Bye, Kelantan.
Semalam petang, kami sempat ke food festival di Tumpat. Jalan-jalan, jumpalah Kopi Saigon.
Beli kopi saigon, harga RM9. Share dengan suami, tapi tak habis pun. Minum separuh je. Manis la, wei. Sedap lagi americano kosong. 🙈
Pagi ni, kami sudah bertolak balik Perak. Nak pergi Ipoh, ambil Hafizan, dia nak balik pulak study week.
Babai, hotel Halo. Jumpa lagi. Rindu la lepas ni, nak makan nasi berlauk sedap! 😋


36 Ulasan
Sedap kopi saigon cuma manis jela.
BalasPadamKannn...
PadamKalau dah di kelantan apa sahaja yg tak manis hahahaa... Alhamdulillah selamat kembali ke Perak..
BalasPadamHaha.. betul juga.
PadamAlhamdulillah, home sweet home.
Selalu nampak Kopi Saigon tapi tak pernah rasa. Slim nya Nur, bila la nak dapat figure macam ni lagi.
BalasPadamTak berapa slim lagi. Masih berusaha untuk turunkan ke berat ideal. Mungkin sebab pakai jubah, nampak slim sikit. :)
PadamSekali je rasanya pernah cuba kopi saigon. Betullah tu kak tot americano memang favorite.
BalasPadamKan.. kopi semata-mata. Baru nikmat!
PadamKedai ni ada je dekat rumah tapi tak pernah masuk. Kalau manis macam ni, nanti nak kena order kurang manis lah nampaknya.
BalasPadamTak tau la boleh request kurang manis ke idok. Tapi, kaw jugak. Walaupun ice dia mencair, kopi tetap ada rasa.
PadamDah pernah rasa. Memang manis.
BalasPadamKannn...
PadamSaya tidak minum kopi dah. Haha.
BalasPadamTidak mengapa sudah tahu rasa Kopi Saigon itu bagaimana.
NA memang hebat! Tabik, la.
PadamHa ah, saja nak merasa.
Sy pun tak berapa kopi² hipster ni, mostly too sweet kan.
BalasPadamSaya pun baru nak mencuba, sebab kat tempat saya, takde. Dah cuba, baru tahu. :)
PadamBelum pernah merasa kopi Saigon
BalasPadamAda rezeki kot terjumpa, boleh rasa, ya, Encik Hanafi.
PadamKopi Saigon memang manis tapai kena goncang2 biar ais larut dulu baru rasa seimbang..tapi rasanya boleh mintak kurang manis..SA akan minum sebulan 2-3 kali je..lepas tu pulun air putih lebih...
BalasPadamOoo.. biasa beli ye, SA. :D
PadamHaah biasa beli...skrg tgh craving kopi Vietnam plak
PadamWah.. kopi vietnam saya belum ada peluang cuba lagi. :)
PadamSejuk mata memandang. Kita suka Americano tapi kadang rasa rugi plak bayar mahal.
BalasPadamOoo... tapi kalau tak beli, bancuh sendiri di rumah, macam kurang sedap. (mengada lebih).
PadamLast minum kopi saigon ni masa dpt buy 1 free 1 sempena hari mengundi dulu, mmng manis sikit hahaha
BalasPadamComelnya kak nurrr! Muka betul2 ada nur tu 🤭
Kan...
PadamEh... malu akak.
tak sempat nak rase nasken coffee...kena repeat lain ke kelantan
BalasPadamHa, kena pergi lagi tu.
PadamSesekali je minum kopi hipster ni. Saya lebih suka kopi kampung macam kopi 434. kurang manis dan layan dengan biskut cap pingpong time hujan-hujan. perghhhh
BalasPadamWah.. sedap tu, biskut cicah kopi panas-panas. :D
PadamKSarie dengan kopi hipster memang berjodoh tiada sebab KSarie ni tekak orang tua. Secocok dengan teh o dan kopi o. Boleh la nak minum kopi hipster kalau terpaksa macam tersinggah ke kedai kopi hipster tapi biasanya beli 1 kopinya share 4 beranak hehehhee
BalasPadamHehe.. americano tu, kopi o la. Saya pun itu yang minum. Kadang-kadang je minum yang ada susu dan syrup macam hazelnut tu.
PadamKopi saigonnnnn 🫶🏻👍🏻
BalasPadamHihi... suka, ye?
PadamSaya setelah bisa menikmati Americano, memang agak susah menikmati kopi susu kak 😄. Kalo pun pesan Kopsus , pasti minta less sugar 😄
BalasPadamSama dengan akak. Pahit itu lebih nikmat, kann... :)
Padam