Tukar tajuk blog

 Saya masih mencari-cari rentak dalam berblogging ni. Saya tukar tajuk blog saya, dari Tot's Blog ke Secawan Kopi, Sekebun Cerita. Sebab saya suka kopi dan berkebun. Tapi url saya tetap tidak berubah. Jadi, kawan-kawan yang ada share blog saya, masih valid link-nya. Tiada broken link. 

Harap saya buat keputusan yang betul. Sebab Tot's Blog tu, terlalu umum. Macam orang tak tahu, apa benda, 'Tot' tu? Kalau buat carian google pun, ada benda lain nama Tot. 

Sekali baca, macam tajuk lagu 90an pun ada (Sehelai daun, setitis embun). Hihi... 

Hasil kutipan berkebun hari ni, cili hijau 5 butir. 😁

Jumpa lagi. 💗


Catat Ulasan

44 Ulasan

  1. nice..secawan kopi, sekebun cerita... unik gitu

    BalasPadam
  2. Sedap nama blog yang baru ni.
    Nama blog saya ntah apa-apa, macam judul lagu 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, lagu xpdc, Ujie. Titian Perjalanan. :D

      Padam
  3. Kalau tukar domain tu boleh juga guna nama lain. Link takkan broken. Macam Cie guna nama sendiri je domain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat masa sekarang, saya takde planning lagi untuk beli domain, Cie. Boleh point dia atau redirect ke link yang kita nak, kan.

      Padam
  4. Teringat pulak lagu "Secangkir Kopi Semanis Puan"
    Bagus liriknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo... lagu M. Nasir, ya, uncle.
      Tak pernah hayati lirik lagu tu.

      Padam
  5. Ok gak tu secawan kopi... Boleh la cerita bab kopi dgn berkebun dgn lebih mendalam hihii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, ye, gitulah cadangannya. Insya-Allah. :D

      Padam
  6. Jangan lupa, kucing PH pun nama Tot 😁

    BalasPadam
  7. Boleh agak Tot itu nama tuan punya blog.
    Tapi ok juga nama blog baru ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baik. Tima kasih, NA. Saja, nak ubah, sebab terlalu umum. Nak lebih ada niche sikit.

      Padam
  8. comel je nama blog nya...linda punya sebab berkisarkan kehidupan kan...so, jadilah ceritera kehidupan...memang dari blog yang lama pun pakai yang tu je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuai tajuk blog Linda tu dan memang kena dengan blog. Terbaik!

      Padam
  9. Menarik nama baru blog Nur ni.

    BalasPadam
  10. Suka nama baru blog kak tot. Klasik dan penuh memori. Sekebun ceritanya bersama secangkir kopi kita... rasanya tak cukup secawan kopi ni heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tima kasih, SS.
      Hehe.. tak boleh minum kopi banyak-banyak, SS, nanti tak boleh tidur. Hihi...

      Padam
  11. Indah betul bila baca tajuk tu.

    BalasPadam
  12. teringat lirik lagu "secangkir madu merah... menikam hati kita.. berdaunnn asmara.. dan beranting cintaa.. tumbuh berbungaa kasihh~" eh TERRnyanyi pulak hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. minat dangdut juga ye, Ana ni. :D

      Padam
  13. Secawan kopi,
    Sekebun cerita. Klasik2 sikit bunyinya 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. tuan punya blog pun dah klasik juga, Mazni. :D

      Padam
  14. Catchy bunyinya, mcm tajuk novel pun ada... chaiyok chaiyok kak nur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak.. hihi...mekasih, Kakmim. Tambah semangat akak untuk terus berblog. :)

      Padam
  15. Sehelai daun setitis embun..lagi wajib kalau karaoke..pernah dapat tempat pertama dulu masa muda2 masuk pertandingan karaoke

    BalasPadam
  16. Suka tajuknya. Sweet sangat.

    BalasPadam
  17. sebenarnya tidak perlu kisah pun...kalau blog untuk suka-suka tetapi kalau untuk komersial atau dapat review perlu ada nama atau jenama yang hebat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gitu. Mekasih atas info, Encik Hanafi. Itu la, saya ubah untuk perbaiki mana patut.

      Padam
  18. nice title ... https://belogsjm.blogspot.com/2025/04/tots-blog-httpshiduptotblogspotcom.html

    BalasPadam
  19. gigih tekan youtube sbb tak boleh nak recall lagu ni..sampai ke korus pun masih rasa mcm tak pernah dengar. ehhhh saya dengar lagu apa je dulu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. mesti Ammi banyak dengar lagu rock kapak ni. Lagu sentimental penyanyi pompuan, jarang layan kot.

      Padam
  20. Baguuus juga ini kak. Tapi syukurlah kalo url tak berubah. Saya dah simpan di bloglist saya url yg ini 😄.

    Saya nih juga sedang buat tampilan baru blog. Tp minta tlg teman, dan belum selesai 🤣. Makanya saya LG agak malas update. Teringinnya kalo template baru dah jadi, baru tulis lagi update blog 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makasih, Fanny, add blog akak di bloglist Fanny.
      Oh, no wonder tiada update terbaru. Sedang tukar template rupanya.

      Padam
  21. Sesuai kak tajuk blog ni dengan lifestyle akak. Penyanyi dan lagu saya tak pernah tahu kak Nur. Tajuk lagu dulu-dulu kemain puitis lagi kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekasih, Fizah.
      Penyanyi zaman² Fauziah Latiff. Syarikat rakaman pun sama.

      Padam