Khamis, 3 Zhulhijjah 1446 H.

Assalamualaikum, semua... Syok kan, cuti Labour Day hari ni. 

Saya sudah pos 8 daripada 9 hadiah giveaway saya semalam. Alhamdulillah. 😊

Sebahagian daripada hadiah siap dibungkus.

Tinggal seorang lagi pemenang ni, belum email saya butiran alamat, iaitu Encik Fairus. Boleh klik sini untuk senarai pemenang giveaway.

Seperti yang pembaca tahu, salah satu hadiah giveaway saya hari tu, adalah biji benih bunga matahari. Jadi, di sini, saya ingin buat tutorial untuk info pemenang atau pembaca yang ingin semai benihnya. 

Bunga matahari (sunflower) adalah antara bunga paling mudah ditanam dari biji benih, sesuai untuk beginner yang baru nak mula berkebun. Dengan teknik semaian yang betul, benih boleh bercambah dalam masa beberapa hari sahaja dan membesar dengan cepat. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan cara semai benih bunga matahari langkah demi langkah berdasarkan pengalaman sendiri.

Jom...

Bahan-bahan untuk Semai Benih

  1. Pasu
  2. Tanah 6 dalam 1
  3. Biji benih bunga matahari

Anda boleh tanam atas tanah, atau tanam dalam pasu. Ini adalah kerana, benihnya adalah pokok matahari spesies dwarf. Jadi, ia tidak besar sangat. Paling tinggi dia boleh membesar pun, paras pinggang saya. Terpulang pada jenis rumah anda, dan bagaimana anda berkebun, di balkonikah, atau di halaman rumah, gunalah apa yang ada.

Cara Semai Benih Bunga Matahari

Berikut langkah demi langkah berserta gambar, cara semai benih bunga matahari dalam pasu.

cara semai benih bunga matahari dalam pasu
  1. Ambil sebiji pasu saiz sederhana dengan tanah.
Ini contoh, pasu sudah ada tanah, tapi tidak ada pokok. Tanah tu, preferably tanah hitam, atau tanah campur 6 dalam 1 pun boleh. Jangan tanah liat sudah. 

Cabut lah rumput dalam pasu sekiranya ada. 

cara semai benih bunga matahari dalam pasu
2. Gembar-gemburkan tanah dalam pasu dulu. 

Lagi-lagi kalau pasu itu sudah terbiar bertahun-tahun. Tanah pun sudah keras. Jika kita tidak gembur tanah dulu, dikhuatiri akar pokok perlu kerja keras untuk membesar. Lagi satu, kita gembur tanah untuk perbaiki saliran dan pengudaraan dalam tanah. 

cara semai benih bunga matahari dalam pasu
3. Siap, gemburkan tanah!

Bersedia untuk semai benih sekarang.

cara semai benih bunga matahari dalam pasu

4. Ambil sebiji benih, pegang benih tu seperti gambar di atas, bahagian hujung tirus ke bawah.

cara semai benih bunga matahari dalam pasu

5. Baca bismillah, benamkan biji benih itu di tengah pasu, seperti gambar di atas. Biar separuh biji benih dalam tanah, separuh lagi atas tanah. Siap!

Siram dan Penjagaan Awal

Siram hari-hari. Tidak perlu banyak air hingga tenggelam biji benih. Siram sedikit saja air. Asalkan tanah tidak kering.

Berapa Lama Benih Bercambah

Kalau rezeki ia tumbuh, sepantas esoknya, kita boleh nampak biji benih tu terkeluar di bahagian bawahnya, tunas. Mungkin anda perlu baiki sedikit tanah di sekeliling biji benih itu, supaya ia kekal tegak dan diliputi tanah. 

Kadang ambil masa 2-3 hari juga. Kadang, tidak tumbuh langsung, biji benih kita tanam mungkin hilang. Boleh jadi burung makan. Begitulah, tidak semestinya sekali tanam terus ia tumbuh. Jangan putus asa. Selawat sikit hari-hari semasa siram. Cakap pada biji benih itu,"Kau tumbuhlah dengan sihat dan subur, ya.".

Pokok boleh faham percakapan kita. Macam kucing jugak. 😁

Tips Penting Semai Bunga Matahari
  1. Perlukan cahaya matahari penuh
  2. Tanah mesti bersaliran baik
Baca juga 👉

Baiklah. Harap perkongsian saya dapat membantu anda yang ingin semai benih bunga matahari. Selamat bercucuk-tanam. 

Jumpa lagi, ye. 💗

36 Ulasan

  1. Oh cepat jugak keluar tunas nya ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah. Sebab saya dah banyak kali tanam. Esoknya, dah bercambah benihnya. Tapi bukanlah everytime jadi camtu.

      Padam
  2. Oh? Untuk jenis dwarf pasu besar tu dah memadai...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, uncle. Pasu kecik, pokok jadi kecik. Pasu besor, pokok jadi besor. Kalau tanam atas tanah, lagi besor! Tapi still, takde la tinggi macam di ladang bunga matahari tu.

      Padam
  3. Wahh menarik ni tanam bunga matahari. SS tak berani lagi nak menanam pohon berbunga. Risau tak terjaga. Setakat ni seronok jaga aloe vera dengan daun mint. Mudah betul jagaannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah.. akak cuba tanam mint atau pudina, tak hidup pun, SS. Nanti SS free, share la tips. 😊

      Padam
  4. Senang je nak semai benih bunga tu ye.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.
    Terima kasih perkongsiannya dik.
    Nanti minta Encik Suami beli tanah dan pasu. Bolehlah terus semai benih bunga matahari tu sebaik sahaja parcel sampai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama², kak Amie.
      Selamat bercucuk tanam, kak. 😊

      Padam
  6. Terima kasih atas perkongsian. Maaf kerana lewat respon. Saya sudah emel butiran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, encik. Insya-Allah, saya pos hari Isnin depan, ye. Sekarang saya balik kampung.

      Padam
  7. Tak pernah tanam lagi pokok bunga matahari :)

    BalasPadam
  8. Saya pernah tanam pokok bunga matahari, tapi dah terlalu lama jadi lupa caranya. Terima kasih berkongsi tutorial.

    Cantik dan kemas wajah baru blog awak ni Tot 👍🏽

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama², Ujie.
      Terima kasih. Suka juga, sebab nampak gambar lebih jelas banding dulu.

      Padam
  9. Tak sabarnya nak tunggu benih bunga matahari Sy hihi ...

    BalasPadam
  10. bunga2 matahari anggun mekar di taman sari... tetiba teringat lagu Allahyarham Maya..sy suka makan kuaci biji bunga matahari je. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya masa mula kembang pun, selalu nyanyi lagu tu juga.

      Padam
  11. Hehe kena letak sebiji benih pada tanah rupanya. Saya ingat main tabur benih atas tanah.
    Tq, saya boleh dapat pengetahuan baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama², NA. Saya pun belajar dari group bercucuk-tanam.

      Padam
  12. Terima kasih atas tutorial semai biji benih...nnt dah sampai saya cuba...

    BalasPadam
  13. tahniah kpd semua pemenang...sapalah yg dapat biji benih..

    BalasPadam
  14. wah, menariks..nanti kan bunga matahari pemenang yer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah, semoga parcel semua selamat sampai.

      Padam
  15. Kalo ada beberapa biji benih, tanam semua di pasu, bisa kak? Atau 1 pasu 1 benih?

    Jadi tahu utk menanam bunga matahari benih tak ditanam utuh. Jadi ada bagian yg tertanam, ada yg di atas tanah ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak lebih prefer 1 pasu, 1 pokok. Kalau semai banyak biji benih dalam pasu, nanti pokok-pokok akan bersaing untuk membesar, dan jadi pembesaran dia terbantut sebab akar pun kurang ruang dalam tanah, sebab tanam banyak pokok sekaligus.
      Iya, Fanny. Separuh saja ditanam dalam tanah, biji benihnya.

      Padam
  16. Dulu kan..masa zaman remaja SA pernah tanam pokok bunga matahari dalam pasu...betul agaknya tanam dalam pasu kecik pokok dna bunganya kecik..x macam dalam gambar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, dia tengok jauh mana akar dia boleh pergi. Kalau pasu kecil, pokoknya pun jadi kecil.

      Padam
  17. Terima kasih atas tipsnya. Hendak cuba nanti tips selawat dan sembang dengan pokok

    BalasPadam
  18. Tak sabar nak tgk hasil semaian pokok bunga matahari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. semoga hasil semaian para pemenang giveaway hari tu, tumbuh dengan sihat hendaknya.

      Padam