Tuesday, May 13, 2025

Motivasi untuk berkebun

 Sekarang ni, disebabkan oleh cuaca panas, memang ada rasa malas untuk keluar bercucuk-tanam. Dah la keluar morning walk, kena matahari. Siram pokok pun kena panas matahari juga. Muka baru je nak cerah masa bulan puasa. Sekarang dah berbelang semula. Orang perempuan je tahu muka berbelang ni camana. Bukan belang macam harimau tu. Tapi, antara kawasan yang dilitupi tudung dan bahagian muka yang terdedah tu, ada bezanya la, dari segi kecerahan. Huhuhu.... Ater, cer bagitahu... pagi panas, petang pun panas, bila masa nak berkebun ni? Rumput dalam pasu dah naik, nak kena dicabut. 

Tepekla sunblock secukupnya pun, tetap jadi juga. Last-last, lantak kau la. Ayat penyedap hati, takpe muka hitam, asal hati jangan hitam. 🙈

Saya nak kongsikan ni. Pokok bunga matahari yang saya tanam dalam pasu. Sebelum ni, kalau saya kongsikan pun, gambar pokok je. Tak pernah ambil gambar dengan pasu sekali. Nah, ni contoh pasu yang saya gunakan.

Hello, pokok matahariku yang comel... 😍

Pasu macam di atas tu, kat kedai Eco pun ada jual. Susunlah batu-batu kecil untuk cover lubang-lubang di dasar pasu tu, sebelum masukkan tanah. Takpe kalau tak dapat tutup semua lubang pun. Memang fungsinya untuk aliran air yang baik dalam pasu. Kalau pasu kita tak ada lubang, air lebihan yang kita siram atau dari hujan, boleh bertakung di sekeliling akar pokok, yang boleh buatkan akar jadi busuk dan pokok boleh mati.

Tak sah la kalau tak close-up bahagian bunga. 

Gambar atas dan bawah diambil lain hari, 9 dan 10 Mei. Pokok bunga matahari yang sama.

Suka tengok bila ia kembang mekar. Automatik duduk depan dia, kita nyanyi lagu "Bunga bunga matahari, anggun mekar di taman sari, warna jingga suntingan hati, bagai tanda kasih bersemi... ", ha... sambung.. 🎵🎤

Hilang seketika pilu di hati tatkala lihat bunga mekar di taman, umpama terapi semulajadi. Dunia ini masih ada yang indah, di sebalik perkara-perkara kurang enak yang berlaku di merata tempat sekarang. 

Jomlah tengok bunga lain pula yang sedang mekar di taman Astakona kecil rumah saya ni...

Bunga zinnia

Lagi satu yang saya perasan, sejak saya suka bercucuk-tanam ni, ada banyak rama-rama datang ke rumah. Dulu bunyi burung berkicauan macam jauh je bunyi, tapi sekarang bunyi dah dekat. Serangga macam pepatung dan ladybird pun boleh nampak. Dulu, tak nampak langsung.

Pepatung hinggap pada zinnia

Rumah saya masih ada beruk datang. Adalah 2-3 pokok bunga matahari yang baru nak membesar, yang batangnya masih lembut, dipatahkan. Kerja beruks la. Tapi saya tak cabut pokoknya, sebab masih hidup. Tetap siram macam biasa. Saja, nak tengok, apa jadi jika pokok tu membesar.

Abnormal

Ini contoh pokok yang dipatahkan, tinggal batang saja, tapi saya biar ia membesar. Tetap keluar bunga, tapi saiz jadi kecil-kecil. Dalam gambar di atas, ada 3 sudah jadi bunga, yang 2 lagi kecil di bawahnya, masih belum kembang. Kurang cantiklah, bunganya, banding pokok normal yang membesar dengan baik.

Minggu lepas, saya ada jalan-jalan di nursery pokok bunga. Saya beli 3 pokok bunga kertas atau bougainvillea, warna putih, oren dan pink. Dekat rumah saya sudah ada yang bunga merah. Lagi satu, saya beli 2 pokok kaktus. 

Saya nak banyakkan pokok bunga atau hiasan yang punya duri, supaya beruk tak berani la kacau pokok-pokok di rumah. 

Chin cactus atau ruby ball cactus

Lagi satu...

Mammillaria cactus

Masa nak transfer kaktus di atas dari pasu cinonet ke pasu lebih besar, saya terjatuhkannya atas tanah. Kesian dia, atas dia ada tanah, dalam gambar di atas. Nak bersihkan tanah tu dari dia, kang terkena duri dia pula, jadi saya biarlah seadanya. 

Dari carian google, pokok kaktus, kita siram seminggu sekali pun dah cukup. Sesuai bagi orang malas siram pokok macam saya. Sesuai diletak di tempat panas. Cubaan pertama nak bela kaktus. Semoga membesar dengan sihat.

Memang seronok dapat jamu mata di nursery pokok bunga. Macam-macam pokok ada. 

Satu kepuasan tengok tanaman yang kita usahakan membesar dengan sihat dan subur. Walaupun semangat nak berkebun tu, turun naik, dan kadang kala hilang langsung, sampai 2 hari tak siram pokok, sebab rasa malas sangat. Tapi sangat berbaloi bila dapat tengok tanaman keluar bunga dan kita dapat kutip hasil. Nak guna bahan macam serai, halia, lengkuas, kunyit, daun kunyit, daun limau purut, daun pandan, limau kasturi, cili padi, cili besar, sayur pak choy, boleh ambil saja di rumah, bila perlu.

Satu aktiviti keluarkan peluh juga. Ke sana, ke sini, ubah pasu ke tempat lain, semua tu menambah bilangan steps dalam sehari, sekaligus aktiviti membakar kalori. 

Satu minat bagi saya. Saya pernah duduk asingkan biji benih bunga matahari di luar rumah, sampai ralit tak sedar, jam sudah pukul 11 pagi, dan dapur belum berasap. 😅  Walaupun pakai topi berkebun tu, tapi bila masuk rumah, merah juga muka, dah kena letak aloe vera bagi reda sikit kemerahan kulit. 

Pose memakai topi gardening, bersama Oyen yang sudah tiada. Gambar tahun lepas.

Kena ada minat la. Benda yang kita boleh buat sukarela, walau apa pun. Kena keluar duit lagi, tapi still kita buat. 

Kome minat apa? Cer citer di komen. 

Ok. Jumpa lagi, ye. 💗

36 comments:

  1. Cantik menawan bunga matahari dan zinnia tu. Ceria warnanya.

    Macam rumah saya ni dikelilingi bermacam pokok, itu yang ada bermacam serangga dan binatang 😅. Tapi seronok dapat dengar pelbagai bunyi burung.

    Saya dulu masa duduk rumah taman, rajin jugak berkebun dalam pasu.
    Sekarang jadi malas sebab tak tahan panas. Awal pagi atau lewat petang redup tapi banyak nyamuk. Itulah alasan saya buat masa ni 🤭😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. saya suka sebab warna-warni macam ni la. Kita tengok pun rasa ceria. :D
      Untung Ujie. Seronok tu. Keliling rumah ada pelbagai jenis pokok.
      Hahaha... nyamuk tu biasa. Saya pun selalu juga kena gigit nyamuk. Lagi-lagi kalau pakai tudung hitam.

      Delete
  2. Ya beruk2 ni macam dengki je. Heliconia ni pun banyak patah menyembah bumi. Cantiknya bunga matahari dan zinnia. Kaktus tu pun, nak cari lah yang spesis macam Nur ada. Macam makin bersemangat nak bertanam2 sekarang ni, moga berterusan semangat nya 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh, tak syok kan, kalau beruk selalu kacau pokok, ni.
      Yeh.. selamat bercucuk-tanam, Mulan! Macam-macam spesies kaktus ada di nursery pokok bunga. Lawa-lawa! :D

      Delete
  3. Fuhh seronok baca pengalaman berkebun ni! Rasa macam ikut sekali ke nursery pokok tu. Memang puas hati bila tengok hasil tangan sendiri hidup subur. Lagi-lagi bila boleh terus petik untuk masak. Siap dapat bakar kalori sekali tu, win-win terus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Alhamdulillah, tanaman banyak menjadi. Walau tak banyak, cukuplah untuk kegunaan saya dan keluarga. Jom encik, tanam pokok. :D

      Delete
  4. Kata orang tua Ini tangan sejuk... campak apa pun jadi pokok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la, uncle. Bukan semua pokok saya tanam, menjadi. Huhu..

      Delete
  5. Mak saya minat berkebun macam Nur tapi mak lagi suka tanam tanaman yang boleh makan.
    Hobi saya membaca. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rumah saya takde beruk pun, mesti saya banyak tanam pokok buah, NA. Hehe.. Nanti buatlah entri satu di blog, share tanaman yang mak NA tanam. :)
      Bagus minat membaca tu. Selamat membaca, ye.

      Delete
  6. cantik ruby ball kaktus tu.. teringin nk tanam bunga tp itulah balik keja boleh je pegi berlari keliling taman tp sy lebih utamakan tido, hobi sy tido lah kot... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. tidur pun hobi yang bagus, lagi-lagi wanita bekerja seperti Kakmim, perlu istirehat juga, pagi-pagi dah keluar rumah gitew.

      Delete
  7. Kita boleh geng Nur, suka menanam. Cuma sy lebih kpd tumbuhan hijau. Pokok bunga adalah sepokok dua :)

    #biji bunga matahari tu Sy baru Cuba semai 2-3 butir. Tak sabar nak tengok progress nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeh, high five, sekali! :D
      Tumbuhan hijau pun best, sejuk mata memandang tengok kehijauan, bagus untuk mata juga.
      Yay! Semoga tumbuh dengan subur. Aminn...

      Delete
  8. Aaa.. sy cadang nak beli pasu macam ni la utk semai dan tanam pokok bunga matahari pemberian Nur. Mesti berseri laman rumah sy nanti, hihi.

    ReplyDelete
  9. Aduh...cantik betul bunga matahari tu...berminat tanam pokok bunga tapi selalu kena hijack dengan Pak Zain..dia kata tanam bunga bukan boleh makan..baik tanam sayur...geram aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. betul juga apa Pak Zain cakap tu. SA boleh cakap balik kat PZ, tanam sayur tak tahan lama, tanam pokok bunga, tanam sekali, boleh hidup lama. :D

      Delete
  10. Memang cantik bunga matahari...atau bunga kuaci nie

    ReplyDelete
  11. cantik sgguh lah bunga matahari bila dia kembang mekarrrrrr macam tu! terserlah cahaya kuning dia tu! Ana suka jugak bekebun tp kebun sawit lah hehehe

    ReplyDelete
  12. subhanallah..cantik bunga matahari dia

    ReplyDelete
  13. Agree. Passion seseorang itu pasti Krn dia minat terhadap suatu kegiatan. Bagi yg suka gardening, pasti rela beli berbagai macam bibit, lalu tanam dan rawat. Muka pun JD belang tak masalah. Krn memang itu passion dia.

    Macam saya passion saya traveling. JD nak menabung lama lalu habiskan utk jalan2, saya rela. 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... bagus minat travelling tu, Fanny. Dapat lihat negara orang, dapat pengalaman baru.

      Delete
  14. Suka tengok orang berkebun. Bunga matahari tuh molek sungguh kejadiannya. KSarie suka juga tengok pemandangan menghijau. Tapi itu la liat sikit jodoh dengan pokok ni. Macam one sided love pun ado rasanya😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best tengok pemandangan menghijau. Aman rasa di hati.

      Delete
  15. Seronok tengok tanaman pokok bunga menghasilkan bunga yang cantik-cantik. Pasal kera tu kan kak, ada orang share letak patung harimau atau poster gambar harimau. Tak tahulah menjadi ke tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah lama dah mencari patung harimau tu, tapi tak jumpa orang jual. Terima kasih atas info tu ye, Fizah. Mungkin kena cari online kot. Tapi kesian pula, beli patung harimau tu besar gebu gebas, kita biar dia luor panas dan hujan. Baik akak bawa masuk rumah, boleh peluk. Eh!

      Delete
  16. aaaaa jelesnya tengok bunga matahari kak tot naik seri mekar benar! haishhh tak boleh jadi ni kena beli jugak yang warna warni. semangat waja untuk berkebun sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sila, sila, SS. Bila ada pokok bunga warna-warni di rumah, rasa best dan ceria sangat!

      Delete