Pada hari Khamis yang lepas, cuaca hujan waktu pagi. Nak pergi morning walk, tak boleh. Nak pergi berkebun pun tak boleh. Jadi, saya pun masuk dapur. Ada buah pisang sudah kehitaman atas meja. Fikir dulu, nak buat cokodok ke, nak buat muffin. Bila fikirkan cokodok kena guna banyak minyak, saya pun buatlah muffin. Dah lama sangat tak bakar membakar ni.
Selongkar punya selongkar, bekas cawan muffin pun tak cukup, tinggal 4 biji saja dalam kabinet. Boleh la, kita guna apa yang ada.
Kita bakar yang duduk dalam cawan muffin dulu.
Takde letak hiasan apa di atas, chocolate chip ke, ceri ke, semua dah expired, esen vanilla pun tak diletak dalam adunan, sudah selamat dibuang semasa buat projek pembersihan peti ais tak lama hari tu.
Tapi dalam adunan muffin ni, kita ada masukkan kacang gajus yang ditumbuk.
Baki adunan tu, saya bakar terus dalam tray muffin. Calit marjerin menggunakan tisu dapur, dan sapu pada mangkuk tray muffin, supaya adunan senang dikeluarkan setelah dibakar.
![]() |
Halo... ok ke tu? |
Ada yang tinggi kecerunan, ada yang landai kejadiannya.
Alhamdulillah...pandai kak nur buat muffin...linda kalau buat nie selalunya tak jadi...hihihi
ReplyDeleteBuat makan sendiri, boleh la, Linda. Alhamdulillah. Cuba la, Linda, ikut resepi. Dia tak susah macam buat kek pun.
DeleteRajinnya!
ReplyDeleteBawa ke opis mmg cepat je licin, sama macam bawa ke asrama haha...
Kann.... hahaha...
DeleteElok kejadiannya walaupun guna bahan apa ada je.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Rejeki hari tu buat, menjadi, Cie.
DeleteNampak garing muffin pisang kak tot. Sedap betul kalau part hangus-hangus sikit tu.
ReplyDeleteItu la. Akak pun suka juga bahagian yang hitam-hitam sikit tu.
DeleteAdududuuu.. sedapnya muffin pisang. Selalu buat cekodok pisang je.
ReplyDeleteHehe.. lebih kurang saja rasanya, Aien.
DeleteSedapnya, bau sampai ke sini. 😍
ReplyDeleteHehe.. tudiaa...
DeleteAmmi selalu bagi je prescription ubat ammi tu kat husband. Pandai2lah dia ambilkan ubat tu bila sampai masanya
ReplyDeleteOoo.. senang la camtu.
Deletesedapnya..pisang + kacang gajus...cantik kejadian..
ReplyDeleteSedap, kak, Alhamdulillah.
Deletecantik je kejadiannya..makan panas2...sedap tu
ReplyDeleteItu la. Tambah-tambah ada kopi panas pula. Peh!
Deletefuyoooo cantik merekah muffinnya mesti sedap ni main campak2 je sukatan yang ada. Makan time sejuk perghhh
ReplyDeleteHehe.. panas atau sejuk, sama sedap, lagi-lagi kalau lapor. :D
Deletewaaduhhhhh sedapnya muffin pisang! takpe guna aje bahan apa yg ada yg penting rasa dia tu ummph! hehe
ReplyDeleteItu ler. Alhamdulillah, Ana.
DeleteGebu betul muffin pisang Kak Nur. Lagikan baru dimasak. Haruslah selera dan habis mereka makan. Kalau saya, belum buat dah nampak bayang-bayang kegagalan tu. huhu...Tak pandai betul nak bakar membakar ni. Bakar ikan je lah pandai. hihi...
ReplyDeleteYe ke, Fizah? Muffin tak sesusah macam kek, pada pendapat akak. Ikut je resepi, Insya-Allah, jadi.
DeleteBaguslah suami Nur teman ambil ubat.
ReplyDeleteNasib baik sedap mufin pisang tersebut.
Alhamdulillah. Kita pula jenis malas drive. Huhu..
DeleteDekat rumah ada pisang...boleh cuba...
ReplyDeleteSila, sila, Sueann. :)
DeleteIsssh sesuai nih teman kopi, apalagi kalo makan saat hujan kak 😍😄😄😄. Sedaaaap sangat. Kopi nya pahit saja, sebab muffin dah manis pisang.
ReplyDeleteJadi teringin pula nak buat 😄
Kan, Fanny. Sila, sila, buat Fanny. 😊
Deletelama tk buat muffin...sedap tu
ReplyDeleteSila, sila, Mama Tisya. Memang sedap! 😋
DeleteMenjadi isi dalam muffin tu. Gebu tengok.
ReplyDeleteMekasih. Kadang menjadi, kadang tak. Yang ni, akak pukul guna senduk kayu je. Malas nak bawa keluar mixer. Ok la pulak.
DeleteSA pun ada pisang yang masak ranum...ada gak impian nak buat muffin tapi.....xpe la..SA masak lauk pauk je la..tangan SA panas bab baking ni..hahaha
ReplyDeleteHehe.. masak je apa hidangan yang kita biasa buat, kan, SA.
DeleteFuhh memang tak boleh lawan kalau dapat muffin pisang yang moist, wangi & cukup rasa! Makan masa panas-panas, rasa dia terus masuk hati!
ReplyDeleteBetul, CCL. Lagi-lagi ada kopi. Peh!
Delete