Juadah berbuka 22 Ramadan
Hari ini sudah masuk 26 Ramadan 1447 H. Terawih malam ke 27.
Entri ini, saya nak cerita tentang juadah berbuka kami pada 22 Ramadan yang lepas. Berbuka tiga beranak. Mama, Amirul dan Sulaiman.
Pergi kedai Ayam Ori, beli ayam mentah seekor. Amirul nampak dan bertanya,"Mama nak masak apa, ayam tu?" Belum jawap, dia dah komen, "Buat masak lemak la pula mama. Asyik kari, kari je"
Amboi, budak ni, kan... demand bukan main.
Ha, apa lagi.. kita pun masaklah ayam masak lemak cili api.
![]() |
| Ayam masak lemak cili api |
Hehe... tak lawa sungguh la kita masak. Tak boleh lawan blogger Suria Amanda masak. 😁 Saya ikut resepi SA la. Ada letak kentang juga. Walaupun tak berapa menarik rupa masak lemak saya ini, tapi rasanya boleh tahan la. Alhamdulillah.
![]() |
| Pinggan Mama |
Saya berbuka dengan salad dan lauk ayam seketul, ambil bahagian kepak, dan kentang dua ketul. Kurma sebiji.
![]() |
| Kentang goreng |
![]() |
| Karipap frozen kedai Eco |





MLCA ayam sedapnya Nur.
BalasPadamSedap, Mulan. Alhamdulillah.
PadamSedapnya masak lemak tuuuu
BalasPadamSedaaap! 😋
Padamfries kak tot nampak betul-betul menyelerakan
BalasPadamHehe.. boleh la. Anak² yang makan.
PadamNak cantik warnanya kena pakai kunyit hidup Nur...blend aje ngan cili...SA selama ni guna kunyit hidup...kuning2 tangan tapi x pe..janji nampak cantik lauk tu dan rasanya lagi sedap
BalasPadamSaya pakai kunyit hidup, tapi korek kunyit tanam sendiri, sikit benor. Santan terletak banyak kot. Lain kali nak guna santan segar, tak mau santan kotak. Baik. Terima kasih bagi tips, SA. 👍🤗
PadamSedap je saya tengok MLCA kak nur ni. Anak akak sama dgn sayalah. Lebih prefer makan masak lemak berbanding kari. Kari tu macam terlalu heavy bagi saya
BalasPadamOh.. itu macam ka.. hehe.. baik. Ye la, boleh gang dengan anak akak, Mazni ni. 😊
PadamAduhai..trliur tgk ayam masak lemak tu =)
BalasPadamHehe..
PadamMLCA sentiasa jadi kegemaran saya, masakan kari cuma suka kalau kari daging. Memilih 😁
BalasPadamKaripap kalau dah berlubang memang leceh sikit nak goreng. Melekat dan terkeluar isinya. Tapi membazir pulak nak buang.
Oh, lagi ramai rupanya prefer MLCA dari kari. Huhu..
PadamBetul, Ujie. Lantaklah dia berlubang. Udah beli, takpe kita juga yang makan.
dulu2 cie masak ayam lemak tak letak kentang. sejak anak2 suka makan kentang dalam gulai baru la letak.
BalasPadamOrait juga kan Cie, letak kentang dalam lauk.
PadamHi Nur, Selamat berpuasa utk Nur sekeluaga. Hewhew, sempat wish sebelum ramadan berakhir.
BalasPadamHi, Faa..
PadamSelamat berpuasa untuk Faa juga..
Hehe...
ayam masak lemak kita masak letak kentang
BalasPadamSamalah kita.
PadamUish sedapnya ayam masak lemak cili api ada kentang. Langsung teringin hendak makan
BalasPadamHehe..
PadamItulah ingat Nur tidak masak lauk lemak cili api.
BalasPadamHehe ikut permintaan anak.
Ha ah, kesian NA, anak dah minta, kita masakkan la.
PadamRefer buku resepi, salin dari blog SA. 😁
Cuya kat rumah pon tak suka masak kari sebab Cuya tak kari makan dgn nasi. Tapi suka kari makan dgn roti mcm capati ke. Sama jugk dgn lauk kurmak pon Cuya tak masak.
BalasPadamMLCA tu biasa selalu masak maklumla ayah org nogori hehe
Oh, gitu rupanya.
PadamHa ah, memang kegemaran orang nogori ya, MLCA ni.
Kak SA, trus 1 lagi kak Amie , kalau dah masak, memang drooling dibuat 🤭😄😄. Plating cantik dan menggiurkan mereka buat.
BalasPadamWaaah masak lemak yaaa, 😄 dah lamaaa saya tak makan menu ini lah
Kann... Dia orang memang hebat memasak. Akak pun jarang buat masak lemak ni, Fanny.
Padam