur ni, otak berniaga..
Terima kasih, Linda. Aminnn.... 🤲 Sulaiman happy tu, dengan result dia, Alhamdulillah.
DeleteIdea tu ada, Linda. Cuma bila tiba masa, rasa malas pula, huhu...
Moga Sulaiman dapat result cemerlang.
ReplyDeleteAminn.. terima kasih, kak Amie. Alhamdulillah, Sulaiman happy dengan result dia.
DeleteHari tu nampak ada orang jual nasi lemak raya ketiga kat thread, licin nasi lemak dia.
ReplyDeleteItulah SK, siapa yang rajin niaga nasi lemak masa cuti raya, memang sold out cepat.
DeleteBest kan jalan2 tepi laut
ReplyDeleteMemang best, Mulan. Syahdu je tengok laut yang cantik dan luas.
DeleteMolek benar cadangan Tot hendak menjual nasi lemak bermula hari kedua hari raya sebab memang masa tuh orang dah tak larat hendak makan rendang dan lemang segala. Masa KSarie beraya di kampung, raya kedua memang ada 2,3 gerai menjual nasi lemak dan sangat laku keras. Kalau terlambat bangun pagi memang keempunan la hendak makan nasi lemak. Kalau Tot ada kesempatan boleh buat bihun goreng sekali. Goreng kuih frozen macam karipap tuh pun molek
ReplyDeleteItulah KSarie. Terima kasih, atas idea bihun goreng dan karipap. Memang ada idea tu dalam kepala. Insya-Allah. Harap saya punya keberanian untuk mulakan langkah pertama bila tiba masanya nanti.
DeletePasti laku kak 😍😍😍. Orang2 tipe saya, yg tak suka masak, dan pasti akan mencari seller makanan, masih ramaaai hahahahha. Makanya kami bersyukur jika masih ada seller makanan yg jualan di saat raya 😄
ReplyDeleteHehe... kann...Fanny, cuma perlu rajin untuk berniaga, di saat orang lain masih bercuti dan beraya.
DeleteHarap tercapai hasrat Nur meniaga nasi lemak. Amin.
ReplyDeleteWah teringin hendak rasa biskut choc chips Nur buat.
Terima kasih, NA. 🤗
DeleteHehe.. Insya-Allah, ada rezeki, bolehlah rasa. Satu hari, mana tahu, kan.
Wah serunyaa bisa jogging bersama. Saya sampai sekarang belum terlaksana nih mbak, niat sajaaa, hahaha.
ReplyDeleteEh tapi kalau jualan nasi mah pasti laku mbaak. Dekat rumahku pun ada ibu-ibu yang jualan nasi uduk. Itu belum ada jam 7 pagi sudah habis teruuuus
Hehe.. Mas Fajar boleh ajak isteri dan Putri, di hujung minggu.
DeleteWah.. laku ya, jualannya... akak cuma berharap akak punya keberanian dan kerajinan itu untuk mulakan langkah pertama. 🤲