Assalamualaikum, semua...

Salam Ahad... kome buat apa, tu? Tengah tergolek depan tv ke?

Hari Ahad yang kurang best adalah, hari Ahad yang suami saya kerja. Jadi, tak boleh nyongket! Hahahadoi.... kalau tak, lepas sarapan, boleh lepak kedai kopi sambil baca suratkhabar Ahad. Sebab pakcik tu kerja, kita duduk rumah sajalah ye. 

Pagi tadi, saya berkebun sikit. Saya pindahkan pokok ros luar pagar, tanam dalam pasu di halaman rumah. Cadangnya, di luar pagar tu, nak tanam pokok teh. Pagar rumah ada lubang-lubang, kan. Pokok teh boleh cover pagar, jadi ada privasi sikit. Yang kedua, boleh elak anjing masuk kawasan rumah. Yang ketiga, sebab bunga ros saya pernah dicuri orang. Sebab dia duduk luar pagar, orang senang ambil, kita pun tak sedar bila masa, tiber dah hilang bunga. Tinggal pokok je. 

Lepas tengok pokok-pokok, siram pokok pula, sebab semalam tak siram. Haha. Sangat pemalas yinni orang.

Lepas berkebun, masuk dapur. Nak masak maggi goreng la hari ni. 


Menggunakan Mi Kering Vit's. Ajom, kita masak!

Siap!

Maggi goreng kita ada udang, hari ni. Hihi... dah makan. Alhamdulillah, sedap.

Jap lagi lepas Asar, suami pun dah balik kerja shif pagi, nak hantar Hafizan balik PUO. Rajin budak tu balik, ye. Tengah periksa ni. Dia selesa study rumah, kita layankan aje la. 

Orait. Jumpa lagi. 💗

28 Ulasan

  1. Bunga ros pun ada orang curi ek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah. Ada orang suka ambil bunga. Buat upacara agama agaknya. Bukan rumah saya sorang, bunga tepi-tepi jalan yang majlis tanam tu pun dia tibai. :D

      Padam
  2. Yeay.. Ptg boleh nyongket... Kikiki...

    BalasPadam
  3. Rajin Hafizan balik tu menandakan dia rindu rumah. Rumahku Syurgaku. Sedapnya maggi goreng letak udang. Gapil betul tangan yg curi bunga orang tu ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, kan, betul cakap SK.
      Itu la pasei. Dia patahkan habis, gigih juga dia, sebab pokok ros kan berduri.

      Padam
  4. Hari ini bermalas-malasan saja... ahaks!
    Nak masuk dapur pun malas. Kalau boleh biarlah nasi berjalan masuk ke bilik hihihiii.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari Ahad memang sesuai bermalas-malasan ye, kak Amie.
      Hahaha... :D

      Padam
  5. Jap, jap.... tu gambar profile baharu kan? Comel!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, uncle. Suruh si chatGPT buatkan. :D

      Padam
  6. saya juga bekerja hari Ahad...rasa macam pelik tapi seronok sebab tidak perlu keluar rumah

    BalasPadam
  7. Hari Ahad busy, semuanya ttg aktiviti anak². Ada yg tuition, ada yg nak kena hantar balik asrama... Penuh jadual hihi

    BalasPadam
  8. Alahai bunga rose pun ada juga yang nak di curi ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua tempat dia ambil, CCL. Akak pernah nampak, dia ambil bunga rumah orang dan tepi jalan, masuk dalam plastik. Huhu...

      Padam
  9. Macam-macam agenda hari Ahad yang melibatkan kerja rumah. Keciwa😅Maggi goreng membuat rasa perlu masak maggi nampaknya kejap lagi atau kalau malas tapau dekat kedai😅

    BalasPadam
  10. Pokok teh tu macamana. Ada jual kat nursery ke. Nak tanam lah buat pelindung dari orang luar nampak rumah kita. Dulu kat kg ada pokok pinang. Sesekali bila banyak buahnya datang lah india depan taman ambil. Slumber je dia ambil tak cakap apa pun dengan kami yang tercongok depan dia. Lepas tu dia kata saya sudah minta izin dengan makcik rumah ni. Hello aruah mak aku dah meninggal hah ni tuan rumah baru. Bila dah tua pokoknya kita orang tebang pokok tu. Dah takde minaci datang rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok teh pagar. Bukan teh minum tu. Boleh google je, camana rupa dia. Kena cari la, kat nursery.
      Hehe.. macam kelakar pula cerita. Tapi realiti kehidupan tu. Pun pernah berlaku pada saya. Dia pakai ambil je bunga. Takde minta izin ke, apa.

      Padam
  11. Bosan kalau tak ada geng kat rumah, kita buat apa yang patut supaya hilang bosan. Elok juga tu tanam pokok teh. Boleh trim dan buat pagar tu lagi menarik. Sayangnya lah ada orang curi bunga ros. Sedap tu mi tambah udang. Saya suka! Saya dulu pun macam Hafizan, rajin balik rumah setiap minggu. Tak rumah kg, rumah kakak yang dekat. hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe. Rindu dengan family, ye. Hujung minggu, walaupun tak cuti lama, jumpa sekejap pun jadilah.

      Padam
  12. SS hari tu dok buat pembersihan rumah secara besaran. Puas hati semua habuk sawang setiap ruang kita cuba bersihkan. Bila dah bersih rasa lega rasa tengok rumah bersih. Padahal sama je hahahaha tapi lain rasa dia kita je tahu. Haaa...ss pun rasa nak tambah pokok dekat rumah ni. Tengah mikir nak pokok bunga apa....tanah pun kena beli dah ni

    BalasPadam
  13. Rajinya SS mengemas. Puas hati bila rumah kita bersih, kan. Pokok bunga senang nak maintain, pokok bunga kertas je, SS. Tak perlu penjagaan sangat.

    BalasPadam
  14. Saya suka lihat bunga2 atau tanaman yang bisa merambat di dinding atau pagar. Saat dah lebat daunnya, jadi cantiiik sangat, apalagi kalo berbunga.

    Sedaaap mi goreng pakai udang kak. Teringat di kulkas ada udang, tp untuk buat cucur udang esok 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, tapi harus di-trim selalu supaya cantik bentuknya.
      Wah... cucur udang, sedap tu, Fanny! :)

      Padam