14 Ramadan 1447 H.
Mood update blog kembali ke lautan dalam. Semalam satu hari saya tak update blog. Saya ambil masa untuk rehat. Nanti saya balas komen dan singgah blog kawan-kawan, ya. Apakah solusi bila tengah tiada mood untuk buat apa-apa? Kena paksa diri, kan. Kita buat je. Tak pun, tidur. 😊
![]() |
| Roti john crispy, RM12 |
Petang semalam beli di gerai burger depan kawasan perumahan saya. Hari biasa, dia punya burger ayam crispy biasa dan sos korea memang best seller. Bulan puasa, dia tambah menu roti john pelbagai jenis. Pandai anak muda sekarang niaga. Boleh order di whatsapp dulu, dah siap, boleh pergi ambil.
![]() |
| Maggi goreng Ibumie |
Sulaiman bosan makan nasi agaknya. Dia masak sendiri maggi goreng di atas. Pukul 7 malam dia masuk dapur.
![]() |
| Salad telur rebus dan ayam |
Tinggal baki tiga ketul ayam goreng berlengas dalam peti ais. Saya masukkan dalam salad. Hidangan berbuka saya. Alhamdulillah.
Semalam angin kuat, sampai tingkap di ruang tamu boleh terbuka sendiri. Gerhana bulan, ada kawan-kawan dapat tengok gerhana bulan semalam? Sebab cuaca tak mengizinkan, saya pun tak ke masjid. Saya penakut sikit bawa kereta malam-malam kalau hujan dan angin kuat.
Hafizan share video, tapi sana hujan lagi lebat, sampai angin buat tingkap terbuka.
Bilik dia di PUO Ipoh, ada tingkap tak ada selak, bangunan lama.
Ok, sambung gambar makanan berbuka semula.
![]() |
| Samosa |
Beli samosa frozen di kedai Eco Sitiawan. Ada satu saja cawangan kedai Eco yang ada jual makanan frozen. Ada 4 biji samosa dalam satu paket. Ok, rasanya. Boleh la, kalau malas pi bazar ramadan beli kuih.
![]() |
| Karipap |
Karipap frozen kedai Eco. Rupa cantik. Tapi kurang sedap. Kena bawa keluar inti karipap baru boleh makan. Lain kali kalau beli kuih frozen kedai Eco, beli samosa saja, karipap tak payah beli.
Suami pergi Gurun, Kedah, dia ada majlis berbuka di ofis cawangan utara. Amirul keluar jumpa kawan-kawan sekolah lepas maghrib. Sulaiman pun keluar juga, lepak mamak. Itu yang makan ringkas saja. Tak masak nasi. Sudah tak ada selera makan. Lebih nak makan benda yang teringin dan ringkas.
Selamat, ye korang. Jaga diri. Selamat bekerja. Semoga anda semua sihat-sihat selalu dan bersemangat, jaga solat, jaga puasa, kuatkan diri dan usaha dekat pada Allah.
Jumpa lagi. 💗





InsyaAllah..aamin²..
ReplyDeleteJauh incikSuami berbuka puasa
Ha ah, acara tahunan. Kena ikut perintah gitu, Linda. Jauh² pun kena pergi. 😅
DeleteFrozen ni kadang kena ada stok. Senang bila takde makanan siap masak. Tapi tu lah kadang tenguk inti juga. Pagi tadi tak nampak bulan padahal dah nak 15hb dah kita puasa.Bulan mesti dah besar tu.
ReplyDeleteItu la. Mungkin stok lama kot, karipap tu.
DeleteHujan atau langit awan tebal pun, susah nak nampak bulan, kak.
Eco kat sini xde jual frozen food... selalunya frozen food yg homemade confirm sedap
ReplyDeleteYang homemade tak yah cakap la, kakmim. Memang terbaik. Tapi nak buat sendiri tu, ya Allah, pemalas yang amat! 😅
Deletesuka maggi goreng ibumie perisa asli
ReplyDeleteHa, samalah, yang Sulaiman buat ni perisa asli.
DeleteUish dia buka ibumie pula....... :)
ReplyDeleteHehe.. budak tu memang, ikut selera dia. 😁
DeleteNak layan maggi kari pun belum tertunai hajat lagi ni. hehehehe Tenguk ibumieee aduhaiiii sulaiman. Buat achik tergoda tengguk ibumieee
ReplyDeleteSilalah buat, Acik! 😂
DeleteWah, seram betul mbak hujan dan angin itu. Sampai tirai tersingkap kerana terlalu kencang. Semoga sekeluarga aman-aman saja.
ReplyDeleteKalau sedang pening, penat, rehatlah dulu mbak. Saya pun sama, kalau banyak fikiran, saya tinggalkan dulu blog. Sambung lain kali bila fikiran sudah lebih baik, hehehe.
Alhamdulillah, mujurlah sebentar saja Mas Fajar, angin kuat itu.
DeleteTerima kasih atas saranan itu, Mas. Iya, harus rehatkan minda dulu, kan.
Trliur tgk salad tu =)
ReplyDeleteHehe.. 😋 kenyang sebab tambah ayam dalam salad.
DeleteRamai cakap samosa frozen tu sedap. Kena try beli lah. Kat eco kawasan umah saya ni ada jual barang2 frozen
ReplyDeleteOh ye ke.. boleh la Mazni try nanti.
DeleteIngatkan sy sorang jer mood meredum ke laut dalam, hihi. Pandai Sulaiman masak mi bila dah jemu makan nasi.
ReplyDeleteHa ah, sama kita, SK. 😁
DeleteMemang tahap bosan la dia tu, sampai masak maggi goreng sendiri.
Puasa kali ni Sy pun lemak. Kadang mengantuk x leh bawak bincang. Tapi alhamdulillah bab selera makan masih tak berganjak ahaha...
ReplyDeleteHahaha.. baguslah PH. Saya dah takde selera makan dah ni, ha.
DeleteAda masa standby jugak stok frozen senang bebila nak makan.
ReplyDeleteBetul, Cie.
DeleteTidak dapat tengok gerhana bulan itu. Lupa nak tengok.
ReplyDeleteSaya pula malas tulis. Fikir hendak tulis pasal itu tapi tidak jadi. Maka jalan-jalan ke blog orang untuk baca.
Saya pun dah jangkit NA. Jalan² ke blog orang. Tak tahu nak tulis apa dah.
DeleteTak ingat saya nak lihat gerhana. Lupa betul2 😫. Padahal nak foto kalau sempat lihat.
ReplyDeleteMood saya saat ini jujurnya tak semangat. Sejak perang iran-us saya macam stress. Krn memikirkan efeknya akan kemana2. Selat Hormuz ditutup pula, Inflasi akan tinggi 😔. Saham dah jatuh. Tapi kalau ini saya akan ambil kesempatan untuk beli saham yg terdampak. Beli saat hrgnya jatuh.
Hanya saja, utk hal2 lain, inflasi dan lainnya, pusiiiing nak pikir. Apalagi dah dekat raya. Kasian yg Orang2 kurang mampu 😢
Semoga keadaan di sana semakin baik ya, Fanny, dan tidak berlarutan. 🤲
DeleteSama la...semalam SA xde selera nak makan..minum air pun seteguk dua aje..ntah kenapa x tau...demi x nak kecikkan hati dania dah penat2 masak..SA makan aje la...gerhana x sempat nak tengok sebab Seremban sepanjang malam hujan masa tu...
ReplyDeleteSamalah kita, SA. Makan sekadar lapik perut.
DeletePernah beli karipap jugak. Tapi ada bintik-bintik hitam kat kulit. Ingatkan perisa black pepper. Rupanya dah rosak. 😥
ReplyDeleteLaa.. dah naik kulat la tu, BK.
DeleteKadang kala memang takde mood nak menguit pun kan Tot? Tapi itu la mahu tidak mahu kena juga mengesot untuk menjalani kehidupan. Roti John tuh nampak macam 5 bintang rasanya. Tengok video angin kuat tuh mendebarkan rasanya. Semoga Tot kembali semangat ye💪
ReplyDeleteBetul cakap KSarie. Kena juga bergerak.
DeleteRoti john orang tu memang sedap, ayam crispy sebiji² di dalam.
Aminn... Terima kasih, KSarie.
Selamat berbuka puasa
ReplyDeleteNampak sedap roti johan tu
Terima kasih, Wak.
DeleteMemang sedap, roti john tu, Wak.
masa gerhana tu ammi tak sempat tengok pun walaupun masa kejadian tu ammi atas motor (baru turun bus). masa tu otak fikir nak makan je
ReplyDeleteYa la. Bulan puasa ni memang kita banyak fikir pasal makan. Lagi pun waktu gerhana tu terjadi, waktu kita berbuka.
DeleteSekarang harga roti john RM12 pun kira standard dah. Janji inti banyak, sos padu, roti pun garing… memang berbaloi laa untuk alas perut masa berbuka
ReplyDelete