Assalamualaikum...
Bulan lepas pi Lotus, ada tertera info tentang Sumbangan Asas Rahmah ni. Ada QR code sekali, untuk check kelayakan dapat atau tak. Suami saya pun check. Dapat, wei... Alhamdulillah.
![]() |
Resit bayor guna Sumbangan Asas Rahmah |
Sumbangan ini disalurkan secara bulanan, mulai bulan April. Tapi bukan semua barang ye. Ada senarai barang-barang dapur terpilih.
![]() |
Jenama barang yang boleh bayor guna sumbangan. |
Macam bawang, serai, halia, barang basah yang kena timbang tu, tak boleh.
Masa di cashier, kena beri mykad pada dia, dan cashier boleh check-kan baki sumbangan ada berapa ringgit lagi tinggal.
Pakcik yang sebelum kami, baki dia tinggal RM19 saja, ngam-ngam dia pandai pilih beras harga RM19.
Kami pula, bukan semua barang ambil yang tersenarai, jadi sebahagian besar bayar guna wang sumbangan, dan bakinya kami bayar guna cash sendiri.
Orang-orang tua belaka yang beratur tunggu giliran tadi kat supermarket. Semua sabar menunggu sebab semua sedia maklum kan, bukan semua produk boleh guna.
Bak kata pakcik belakang kami tadi, "Orang dah bagi, kita terima je la". Ye ye, rezeki jangan ditolak.
Kome google la sendiri, nak check kelayakan dan senarai barang yang boleh dibeli. Alhamdulillah. Terima kasih kerajaan Madani.
Jumpa lagi, ye. 😊
alhamdulillah...rezeki tu, dapat juga lah meringan kan sikit beban
ReplyDeleteBetul, betul. Alhamdulillah.
DeleteOh, kiranya bolehlah bayar Cash dan sumbangan di kaunter yg sama. Alhamdulillah, betullah kata tu, rezeki jangan ditolak.
ReplyDeleteYe, SK. Kira asing, bayar 2 kali, sekali guna mykad, sekali lagi guna duit sendiri. Cashier tu tahu, apa barang boleh, dan mana yang tak boleh. Lagi pun ada lorong cashier khas untuk Sumbangan Asas Rahmah ni. Yang nak cepat, sila ikut lorong ekspress. :)
DeleteAlhamdulillah...Betul tu..Rezeki jgn ditolak...=D..Oh ya..hadiah dh smp..Thx ya
ReplyDeleteAlhamdulillah. Parcel selamat sampai. Mekasih, Nieza, bagitahu. Sama-sama. :)
DeleteAah rezeki jgn ditolak...
ReplyDeleteKann... Alhamdulillah.
Deletealhamdulillah, rezeki tu
ReplyDeleteAlhamdulillah... :)
DeleteAlhamdulillah rezeki jgn ditolak.. moga siapa yg layak tahulah mereka layak..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Itu la, kena cakna akan bantuan sebegini, dan check status masing-masing, layak atau tak.
DeleteBaguslah dah guna.
ReplyDeleteBetul itu, orang beri kita ambil dengan hati terbuka.
Dan Insya-Allah, akan guna lagi, sebab dia akan kreditkan seratus setiap bulan, sampai bulan Disember. :)
DeleteAlhamdulillah rezeki jangan ditolak. Ringan sedikit perbelanjaan kan kak tot
ReplyDeleteAlhamdulillah. Betul. Membantu sangat. Jimat sikit duit dapur.
DeleteRezeki jangan ditolak. 👍
ReplyDeleteBetul, betul, betul.
DeleteOh tktau pulak ada ni. Mana2 pasaraya mcm econsave atau lotus ke?
ReplyDeleteEconsave dan Lotus ada. Akak pergi TF. Selain tu, Mydin, Giant, the Store, Pacific, 99 Speedmart pun ada. Akak baru google. Hihi. Tempat yang ada tayang logo MyKasih.
DeleteSA x pernah dapat...tp PZ dpt sebulan RM50..masalahnya x semua kedai yg boleh redeem kan..kalau kat Seremban rasanya Econsave dan ST Rosyam...next kena bawak PZ la..dia x claim lagi tu dari January..
ReplyDeleteIni bantuan lain, SA. Sumbangan Asas Rahmah MyKasih ni, baru mula bulan lepas, April. Banyak pasaraya yang daftar, antaranya Lotus, Econsave, Mydin, Giant, dll. yang ada logo MyKasih.
DeleteMinggu lepas KSarie musykil kenapa beratur panjang dekat kaunter pembayaran di Econsave. Mujur buka mulut tanya adik manis yang beratur depan KSarie kenapa ramai bebeno manusia hari itu. Bila dikhabarkan pasal bantuan iSARA ke apa ye barulah KSarie tau. Maka KSarie keluar dari barisan kaunter khas iSARA itu untuk ke kaunter biasa.
ReplyDeleteYe, kalau tunggu situ, lama lah siap. :D
DeleteAlhamdulillah .. walaupun amaun tak banyak mana ..at least dapat juga beli brg keperluan
ReplyDeleteBetul, CCL. Membantu juga. Alhamdulillah.
DeleteOh ic.... Sama macam di sini juga. Kalo yg anak2 yg sesuai kriteria kelayakan, biasanya dpt uang utk beli peralatan sekolah.
ReplyDeleteTp yg dewasa macam di atas. Bisa beli keperluan dapur. Tp hanya barang tertentu juga
Wah, lebih kurang sama saja di Indonesia pun, ada rupanya bantuan sebegini.
Delete