Skip to main content

Oh, Jamal

 Pagi tadi, sarapan nasi lemak paru. Depan TV. Sambil layan movie lama, Azura. 

Alamak, sori, gelap.

Cuaca pagi tadi pun mendung. Dalam rumah pun romantik la sikit, redup je. Nasi lemak suami bawa balik, dia habis kerja shif malam. Sedap, wei, nasi lemak paru dia. Harga RM7. Nasi banyak, paru pun banyak. 😋

Handsome-nya Jamal Abdillah waktu muda.

Oppss.. astaghfirullahalazim... 🙈

Terus saya teringat arwah mak saya. Ada satu hari tu, masa tu dalam tahun 2002 kot, sebab saya ingat, saya tengah mengandung anak sulung. Keluar makan dengan kakak sulung dan mama. Makan malam di kedai tomyam di Kampung Baru, KL. Sekali tengok, ada Jamal Abdillah, makan di kedai yang sama. 

Saya yang mula perasan dulu. Masa Jamal baru keluar kereta dan berjalan ke kedai tu, saya dah kenal. Saya cakap, "Eh, tu macam Jamal Abdillah."

Dia keluar makan dengan seorang perempuan waktu tu. Kakak sulung saya cakap, "Ha ah, la." 

Lepas tu, mama selamba bangun pergi jalan sebelah meja Jamal, dia jalan lurus melepasi kedai. Lepas tu, dia patah balik, supaya boleh berhadapan dengan Jamal Abdillah. Mama boleh jalan slow-slow je, sampai semula ke meja kami.

"Ha ah, confirm Jamal Abdillah", katanya. Hihi... 

Jamal ni, memang ada aura tersendiri la. Dia stand out di khalayak ramai. Mungkin sebab pakaian dia kot. Huhu.. kenangan manis, sampai sekarang saya ingat.

Oh, balik kepada movie Azura yang saya tonton tu.

Masa scene Jamal nyanyi lagi Azura tu, last sekali si pengacara majlis yang mengumumkan pemenang juara pop 1984, jatuh pada kumpulan Amir dan Zack. Ish ish... tahun 1984 ye, movie ni.

Lantas saya teringat, tahun 1984, saya tengah sekolah tadika, di tadika MADA CI, Kangar, Perlis.

Gambar tadika 1984. 

Cer teka, cer teka... saya mana satu? Takde hadiah la. Saja suka, suka. 😁

Kome tahun 1984, tengah buat apa? Sekolah tahun berapa? Ke, dah sekolah menengah? Ke, belum lahir? Hihi.... 

💗

💜

💚

💛

💙

Saya yang berdiri barisan kedua. Pakai tudung hitam, anak tudung putih.💗

Comments

  1. Susah hendak jumpa nasi lemak sambal paru.
    Hehe tidak nampak sangat muka Nur apabila dibesarkan gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, gitu.
      Macamana nak nampak muka, kalau anak tudung pun pakai sampai tutup dahi nak sampai ke mata dah. Hihi... budak-budak, tak reti pakai tudung.

      Delete
  2. Oh, yg belakang budak baju kurung merah tu la kan. Comelnya, bagus ya Nur, tadika dah pakai tudung. Sy 1984 tu darjah 3 & sogame djh 1. Pasal Jamal tu, kan.. sy ingat mama Nur berhenti tegur, hihi. Sy dah 3 - 4 kali jugak jumpa beliau, tapi masa buat show la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, SK. Betul.
      Hehe.. mama minat Jamal Abdillah dulu, tapi takde la sampai nak tegur, risau kacau privacy orang tu dengan dating. :D
      Wah... banyak kali juga tu, tengok show Jamal. Sedap yek, dengar suara dia nyanyi live.

      Delete
  3. Sedapnya nasi lemak paru. Dapat imagine mama lalu dan patah balik untuk confirm Jamal. Sweet je mama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. saya pun tak sangka. Kalau saya, malu la nak pergi tengok depan-depan. :D

      Delete
  4. Replies
    1. Simpan dalam album, jarang bawa keluar. Dok dalam almari. :)

      Delete
  5. Saya salut di tahun itu kakak dah pakai tudung. Krn di tempat saya saja tudung baru mulai banyak dipakai ketika THN 90.

    THN 84 saya masih 2 tahun 🤣. Adik saya baru lahir saat itu.

    Nak google Jamal Abdillah ini lah.. penyanyi berarti yaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedari kecil, akak sudah minat pakai tudung. Cuma semasa umur tu, akak tak konsisten, ya la, mana berani minta sama orang tua untuk beli tudung, ada sehelai, yang itu saja lah akak pakai.
      Hihi... masih baby ya, Fanny, 1984.
      Penyanyi legend di Malaysia ni, Fanny.

      Delete
  6. Nostalgia betul posting ni. hehhee. Sarapan nasi lemak paru tu memang layan, kan? 😋 Nasi lemak suami bawa balik tu nampak banyak dan sedap! Makan sambil layan movie Azura, memang nostalgia. Tahun 1984 saya belom lahir. huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...
      Betul, nikmat makan nasi lemak paru.
      Wah... masih muda encik papaglamz ni. :)

      Delete
  7. Tadi singgah blog Mummy Ayu pun dijamu nasi lemak paru, dekat sini pun menu sama hehe
    Cutenya gambar kanak² riang semua tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, kebetulan. Hihi..
      Zaman tak ada masalah, memang happy. :D

      Delete
  8. Sebenarnya... uncle tak pernah tengok Azura tu complete... Lompat2, sumbang-sumbing... belum ada rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... ye ke. Jenis jarang layan movie melayu ye. :)

      Delete
  9. Popular Jamal ni sampai sekrg..

    ReplyDelete
  10. Nak komen pasal nasi lemak patu RM7 tu.. tapi dah sedap baca pasal jamal abdillah hahaha...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ikan bakar daun kunyit

💙 Tarikh: Ahad, 24 Ogos 2025 💙 Saya berkebun sampai pukul 10 pagi. Berkebun ni pun satu kerja yang tak habis-habis juga. Hari ni, merumput area sini. Esok lusa tengok area sana pula rumput mulai panjang. 😁 Tapi tetap buat juga, sebab suka jaga tanaman dan ia satu aktiviti yang sihat. Berpeluh dan kadang, macam latihan angkat beban juga. Angkat pasu dan tanah ke sana sini. Alhamdulillah. Biasanya, saya gantung kuali hari Ahad. Aktiviti hari Ahad, terbongkang depan TV sambil baca suratkhabar Ahad. Kena beli Mingguan  Malaysia, yang ada sisipan Pancaindera. Baru tahu gosip artis. 🙈 Kalau masak pun hari Ahad, masak maggi. Tapi sebab nak kurangkan makanan proses, paksa diri masak juga la pada hari itu. Masak apa tu? Saya balut ikan dengan daun kunyit. Bakar dalam kuali non-stick. Tak guna minyak. Masa ni la saya terfikir, apasal la aku tak tanam pokok pisang kat rumah. Boleh juga guna daun pisang buat bakar ikan. Tapi bila mengenangkan rumah ini laluan beruks, tak jadilah nak tanam ...

Suatu Jumaat di bulan Ogos

💚 Tarikh: Jumaat, 22 Ogos 2025 💚 Masak siap-siap sebab plan nak ke Ipoh, ambil budak Hafizan (anak kedua).  Saya masak bihun goreng. Budak Sulaiman (anak bongsu) tak ikut. Sulaiman hari Jumaat, petang-petang dia selalu pergi main badminton dengan cikgu dan kawan-kawan dia. Itu yang saya sudah siap masak untuk Sulaiman. Saya, Amirul (anak pertama) p ergi Ipoh lepas suami balik kerja waktu petang.  Selepas ambil Hafizan di Poli , kami pergi Aeon Station 18 .  Tingkat atas, sudah ada Hot&Roll. Yang ini, feveret anak-anak. Kalau pergi Mydin Ipoh , selalu bungkus bawa balik. Bila sudah ada cawangan di sini, ok la. Lebih dekat.  Hot&Roll di Aeon Mall Station 18. Bungkus pizza beef prata untuk anak-anak. Jalan-jalan, singgah surau settlekan yang wajib, kemudian kami makan malam di food court.  Masa nak balik, jumpa kedai baru buka. Aeon Mall Station 18, Ipoh ni, banyak juga kedai menarik, berbanding Aeon Mall dekat rumah kami. Chloe.Co Cafe Dari luar, sa...

Salad, Kari dan Sambal

💛 Tarikh: Selasa, 23 September 2025 💛 Blog saya ni, kalau tak cerita pokok, cerita pasal masak-masak. Itu je kerja saya. 😊 Kadang-kadang sudah tak tahu nak masak apa. Bila tengok apa yang ada dalam peti ais, barulah mentol idea itu timbul di atas kepala. Aha...  Jadi pada hari tersebut, berikut adalah juadah yang saya sediakan, untuk makan tengahari juga malam. Jom tengok! Salad telur rebus . Senang saja nak sediakan salad ni. Lagi-lagi kalau ada telur rebus. Cuci bersih-bersih dan potong sayuran. Letak sos cili, sebab Amirul pun makan juga. Kalau saya makan seorang, saya tak letak sos atau apa-apa salad dressing seperti kewpie, sebab ada gula. Kari ayam. Masak separuh ekor saja. Saya masak tanpa santan. Ala-ala kari mamak. Letak juga daun kari banyak-banyak. Sekali pandang, nampak macam asam pedas ayam pun ada, dalam gambar. Sambal lada Kelantan. Sambal guna cuka, dan tiada belacan. Macam terlalu lumat pula saya kisar. Tapi ok la rasa dia, tidak terlalu pedas. Cili padi merah l...