Sarapan semalam
Semalam, saya dan suami pergi sarapan di kedai Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan.
Pernah tulis sarapan di sini di entri ini.
Tak pergi briskwalk pun. Bukan hari-hari ada kerajinan untuk beriadah. Ada hari, lebih keinginan untuk makan.
Tak ramai orang. Sebab masa kami sampai, belum pun pukul 8 pagi. Dapat parking betul-betul depan kedai.
Suami ambil 8 biji popia sira. Empat biji kuih, harga RM2. Suami makan 4 biji, saya makan 4 biji. Popia dia sangat sedap! 😋
Inti dia ada taugeh je. Itu pun tak penuh. Tapi masa gigit, rasa inti dia masih panas. Orang yang buat popia ni, baru hantar ke kedai. Ya Allah. Best makan popia baru siap. Kulit dia garing. Sambal sira yang menyelaputi popia tidaklah pedas sangat, cukup rasa.
Nasi lemak bilis, ambil seorang, satu bungkus. Nasi lemak pun ada 2 bakul baru, atas meja depan kedai. Kalau datang lewat sikit, akan bertambah bakul atas meja tu, ada nasi lemak udang, nasi lemak ikan masin dan apa lagi, saya pun dah lupa. Tak perhati sangat. Sebab memang aim nasi lemak bilis je dari dulu.
Ini nasi lemak bilis. Nampak cinonet je. Harga sebungkus, RM1.50. Tiada telur, cuma sambal dan ikan bilis goreng. Tapi sedap.
Pesan roti canai juga, seorang sekeping.
Roti canai datang bersama kuah kari ikan. Ada 2 ketul ikan kecil. Pun sedap.
Alhamdulillah. Sudah lama tak sarapan di kedai roti canai Pak Tam ni. Berbilang bangsa, datang sarapan di sini. Lepas sarapan, boleh la jamu mata dan beli ikan segar tak jauh dari situ, boleh nampak dari kedai makan, hasil laut yang baru dibawa naik, tangkapan nelayan di sini.
Kedai Roti Canai Pak Tam buka setiap hari, dari jam 7 pagi hingga 11.30 pagi.
Tutup setiap Jumaat.
Lokasi di Kampung Sitiawan. Bila masuk simpang ke Kampung Sitiawan sahaja, ada papan tanda menunjukkan arah ke kedai ni.
Ok la. Jumpa lagi. 💗




24 Ulasan
Yang kat tepi sungai kan nie kak? Jenis nak order roti canai sebut berapa keping... Kalau kedai yang sama, masa kerja kat lumut, pernah makan kat sini.. Ya Allah.. Sedap roti canai dia sebab panas2.. Sedar2 5 keping sumbat dalam perut.. Tgh mengandung pula tu.. Pergi dengan ka2an2 opis, diorg main sebut je nak 15 keping.. Bila org tu hanta sikit2.. Deme dah kyg, linda jadi mangsa.. Hahaha...
BalasPadamYeh, betul! 10 markah untuk Linda!
Padam5 keping? Bior betik! Oh, tengah mengandung, takpe, takpe. Tapi memang sedap roti canai dia. :D
Kenangan masa kerja dekat lumut... Kalau ikot tak nak pindah, sebab dah dok negeri sendiri.. Tp masa tu PJJ, kena lah minta pindah juga.
PadamOh, gitu... tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. Chewah.
PadamBestnya breakfast sambil jamu mata tengok hasil laut baru naik tu. Boleh beli ikan fresh.
BalasPadamYe, Cie. Fresh-fresh ikan.
Padamalhamdulillah..rezeki makan sedap-sedap tu
BalasPadamAlhamdulillah. Betul, nikmat Allah beri.
Padamsedap kan bersarapan di kampung. Harga murah makanan pun sedap. Bertambah-tambah jadinya. ahakss
BalasPadamBetul! Harga makanan murah, sedap dan perut pun kenyang! Alhamdulillah. :)
Padampuas hati bila mkn sedap & baru smpai panas2 camtu ha..
BalasPadamBetul! Alhamdulillah. :)
Padammakan panas2 memang sedap dia lain mcm kannn
BalasPadamSetujuuuuu! :D
PadamUwaaaah pasti sedap kalo masih hangat popia nya kak 😍😍😍. Saya suka juga popia ini. Di sini sebutnya lumpia. Tp isinya rebung.
BalasPadamPasti enak lumpia tu. Teringin nak cuba rasa. :)
PadamSedapnya popia sira
BalasPadamMemang popia sira dia yang paling sedappppp di Manjung ni. Hehe... pendapat akak ler. :)
PadamBanyaknya tempat nak kena masukkan dalam bucketlist. Oh my cholesterol begitu😅
BalasPadamMakan je dulu, hidup untuk dinikmati. Hahaha...
PadamSedapnya nasi lemak bungkus daun pisang macam tu. Roti canai kuah kari ikan macam rare sikit. Biasa kari ayam. Begitulah orang berniaga popia, taugeh pun letak sikit je. Kadang taugeh pun hangus. aduhaiiii...
BalasPadamHehe.. akak ok je, Fizah, kalau taugeh hangus, rasa lebih sedap. :D
Padamss ni suka benar popia sira. Tak tahulah pasal pa. Sekali makan tu memang takleh stop.
BalasPadamAkak pun! :D
Padam