![]() |
Kredit foto Amal Kebajikan |
Hari ni, bertambah lagi setahun usia, menjadi 47 tahun. Tua dah.
Selain saya, blogger yang seusia dengan saya, tak silap, Suria Amanda dan Ujie. Kalau salah, minta maaf ye.
Pagi-pagi sudah ada mesej Whatsapp masuk. Ucapan selamat dari kedua kakak saya. Kok siap bagi video lagi.
Dalam video tu, ada klip masa badan saya berisi sikit. Haha.. tu dulu. Dulu-dulu saya pernah obese. Masuk dunia larian, perlahan-perlahan bmi jadi normal. Alhamdulillah.
Usaha Kok buat video. Atam cakap, Kok dah jadi content creator sekarang. Itu yang apa-apa, hantar video je. 😁
Hafizan pun wish juga di whatsapp.
![]() |
Hafizan edit gambar mama. 😂 |
Suami saya walaupun ada di rumah, dia tak wish pun. Bila anak ucap di whatsapp, barulah dia wish kita. Tahu... pakcik tu dok mikir kerja je. Manalah dia ada pikir kat kita ni. Nanti dia balik kerja nanti, tunggu ye... kita nak paw dia handbag baru. Muhahahaha....
Zus bagi 2 voucher, sempena harijadi. Dia suruh kita beli 2 kek. Muhahahaha....
Alhamdulillah, banyak rezeki dan nikmat Allah beri sepanjang 47 tahun ni. Bila tersasar sikit, Allah hantar orang tegur dengan cara yang paling halus. Dua tiga kali fikir, menyakitkan hati. Kena 10 kali fikir, baru meresap dalam diri, apa mesej tersirat. Processor lama, ambik masa nak proses sesuatu perkara. Syukur Alhamdulillah, Allah berikan suami yang baik dan penyayang pada anak-anak, yang keluar rumah cari rezeki untuk saya dan anak-anak.
Alhamdulillah juga, anak-anak dah besar, dah pandai fikir sendiri, cuma saya harap dia orang tak tinggal solat kat tempat dia orang duduk, walau di mana saja.
Di usia sekarang ni, saya cuma nak hidup tenang je. Harap anak-anak berjaya dalam pelajaran, demi masa depan deme. Hari-hari Allah panjangkan usia sehari lagi, beri peluang pada kita untuk perbaiki salah kita, untuk lebih dekat padaNya. Itu je la yang saya nak. Semoga saya kuat melawan hasutan syaitonirrojim yang suka sangat pengaruh kita dengan hal duniawi ni.
Takde plan apa nak sambut-sambut ni. Mungkin keluar mengopi je la kot, petang ni. Semalam satu hari kita tak minum kopi, ok. Hahaha.. jadi tak ada masalah sebenarnya kalau nak berhenti kopi ni. Nak atau tak nak je. Boleh sebenarnya.
Baiklah. Semoga pembaca sekalian sihat-sihat saja dan semua urusan anda semua dipermudahkan.
Jumpa lagi, ye. 💗
Alhamdulillah syukur Allah rezekikan usia sehingga sekarang. Semuga semua doa Allah makbulkan. Aamiin.
ReplyDeleteAminn.... Alhamdulillah.
DeleteSanah helwah, Nur. Tak jauhlah jarak umur kita, 3 tahun aje. Kita ingat Nur muda banyak dari kita, sebab kecik comel aje orangnya dan kuat lari pula.
ReplyDeleteTerima kasih, SK. Oh, ye ke. Ok. Dah tak kuat lari, sakit lutuit.
Deletehappy birthday dear, semoga sentiasa dilindungi & dirahmati Allah...aamiin
ReplyDeleteMekasih, MA. Amiinnn... :)
DeleteWah, happy 47th birthday, Tot! Memang power sebab berjaya turunkan BMI, lari lari macam pro, badan makin fit! Semoga tahun ni lebih banyak kopi, ketawa, dan rezeki bertambah. Keep calm and keep kopilah! ☕🎉
ReplyDeleteEmpat puluh tujuh tahun, sinar bertambah terang,
Langkahmu mantap, harapan pun gemilang.
Usia bertambah, jiwa makin dewasa,
Selamat hari lahir, Tot, penuh bahagia.
Terima kasih, cikgu. Hehe.. aminn, atas doanya. Alhamdulillah.
DeleteMekasih cikgu, ada pantun la.. suka, suka. :D
Selamat harijadi Nur 😄
ReplyDeleteTerima kasih, NA. :)
DeleteSanah helwah Nur 🎈🎈🎈
ReplyDeleteBarakallahu fi umrik ya ukhti 😁
Di usia kita ni, mmg harapkan sentiasa diberi kesihatan yg baik; nak terus berbakti kpd keluarga dan nak siapkan bekal utk je sana 🤲🏻
Terima kasih, PH.
DeleteAmin, YRA. Hugss...
Betul tu. Semoga terus sihat untuk laksanakan perintah Allah.
Pibeday, semoga terus diberkati
ReplyDeleteThank you, uncle. Aminn... :)
DeleteAlhamdulillah... Happy birthday kak nur, betul tu.. ALLAH pinjamkan kita hari ke sehari supaya kita maken dekat dengan Nya.. Tapi, kdg2 tersasar juga...
ReplyDeleteSemoga sihat2 selalu kak Nur..
Terima kasih, Linda. Aminn, YRA.
DeleteSelamat Hari Lahir. Moga sihat selalu. 😄
ReplyDeleteTerima kasih, BK. Amin, YRA.
DeleteBelated Happy birthday Kak Nur. Semoga Allah makbulkan segala doa akak. Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan, dikurniakan kesihatan yang baik, kehidupan yang membahagiakan dan dipermudah segala urusan akak. Aamiin...
ReplyDeleteTerima kasih, Fizah. Amin, YRA, atas segala doanya. Huggss...
DeleteSanah helwah buat kak tot@kak nur! Semoga sentiasa diberkati dibawah rahmat Ilahi dan sihat selalu ^_^
ReplyDeleteMeraikan hari kelahiran ni semakin simple, semakin bermakna rasa...mengopi sambil merenung memori semalam, kini dan akan datang memang suatu kenangan yang indah....
Terima kasih, SS. Amin, YRA.
DeleteBetul tu. Benda simple-simple seperti mengopi, sudah cukup buat rasa bahagia, bagi akak.
happy birthday nur...hah dh dpt pau handbag dr suami tk
ReplyDeleteTerima kasih, Mama Tisya. Tak dapat handbag. Dapat tudung je. Jadilah. Alhamdulillah. Hehe..
DeleteSelamat Hari Jadi kak nur!
ReplyDeleteMoga Allah mewahkan rezeki akak seperti mengalirnya sungai yg deras, selebat hujan yg turun dan sebanyak buih di lautan. Aamin ya Rabb
Terima kasih, Cuya. Amin, YRA. Cantik ayat Cuya guna. Terharu akak. Hugsss...
Deleteselamat ulangtahun kelahiran utk kak nur! moga Allah permudahkan urusan harian & beri kesihatan yg baik aminnnn
ReplyDeleteTerima kasih, Ana. Aminn, YRA.
DeleteHappy belated birthday kak Nur 🎉🎉🎉🎂🎂. 47, just a number lah 😄. Yang penting kakak selalu sehat, rezeki tak putus dan tercapai nak hidup tenang...
ReplyDeleteYalaah kak, di usia 40++ pun saya cuma berharap hidup tenang dan cukup. Jauh dari orang2 toxic kan 😁
Thank you, Fanny. Aminn.. YRA.
DeleteBetul tu, Fanny. Hidup sederhana dengan gembira, tak mahu dekat orang-orang negatif ni.
Happy belated birthday “Kak Nur”. Ingatkan kita sebaya ahakss. Beza setahun usia kita tp anak bongsu ammi baru nak 11 tahun. Lama lagi kene keje cari rezeki utk anak2 nampak gayanya
ReplyDeleteMekasih, Ammi. Beza setahun je, tak panggil kak pun takpe. 🙈 Semoga Ammi terus semangat bekerja, ya. 💪
DeleteYe kita sebaya rupanya...47 tahun this year...3 tahun je lagi nak ke angka 5 kan...
ReplyDeleteItu la pasal, SA. Sekejap je, dah tua. 😂
DeleteHappy belated birthday, Tot! Maaf lambat wish
ReplyDeleteTerima kasih, CCL. 🤗
Delete