Muffin pishanggggg

 Pada hari Khamis yang lepas, cuaca hujan waktu pagi. Nak pergi morning walk, tak boleh. Nak pergi berkebun pun tak boleh. Jadi, saya pun masuk dapur. Ada buah pisang sudah kehitaman atas meja. Fikir dulu, nak buat cokodok ke, nak buat muffin. Bila fikirkan cokodok kena guna banyak minyak, saya pun buatlah muffin. Dah lama sangat tak bakar membakar ni.

Selongkar punya selongkar, bekas cawan muffin pun tak cukup, tinggal 4 biji saja dalam kabinet. Boleh la, kita guna apa yang ada.

Kita bakar yang duduk dalam cawan muffin dulu.


Takde letak hiasan apa di atas, chocolate chip ke, ceri ke, semua dah expired, esen vanilla pun tak diletak dalam adunan, sudah selamat dibuang semasa buat projek pembersihan peti ais tak lama hari tu.

Tapi dalam adunan muffin ni, kita ada masukkan kacang gajus yang ditumbuk. 

Baki adunan tu, saya bakar terus dalam tray muffin. Calit marjerin menggunakan tisu dapur, dan sapu pada mangkuk tray muffin, supaya adunan senang dikeluarkan setelah dibakar.

Halo... ok ke tu?

Ada yang tinggi kecerunan, ada yang landai kejadiannya.

Huii... yang hujung sinun, hitam udah rupa macam cokodok gayanya. Logik juga bila difikir balik, sebab dia dibakar terus guna tray tu, lebih cepat panas, banding kita bakar dalam bekas cawan muffin tu. Hitam hitam si tampuk manggis, walaupun hitam ku pandang manis.

Buat ujian cucuk dengan lidi pencungkil gigi, lidi bersih, maknanya sudah masak muffinnya.


Kesemuanya, dapat 10 biji muffin pisang.

Suami time-out dari office, untuk bawa saya pergi ambil ubat di farmasi drive-thru. Boleh je pandu sendiri pergi. Tapi, suami saya rajin menjadi driver dan mengambil berat akan hal ehwal kesihatan isterinya gitew. Setengah jam saja urusan mengambil ubat di hospital.

Masa suami nak masuk semula bekerja, bagi 5 biji muffin pisang dibawa ke pejabatnya. Boleh makan dengan kawan-kawan.

Balik kerja petang tu, suami kata, sekejap je habis.


Saya makan sambil blogwalking, petang Khamis lepas. Alhamdulillah. Rasa macam kek pisang kedai runcit jual tu pun ada. 

Ok. Jumpa lagi. 💗

Catat Ulasan

38 Ulasan

  1. Alhamdulillah...pandai kak nur buat muffin...linda kalau buat nie selalunya tak jadi...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat makan sendiri, boleh la, Linda. Alhamdulillah. Cuba la, Linda, ikut resepi. Dia tak susah macam buat kek pun.

      Padam
  2. Rajinnya!
    Bawa ke opis mmg cepat je licin, sama macam bawa ke asrama haha...

    BalasPadam
  3. Elok kejadiannya walaupun guna bahan apa ada je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Rejeki hari tu buat, menjadi, Cie.

      Padam
  4. Nampak garing muffin pisang kak tot. Sedap betul kalau part hangus-hangus sikit tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la. Akak pun suka juga bahagian yang hitam-hitam sikit tu.

      Padam
  5. Adududuuu.. sedapnya muffin pisang. Selalu buat cekodok pisang je.

    BalasPadam
  6. Sedapnya, bau sampai ke sini. 😍

    BalasPadam
  7. Ammi selalu bagi je prescription ubat ammi tu kat husband. Pandai2lah dia ambilkan ubat tu bila sampai masanya

    BalasPadam
  8. sedapnya..pisang + kacang gajus...cantik kejadian..

    BalasPadam
  9. cantik je kejadiannya..makan panas2...sedap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la. Tambah-tambah ada kopi panas pula. Peh!

      Padam
  10. fuyoooo cantik merekah muffinnya mesti sedap ni main campak2 je sukatan yang ada. Makan time sejuk perghhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. panas atau sejuk, sama sedap, lagi-lagi kalau lapor. :D

      Padam
  11. waaduhhhhh sedapnya muffin pisang! takpe guna aje bahan apa yg ada yg penting rasa dia tu ummph! hehe

    BalasPadam
  12. Gebu betul muffin pisang Kak Nur. Lagikan baru dimasak. Haruslah selera dan habis mereka makan. Kalau saya, belum buat dah nampak bayang-bayang kegagalan tu. huhu...Tak pandai betul nak bakar membakar ni. Bakar ikan je lah pandai. hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke, Fizah? Muffin tak sesusah macam kek, pada pendapat akak. Ikut je resepi, Insya-Allah, jadi.

      Padam
  13. Baguslah suami Nur teman ambil ubat.
    Nasib baik sedap mufin pisang tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Kita pula jenis malas drive. Huhu..

      Padam
  14. Dekat rumah ada pisang...boleh cuba...

    BalasPadam
  15. Isssh sesuai nih teman kopi, apalagi kalo makan saat hujan kak 😍😄😄😄. Sedaaaap sangat. Kopi nya pahit saja, sebab muffin dah manis pisang.

    Jadi teringin pula nak buat 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, Fanny. Sila, sila, buat Fanny. 😊

      Padam
  16. Balasan
    1. Sila, sila, Mama Tisya. Memang sedap! 😋

      Padam
  17. Menjadi isi dalam muffin tu. Gebu tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekasih. Kadang menjadi, kadang tak. Yang ni, akak pukul guna senduk kayu je. Malas nak bawa keluar mixer. Ok la pulak.

      Padam
  18. SA pun ada pisang yang masak ranum...ada gak impian nak buat muffin tapi.....xpe la..SA masak lauk pauk je la..tangan SA panas bab baking ni..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. masak je apa hidangan yang kita biasa buat, kan, SA.

      Padam
  19. Fuhh memang tak boleh lawan kalau dapat muffin pisang yang moist, wangi & cukup rasa! Makan masa panas-panas, rasa dia terus masuk hati!

    BalasPadam