Masak hari ni dan IF 20 jam

 Pagi ni, sebelum subuh, saya masak kuetiau goreng untuk sarapan budak Sulaiman.


Biasalah, budak makan, tak boleh letak sayur. Letak kek ikan je. Ada udang seketul, baki sambal tumis udang. 

Lepas tu, pagi tadi, tak pergi briskwalk juga. Bermakna, sudah 2 hari berturut-turut ye, tak bersenam morning walk. Sangat seronok melayan perasaan malas. Tapi, ada sebab lain sebenarnya, tak pi morning walk. Nanti saya cerita.

Lepas subuh, layan cerita tv2, ada tunjuk drama bersiri lama. Cerita Tak Tercapai Akalmu, lakonan Lisdawati dan Adi Putra. Zaman dia orang muda. Dulu pernah tengok, tapi tengok lagi. Habis pukul 7 pagi, saya masuk dapur, masak awal.


Masak lauk ikan mamong goreng cili padi ikut resepi Khairul Aming. Tapi sikit benor cili saya guna. Guna apa ada di rumah je. Tapi rasanya tidak mengecewakan, ye. Sedap!


Lepas tu, masak sayur brokoli dan kobis bunga pecah telur. 

Alhamdulillah, untuk rezeki hari ini.

Saya tak keluar ber-morning walk sebab perut lapor. 😁

Lepas sarapan semalam di Kampung Sitiawan tu, singgah beli latte di Zus, balik rumah ada makan kuih siput dengan biskut coklat seketul, dan itu sajalah meal of the day untuk semalam. Saya start IF sampai hari ni. 


Pertama kali saya IF 20 jam. Gila ke apa, aku ni. Saya biasa IF 16 jam. Tapi bila tengah syok menanam luar rumah, kadang saya lambat masuk rumah, terlajak sampai 18 jam kadang. Tapi hari ni, memang saja gatal la, nak tengok saya boleh buat 20 jam ke tak. 

Rekod baru, 20 jam 49 minit intermitten fasting.

Ini apa berlaku kalau IF lebih 18 jam..


Saya nak tulis apa rasa lepas IF 20 jam. Hari ni, badan saya ada rasa sedikit lemah. Rasa macam nak tidur. Itu yang saya lambat update blog hari ni. Sebab terbaring lepas asar, rehat jap. Rasa badan tak cukup jumlah kalori dalam sehari. Itu pasal saya tak morning walk. 

Tapi badan rasa ringan. Perut kempis. Badan ok. Memang lapar, tapi takde sampai ketar ke, apa. Ok. Berat badan? Turun 0.5 kg je. Currently, berat 57.5 kg. Patut makan real food semalam, dan bukan roti canai. Patut makan protein, supaya takde la lapar sangat. Kurang minum air juga. Bagi yang tak pernah IF, pada pendapat saya, tak payahlah cuba buat sampai lebih 18 jam ni. 

Tapi satu benda yang baik, kalau kita IF ni, kita dah tak boleh makan banyak. Nak habiskan sepinggan nasi goreng kampung pun, yang jenis big portion tu, susah nak habiskan. Rasa perut dah tak boleh isi banyak. 

Tapi... berapa banyak tapi daaa.... IF tak boleh buat hari-hari. Dia mesti ada cheat day. Lagi-lagi kalau orang perempuan. Waktu datang bulan, tak boleh IF. 

Ok la. Tu je nak cerita. Untuk rujukan saya di kemudian hari. Nak buat lagi ke? Tak, kot. Sebab saya guna tenaga banyak dalam sehari. Nanti tak larat nak berkebun. Sungguh saya tak faham macamana ada orang boleh IF sampai 24 jam dan masih boleh bersenam di gym. Giler betul! Orang muda, boleh la. Dah tua-tua ni, tak larat, wei. 

Orait. Jumpa lagi. 💗

Catat Ulasan

38 Ulasan

  1. Saya belum jumpa lagi IF...tapi kalau puasa sunat tu terbaik juga kerana boleh skip sarapan dan makan tengah hari....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang terbaik, Encik Hanafi. Dapat pahala lagi.

      Padam
  2. Belum tua lagi tu.... masih bertenaga!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. boleh la, uncle. Tapi sudah rasa kurang stamina banding dulu.

      Padam
  3. Ya betul badan rasa ringan.
    Memang sayapun kadang-kadang makan sekali. Malas rasa hendak makan. Waktu tengah panas ini lagilah macam kurang rasa hendak makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untunglah, ada rasa malas nak makan. Saya ni, masih punya nafsu tinggi terhadap makanan. Hihi..

      Padam
  4. salam sy selalu bt 23 jam IF..1 jam makan..dh 5 bulan bt...badan rasa ringan sgt2...alhamdulilah

    BalasPadam
  5. Sy ni buat IF takat 14 jam tu pernah la. Lebih² tak tahan kot, tak tau la. Sy lagi prefer puasa sunat sbb mmg tau bila puasa tak leh makan. Jadi badan auto boleh bertahan 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu lebih baik, PH. Puasa sunat, dapat juga pahala.

      Padam
  6. wow 20 jam aduhaiiiii ahkak pengsan kalau buat. hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. IF boleh tahan lagi, sebab boleh minum air. Teh dan kopi tanpa gula pun boleh minum masa IF.

      Padam
  7. Gigihnya 20 jam...kalo saya gigil dah...

    BalasPadam
  8. fuhhh 20 jam! kalau Ana konfom dah ketar2 lutut hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ana lagi muda, mesti lagi kuat dari akak. Lagi pun, IF boleh minum air.

      Padam
  9. Wah, salute dengan usaha IF 20 jam ni! Memang kena dengar badan sendiri, bukan semua sesuai buat yang lama-lama. Tapi bestnya bila badan rasa ringan, itu yang penting! Teruskan jaga kesihatan sambil berkebun tu, power! 🌿💪

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kena dengar cakap badan sendiri. Insya-Allah, amanah dari Allah, yang harus kita jaga. Untuk kepentingan kita juga, senang nak beribadat bila sihat. :)

      Padam
  10. ah.....20 jam tu.. MA x pernah la pulak

    BalasPadam
  11. Fuh, 20 jam! Saya puasa pun selalu perut berbunyi, badan lemah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu tanda tak cukup kalori, saya ada baca. Atau kurang makan makanan seimbang. Ada benda yang tak cukup. Sedangkan puasa itu buat kita sihat, bukan melemahkan.

      Padam
  12. sy cuma mampu berpuasa sunat aje. tu pun jrg2. tp ada lah jugak buat. IF sy x pernah buat la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu lebih bagus, Abam Kie. Sunnah, dan dapat pahala.

      Padam
  13. Saya blm sampai ke 20 jam kak. Masih 16 jam saja. Terkadang 17... Nantilah pelan2 nak coba makin tingkatkan. Krn di usia segini memang sebisa mungkin LBH lama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, Fanny. Boleh cuba, tapi harus ikut kemampuan badan sendiri.

      Padam
  14. Best sebenarnya briskwalk nii .. bila dh mula buat ..akan buat tiap² hari .. badan pun jadi cergas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! Rasa lebih sihat, bila keluar peluh.

      Padam
  15. Wahhhh...hebat ni buat IF 20 jam 💪💪💪KSarie ganti puasa kadang- kadang udah migraine bila masuk 5 pm. Udah tua ni macam-macam kisahnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seksa juga tu, bila kena migraine. Semoga KSarie sihat-sihat saja.

      Padam
  16. Saya teringin nak buat IF ni. Kenalan saya buat IF yg start pukul 8pm smpai 12pm tu, nmpk jugakla perubahan badan dia makin kurus. Tapi sayanya tk boleh tinggal breakfasttt. Sbb breakfast tu kita kena eat like a king 🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe Mazni muda lagi, dan selalu hiking. Setuju, breakfast, eat like a king. Hihihi...

      Padam
  17. lama juga tu tempoh IF 20 jam...pernh try IF 12 jam tp mcm tk brp ok ngan badan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul juga tu. Kena dengar cakap badan sendiri.

      Padam
  18. Sesekali bermalasan gitu takpe kan. Rehat sebentar. Uishh lamanya kak buat IF sampai 20 jam!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, saja nak menguji kemampuan diri, Fizah, boleh ke idok. :D

      Padam
  19. Lama-lama ss tengok sayur campur kak nur ni ada satgi balik saya pi beli brokoli kang. hahahaha nampak selera betul hijau dia cantik. Sekarang ss buat isnin khamis puasa. tapi kadang IF ikut dan je. Betul ke tidak tak tahulah tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Brokoli memang sedap. Sila, sila, SS.
      Alhamdulillah, bagus puasa sunat Isnin Khamis.

      Padam