Monday, May 19, 2025

Kembali ke pangkal jalan

 Semalam hujan sepanjang jalan, dari Ipoh ke Manjung. Sekejap renyai, ada sesetengah tempat lebat, sampai tak nampak jalan. Saya as co-pilot, tak membantu sangat semalam, pi tidor la pulak, dalam kereta. Huhu.. cian pilot sorang di sebelah. Alhamdulillah, selamat hantar Hafizan balik PUO.

Sebab semalam hujan, jadi hari ni, tak perlu lah siram pokok. Tapi saya tengok-tengok juga, dan cabut rumput sikit. 

Lepas tu, masuk rumah, briskwalk kejap atas treadmill, sambil tengok tv. Bertahan 6 hari juga, tanpa jam. Start semalam, pakai balik. Nanti hari suami off kerja, nak ajak dia pi tukar tali jam. Harap tali jam ni dapat bertahan sehingga tukar yang baru.


Berhenti treadmill bila dah cukup 10 ribu langkah. 

Lepas tu, saya masuk dapur. Masak pulak.

Suami kalau beli nasi lemak untuk anak-anak, dia suka asingkan sambal. Ye la, budak-budak pun ikut suka deme bila nak makan. Kadang lewat tengahari baru makan. Adalah satu plastik sambal dalam peti ais. 

Saya olah sambal tu, masukkan ayam yang digoreng. 


Jadilah ayam masak pedas. Ikan bilis pun boleh nampak dalam gambar di atas, dari sambal tu la. 

Hari ni, tinggal berdua je dengan Sulaiman. Itu pun, masa saya taip entri ni, Sulaiman pergi sekolah semula, ada kelas tambahan waktu petang. Suami pula OT hari ni, shif pagi, balik 8 malam. Jadi, mungkin dia tak makan di rumah kot.


Selain lauk ayam pedas, masak juga sayur campur.


Saya goreng telur dadar jugak.

Lepas masak, mandi dulu. Pukul 1, barulah saya makan. Jadi IF hari ni, 17 jam. Boleh IF lama-lama bila suami kerja shif pagi je. Kalau dia ada rumah, mesti keluor pi ngopi.

Oh, ada bawa keluar pinggan berpetak ni, atau tray kecik, atau compartment plate. 


Nak guna semula bila makan, jadi hidangan suku suku separuh. Bawah nasi dalam gambar di atas, ada kentang dari lauk ayam pedas tu. Alhamdulillah. Kenyang. 

Kome hari ni makan apa?

Jumpa lagi, ye. 💗

32 comments:

  1. bila ntah saya nak insaf macam kak Nur...konon2 nak cukupkan 10k..pun tak buat2 juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda kerja tu, banyak berjalan. Kira, ok la tu. Hujung minggu, boleh ajak suami anak-anak beriadah di taman, ya.

      Delete
  2. Pinggan suku suku separuh tuh ye. Ada juga tetapi udah 3,4 tahun menjadi tukun rasanya. Jealousnya tengok dia bersenam. KSarie entah bila hendak mula bersenam. Makannya kuat. Menguitnya sedikit. Haish.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, KSarie banyak bergerak, bila bekerja. Ok juga tu.

      Delete
  3. Lama pulak tak brisk walk, di rumah ada anak soleh peneman makan, hehe. Takut nak timbang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah timbang. Tahun depan je la, timbang. :D

      Delete
  4. waww menu sihat suku2 separuh! teringin nak buat cmni gakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mazni dah kurus. Tak payah buat, ok. Hihi...

      Delete
  5. Baru semangat guna pinggan camtu kan senang nak sukat.

    ReplyDelete
  6. Pinggan suku suku separuh Sy dah pecah 🤭
    Sekarang ni kalau ada mood nak buat SSS tu sukat sendiri je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, tak yah susah-susah. Pinggan biasa pun boleh pakai.

      Delete
  7. Cuya tak terfikir nk beli pinggan Sss tu..
    Menarik... Biasa Cuya agak2 jer

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Pinggan budak makan sebenarnya, Sueann. Corak kartun.

      Delete
  9. lama tk briskwalk kt treadmill...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Kena paksa diri juga. Kalau layankan kerja rumah, memang tak sempat briskwalk.

      Delete
  10. alamak..MA x insaf2 lagi ni..kasut running lama dah dok kat tepi tu

    ReplyDelete
  11. Lama sudah tak buat sayur campur macam tu. Lepas ni kena selalu buat lah nampaknya.

    ReplyDelete
  12. Bagus tu kak Nur 10 langkah setiap hari. Leftover yang kita boleh olahkan jadi resipi baru, kita olahkan. Taklah membazir. Kadang simpan tak tahu bila nak makannya kan. Senang ada plate macam tu nak sukat makananan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal. Bila kita olah jadi lauk lain, boleh adjust perasa dan tambah apa patut.
      Ha ah, betul. Senang bila nak makan style suku suku separuh.

      Delete
  13. SS target nak konsisten 6k minimum permulaan langkah sehari. Tapi baru 3 hari je konsisten, kemudian back tu langkah rutin yang biasa...2-3k sahaja....memang kena kuat semangat macam kak nur ni. Beli walking pad heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila, sila, SS. Tapi SS kan kerja, jadi berjalan di tempat kerja tu, macam sudah cukup, kot.

      Delete
  14. Waaah kakak baru berhenti setelah 10rb langkah yaaa. Saya kalah treadmill 30 menit, speed 6, tp tetap tak sampai 10k steps 🤣. Hrs lebih lama. Tp Krn cardio memang 30 menit saja, sisanya saya beban dan yoga / pilates sesekali. Jadi tak apalah tak sampai 10k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apalah, sebab Fanny sambung strength training dan yoga atau pilates. Akak sekarang malas pula nak buat yoga. Itu yang lama sikit atas treadmill.

      Delete
  15. Rasa mcm baby pulak bila pakai compartment plate ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Tapi, yor lantak ler. Makan di rumah saja.

      Delete
  16. Menu tu semua nampak sedap la...bila la SA ni nak konsisten briskwalk ni...tapi ekrja SA memang sentiasa berjalan...tapi rasa x cukup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la masalahnya, SA, untuk kekal konsisten. Saya pun ada masalah yang sama. Sama-sama kita usaha ye, untuk diri sendiri juga, untuk lebih sihat.

      Delete