Sedap tak tau nak habaq! Part II

 Sudah dua hari budak Hafizan ikut saya pergi brisk walk. Dulu, dia tak suka buat aktiviti cardio ni, sebab dia banyak buat latihan beban je. Tapi bagus juga, boleh teman mama.

Semalam, suami ada juga, sebab dia masih off.

Bunga liar tepi padang.

Semalam buat lebih 1 jam sikit. 


Hari ni, buat hampir satu jam setengah. Suami campak saya dan Hafizan di padang, dan dia pergi office, ada kerja sikit. Habis kerja, suami ambil saya dan Hafizan.

Semalam, kami bawa Hafizan sarapan luar. Hafizan cadangkan kami pergi makan di tempat yang sejuk, sebab cuaca sudah panas. Kami pun pergi ke Kluang Road Cafe.


Hafizan pesan 2 keping roti canai sarang burung, dan 2 biji telur separuh masak. Jadi, dia makan 6 biji telur la, semalam. Setiap roti canai sarang burung tu, ada 2 biji telur. Tudia la, anak mama sorang ni. Tapi dia weight lifting, memang makan protein banyak.


Suami pesan laksa johor. Sini memang torrrrrbaik, dia punya laksa johor! 😋


Saya pesan lontong darat. Ya Allah... yang ni tak tau la nak habaq camana. Ish ish ish... semua sedap la!!! Kuah kacang, serunding atas nasi himpit, ayam merah, sambal jawa yang ada suhun, kacang panjang, tempe dan tauhu. Masya-Allah, pandai bebenor la, orang ni masak! Saya kasi 5 bintang! ⭐⭐⭐⭐⭐

Saya lupa nak ambil gambar roti canai sarang burung yang Hafizan pesan.


Licin, makan. Alhamdulillah, sedap sarapan di Kluang Road Cafe ni. 

Harap tuan kedai ni dapatlah mengekalkan kualiti dan kesedapan makanan di sini sampai bila-bila. 

Jumpa lagi, ye. 💗

Catat Ulasan

44 Ulasan

  1. Aisssh penasaran nak rasaaaa 😍😍😍. Lihat piring licin, confirm sedaap ya kak 😘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap, Fanny! Makan sambil pejam² mata. 😋😍

      Padam
  2. Cuya tk pernah makan lontong darat tapi haritu baru makan lontong Mamee Chef 😂😂 tu pun dah nikmat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. sedap juga ye, Cuya, layan Mamee Chef. 😁

      Padam
  3. Tak pernah makan lontong darat. Takde jual kat lipis ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo.. kedai masakan johor biasa ada, Cie.

      Padam
  4. Wah! Main besi ke dia? Kena jaga makan tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, uncle. Dia memang, kalah mama dia. Bab makan Hafizan sangat jaga. Mama dia, bab makanan, kalah, semua tibai. 😂

      Padam
  5. Dok BW asyik lah org pos pasal lontong darat... Memang kena cuba nie... Selalu lontong kuah je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, Linda. Satu kelainan la. Bila makan, rasa macam hari raya. 😁

      Padam
  6. Tenguk gambar last licin bersusun m emang tersedap bak hang kata. Wah bila kata laksa johor lontong darat sedap....huhuhu ngences ni.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah...nampak pun sedap tu

    BalasPadam
  8. Belum pernah makan di Kluang Road Cafe, nama pun dah melambangkan masakan Johor. Tentu memang hebat memasak masakan tradisi Johor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la. Saya pun belum habis explore semua menu, sebab bila pi, dok pesan menu sama, tak jemu².

      Padam
  9. Kalau buat latihan beban, cepat susut badan dan ada muscle. Kalau cardio ni lebih santai dan kita enjoy. Ada jugalah geng kak Nur bila Hafizan ada ni kan. Uishhh dua-dua menu Johor favourite saya tu. Kalau tak sedap memang tak tau nak habaq lah. Tengok pinggan licin pun dah tahu sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Badan Hafizan memang sasa sikit. Ye la, tapi ada hari dia bersenam di rumah saja, macam hari ni.
      Hehe.. memang sedap, Fizah oi. 😋

      Padam
    2. Tu yang dia gigih tu buat badan eh.
      Saya makan gambar je lah dulu. Esok esok tersinggah sana boleh cuba. hihi...

      Padam
    3. Makan pun dia jaga. Cukup berdisiplin, tak macam mamanya. Huhu.. 😁

      Padam
  10. Dah la lapaq ni...tgk pulak food sedap2..hehe

    BalasPadam
  11. dugaan tgh puasa tgk menu laksa johor tu...sedapnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sori ye, Mama Tisya. Bagusnya, puasa. 👍

      Padam
  12. Adoi lontong darat tu lama dah PH dok idam. Tak dapat² lagi ni 🤭
    Anak² bujang bila makan, perghhh berselera betul diorang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila², PH. 😊
      Hafizan balas dendam kot. Kat poli dia kurang makan.

      Padam
  13. waduhhhh sedapnya laksa johor!

    BalasPadam
  14. Wahh weighlifting ya hafizan! Abam sado gituu

    BalasPadam
  15. Macam nak kena cari laksa Johor la pulak ni.

    BalasPadam
  16. Apa rasa lotong tu sis?
    Saya tak pernah makan lotong.
    Kalau pergi kedai, nak order risau takut tak kena tekak. Kang nanti membazir tak habis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa macam nasi impit makan dengan kuah kacang, tapi campur serunding dan sambal jawa dan ayam masak merah. Campur aduk rasa. Lebih kurang macam makan nasi kerabu, kan kita kena gaul dia semua sekali, kan. Macam tu la makan lontong darat. Campur aduk semua rasa dalam mulut. Meletup! 😋 Cubalah, Aien. Tak cuba, tak tahu.

      Padam
  17. Kalau sedap repeat berkali2 pun onzzz. Puas hatikan membayar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, puas hati makan sini. Alhamdulillah.

      Padam
  18. Pekat dan likat kuah laksa tu. Mesti sedap.

    BalasPadam
  19. Mengundang kelaparan membaca post yang satu ini. Udah la saya memang suka makan lontong darat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo ye ke? Sedap, kan... heee... nikmat sungguh!

      Padam
  20. Tenok gambar telur separuh masak tu pun SA tau mesti sedap ni....alaaaa...kan dah terliur

    BalasPadam
  21. Biar pun liar, dia tetap tahu cara untuk mekar dengan cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah. Cuma orang selalu tak perasan je, bunga liar ni.

      Padam