Semalam tak update blog. Sebab ada masalah internet. Boleh je update guna handphone, pakai data, tapi malas pulak nak up entri guna skrin kecik. 🙈 Padahal kalau travel, boleh je update blog guna handphone.
![]() |
| Masalah tak boleh connect. |
Rupanya, kami punya modem ni dah outdated dah. Pelanggan unifi sekarang pakai satu modem je. Kami masih pakai 2 modem. Hahaha.. takpelah tu, asal ada internet, ok dah. Sebab nak tengok tv sekarang pun pakai internet. Orang TM dah datang, sudah boleh. Tapi kalau jadi lagi, dia nasihat tukar modem baru. Orait. Alhamdulillah.
Hari ni, saya masak sayur kobis masak lemak putih lagi.
Ada beli udang di pasar, pagi tadi. Masak sambal tumis udang.
Sedap tak tau nak habaq!!! 😋 Saya jarang masak sambal udang ni. Sebab semalam tengok drama kat tv, dia masak sambal udang, bubuh dalam tupperware, lepas tu bawa ke ofis suami dia. Tengok-tengok suami dia takde kat ofis, tapi terjumpa setiausaha suami yang mengada-ngada. Terus rasa teringin dan terus masak sambal tumis udang hari ni. Hehe...
Ok la. Jumpa lagi, ye. 💗




50 Ulasan
SA dah lama x makan masak lemak kobis..selalu kalau buat SA akan gandingkan dengan ikan bilis berlada dan telur dadar..x pun buat ikan sepat masin goreng balado...adehhhh..teringin plak ni
BalasPadamOMG! Ikan sepat masin goreng balado? Sudah terbayang kesedapannya.
Padamtenguk drama masak sambal udang pun boleh jadi idea menu di rumah kan. hehehehe
BalasPadamSebab nampak sedap, dalam drama tu masak. :D
PadamMasak lemak dengan sambal mmg ngam...lama x makan sambal udang ni....
BalasPadamSedap, Sueann. Bila kita tambah udang, sambal tu sendiri jadi rasa lain, tak macam sambal ikan bilis.
PadamGandingan yang sesuai sangat ni.
BalasPadamRumah saya tak pasang internet, saya guna data hp je. On kan mobile hotspot sebagai wifi untuk tab/laptop.
Oh, bagus juga tu. Kami ambil unifi pun sebab pakej sekali dengan tv. Basic pakej, jimat sikit.
Padamngam sangat tu lauk nya...kena beli udang ke mcm mana nie...hihihi.
BalasPadammodem linda pun masih 2, baru je pakai 2022 ritu...ada lagi yg baru ye
Hihi.. sila, sila, Linda.
PadamHa ah. Dia kata, modem macam kita, yang ada 2 biji tu, dah takde stok. Yang baru semua modem sebiji je.
haha..pengaruh drama...mmg gu masak lemak putih dgn sambal...sedap giler kan..
BalasPadamItu la. Lain maciam, selera betul makan nasi hari tu. :D
PadamMasakan sambal memang kena bila gu dgn masak lemak putih....aduh sedapnya !
BalasPadamKannn... menahan diri dari menambah nasi lagi.
PadamSedapnya sambal udang. Memang ngam tu dengan kobis masak lemak.
BalasPadamKannn... :D
Padamapabila ada masalah internet memang boleh runsing juga dibuatnya
BalasPadamYe la, Encik Hanafi. Mujur cepat je orang TM datang selesaikan.
PadamDrama pon boleh jadi inspirasi masakan ya heheeh
BalasPadamSambal udang favourite Cuya tu, tapi Cuya takleh makan banyak sebab alergik seafood. Tapi bedal ajer. Hahaahha
Hehe.. Oh, alergik seafood. Makan seketul je, tau, Cuya. :D
PadamMemang nampak sedap sambal udang tu. Hantar office suami tak? Hihi.
BalasPadamTak yah hantar, dia tak kerja waktu kita masak. Siap masak terus serang!
PadamSaya sini Maxis punya pemasangan tidak tahu bila betul-betul siap.
BalasPadamBetul kadang-kadang tengok tv terutama rancangan masakan baru rasa hendak juga buat.
Maxis pun tumpang TM. Saya tahu sebab dulu saya langgan Maxis Fiber. Sebab lama masa nak repair bila line down, itu yang tutup Maxis, tukar ke TM iaitu Unifi.
PadamHa ah, sebab tengok dalam tv, nampak menarik. :D
hahah tgk drama pun boleh kena racun ek... ammi kalau lauk lemak putih ni suka betul matchingkan dengan ikan balado..nak-nak ikan sardin balado
BalasPadamBaik! Nanti nak buat, ikan balado. Huhu...
PadamMenu inspired lah ni? 😅
BalasPadamYezzaa.... :D
Padammasak yg simple2 mcm ni pun dah cukup sedap sebenarnya!
BalasPadamKann, Abam Kie...
PadamIni menu bikin tambah nasi 2 pinggan
BalasPadamHahaha, betul, betul!
Padamtengok masakan tu terus plan nak p cari udang esok. hahaha
BalasPadamHehe, sila, sila.
Padamhahaha ok ni kelako! kira suami dlm cerita kat TV tu curang ke camne?
BalasPadamSuami dia tak curang. Tapi secretary yang gatal macam nak goda bos. Bini dia bila laki dia balik kerja hari tu, cakap la kat laki dia, suruh transfer secretary tu ke department lain atau branch lain. Sekali marah pulak laki heroin tu, sebab masuk campur urusan pejabat. Hahaha...
PadamTelan air liur tengok sambal udang
BalasPadamHehehe...
PadamKita tengok ni macam nak korek2 skrin, nak makan sambal udang ni tau. Update blog di hp memang lemau rasa sebab kecik skrin nya kan.
BalasPadamAlamak! Hahaha... jangan, naya je.
PadamItu la, suka pakai laptop juga, baru terang nampak segala. :D
Takyah habaq... pos kat uncle je...
BalasPadamhhehe
Selamat sudah, uncle. Lauk sedap biasa tak bertahan lama, laju habis.
Padammmg ngam menu sayur lemak putih ngan sambal udang tu...kt umh ni ank mmg suka sgt sayur lemak putih tu tp kuah je la..sayur nya die tkmkn
BalasPadamHahaha.. rugi tu kan, tak makan sayurnya. Tapi kuah dia memang sedap pun. :)
Padamsamalah Ana pun lebih suka update blog buka laptop (lebih luas pemandangan) hehehe.. wahhh mmg sedap tak tau nak habaq sayur lemak kobis & sambal udang! hehehe
BalasPadamItu la, kalau ikut handphone, jenuh juga nak update blog. Hehhe...
PadamIssh saya kali udang, mau dimasak apapun, sukaaa kak..di rebus saja pun sedap 😄😄. Memang suka sangat udang. Tp dah ingat umur juga. Kepala 4++++, kolesterol menanti 🤣
BalasPadamTakpe, Fanny, bukan selalu pun masak dan makan udang.
PadamDua kombinasi yang sedap menu kak tot ni. Paling gemar lemak kobis. Nak nak pulak rasa dia berlemak gitu. Sambal udang pun boleh buat menambah semua ni
BalasPadamYe, SS. Nikmat sangat, kombinasi dua lauk ni.
Padam